Gian

Sebelum keluar kerja pagi tadi aku dok jeling bike aku yang dah lama tak disentuh. Terpanggil aku untuk menghampirinya, lantas mengusapnya lembut, tangan aku bergerak tanpa diarah memegang pedal lalu memusingkannya perlahan dan rentaknya bertambah laju. Anak mata aku terikut-ikut pusingan Maxxis yang berputar, fikiran terbang melayang membayangkan crowd di Taiping yang bakal memulakan kayuhan. Aduh, jelousnya pada member yang tengah tersenyum berpossing bangga dengan bike masing-masing.

Jeritan wife aku yang comel membenam anganku, aduh, potong stim betul lah........" Kanda!!!! dah lambat dah ni, cakap nak gi opis kul 8!!!!. OK,OK!! jawabku dengan suara yang lunak.

Aduhh..giannya aku nak ride.....................

Taklimat

Baru habis menyampaikan Taklimat mewakili Timbalan Pengarah HEA kepada pelajar baru di Pusat Islam. Alhamdulillah, public speaking aku kali ini agak sempurna, mungkin kerana suasana Rumah Allah membuatkan hati cukup tenang menyampaikan pesanan dan amanat di dalam majlis ilmu ini. Hilang perasan gemuruh, rasa masa 2 jam yang diberikan begitu singkat sedangkan masih banyak perkara yang ingin aku sampaikan. Nilai hari ini aku cari.....

Item For Sell



This pedal will be 50% off from the market price.


Kayuhan Warisan Taiping 2008


Sorry, Akmal! Memang tak dapat follow ride di Taiping 28 Disember 2008 ni. Sudah register dan perancangan awal memang nak pergi tapi terpaksa beri komitmen kepada kerja. Pendaftaran Pelajar Baru sesi Disember 2008 akan bermula pada 26-31 Disember 2008 dan selama 2-3 hari tu aku perlu berada di office. Terlepas acara penutup ride untuk tahun 2008 tapi takperlah more to come for next year event.

Test

KLMTB Carnival 08 - Pics













KLMTB Carnival Race Result

No 9, not bad lah.........


Tayar

Terpaksa membelek semula majalah WMB dan surf beberapa web site termasuk bikeradar.com untuk mendapatkan input penggunaan tayar yang sesuai. Pilihan antara Kenda (all-round tyre) dan Maxxis Cross Mark (high-speed tyre) dalam KLMTB Carnival meletakkan aku dalam dilema.Bukanlah untuk beraksi sebagai pro tetapi pemilihan tayar yang sesuai akan memberikan impak yang cukup besar dalam kayuhan nanti.Memilih antara tayar yang mempunyai grip yang baik ketika downhill atau jenis tayar yang ringan dan laju.

Kenda John Tomac Series menjadi kegemaran aku sejak sekian lama. Boleh dikatakan aku yakin berbuat apa sahaja dengannya, cukup sempurna ketika melayan downhill, switchbacks dan Flatturns yang mempunyai banyak obstacle.Walaubagaimanapun tiada tayar yang perfect untuk semua terrain, Kenda memakan diri bila melalui trail tanah merah terutama selepas hujan. Batu , tanah dan apa sahaja yang dilaluinya akan melekat bagaikan magnet. Kelemahan ketara kenda dan aku rasakan kurang sesuai untuk digunakan dalam race.

CrossMark dari Maxxis dicipta khas untuk Swiss XC Superhero, Christoph Sauser. Atas alasan peminat setia epic rider ini, aku gatalkan tangan membelinya bagi menggantikan Maxxis Flywieght aku yang dah rosak masa ride di Melaka dulu. Memang high-speed tyre ketika di jalan lurus tetapi hilang grip ketika fast corner atau melalui permukaan yang berakar dan berbatu.Hampir tergolek ketika cuba mempraktikkan theory Entry,Corner & Exit di Bukit Botak dua minggu lepas. Kesimpulannya aku kurang yakin untuk speeding, dengan kaki yang terikat pada clip dan musim hujan begini ianya bukanlah tayar yang sesuai digunakan.

Panaracer Fire XC Pro dan Schwalbe Racing Ralph menarik minat aku melalui review yang telah dibaca. Fast Rolling dan sesuai untuk digunakan dalam race menjadikan ianya pilihan utama top racer di seantaro dunia. Cuma wallet tak mengizinkan aku memiliki tayar ini, harga sepasang hampir sama dengan harga sepasang tayar depan kereta aku. Memang kurang sesuai....

Apa-apa pun rumusnya tetap bergantung kepada rider itu sendiri, kayuhan bertenaga akan mengerakkan bike menuju garisan penamat lebih dahulu dari rider lain tak kiralah menggunakan tayar keretapi sekalipun. Aku nanti akan menenangkan hati dengan quote :-
" winning isn't about getting ahead of others but it is about getting a head of yourself " (pinjam quote dari Chan NXT ) bila ditinggal jauh oleh rider dalam race tu nanti.



Taman Cabaran Putrajaya

Bertambah lebar senyum aku selepas ini bila pulang menemui isteri di Putrajaya. Senyuman terukir semasa memandu pulang sudah tentu mengingatkan isteri yang menunggu dan bertambah lebar senyuman bila membayangkan trail MTB yang superb terletak 10 minit dari rumah precint 18.

Semalam aku berpeluang bertemu Don rakan blogger yang menceroboh Taman Cabaran Putrajaya minggu lepas. Cerita yang ditulisnya cepat merebak sampai ke pengetahuan para MTB Biker's dan hasilnya taman ini sesak diserbu walaupun proses pembinaan trail masih berjalan.

Satu lagi destinasi MTB yang superb dan dengar khabarnya trail ini lebih baik dari Bukit Kiara. Dalam kepala ini berkira-kira mengajak Akmal, Toyie n the geng untuk explore trail selepas aku race di Kiara next week. Tak sabar tu...


PTK

Alhamdulillah, walau hanya memperoleh aras III di dalam kedua-dua Ujian PTK, keputusan ini tetap mengembirakan hati. Kekangan dengan tugas harian dan urusan peribadi menghadkan masa untuk mengulangkaji skop yang agak luas, Perkhidmatan Awam secara umumnya. Itulah keputusan yang terbaik yang dapat dicapai buat masa ini. Aras III cukup untuk melayakkan diri ditemuduga bagi kenaikkan pangkat tetapi masih tidak layak untuk menerima anjakan gaji.
Pagi lagi staf telah bergosip PTK, telefon berdering bertalu-talu hanya untuk bertanyakan keputusan PTK rakan sejawat. Ada yang ceria beroleh aras IV, berpeluang untuk anjakan gaji dan ada yang bermuram kerana masih lagi berada di takuk lama walau sudah menduduki PTK kali yang ke-tujuh.
Setiap pekerjaan yang dilakukan perlu ada satu bentuk penilaian untuk mengukur sejauh mana tahap yang telah dicapai. Penjawat awam yang mana pengkhususan kerja dipraktikan pastinya perlu diukur setiap masa bagi mencapai indeks KPI yang telah ditetapkan.
Soal bagaimana untuk mengukur tahap tersebut masih lagi diperdebatkan hingga kini, ada pihak yang semahunya melihat sistem PTK ini dimansuhkan dan ada pihak yang menegakkan keberkesanan sistem ini. Menganggap ianya yang terbaik untuk menilai tahap kecekapan penjawat awam. Berlawanan pula menganggap ianya satu beban dan penghalang untuk mendapat ganjaran dari majikan sedangkan usia perkhidmatan melebihi separuh umurnya.
Bagi yang bersemangat untuk mengambil PTK semula, akan menimbulkan fenomena Ulat Buku di dalam Bahagian atau Jabatan. Mereka ini akan memberikan masa yang lebih kepada mengulangkaji skop PTK dari menumpukan kepada tugas hakiki. Ulat Buku ini menjadi semakin aggresif dan tertekan untuk lulus dengan cemerlang. 8 jam masa di pejabat adalah masa yang damai untuk mengulangkaji, terlepas dari kerenah anak-anak di rumah. Mungkin...



KLMTB Carnival 2008-Training

Kurang 10 hari lagi KLMTB akan diadakan dan aku telah mendaftar sebagai racer untuk katogeri kedua walaupun niat asal untuk bertanding dalam katogeri Elite. Hahahaaha! Kononnya nak mencabar Bandi dari Indonesia yang sudah tiga tahun bergelar juara bertahan. Setelah diri di muhasabah, akhirnya sedar kekurangan diri.....

Dalam seminggu ni aku pastikan habis waktu kerja aku akan berada di gym untuk work-out sejam-dua, target untuk masuk final dan yang penting aku tak tertinggal jauh di belakang. As a weekend rider macam aku ini, memang tak punyai banyak masa untuk berkayuh dan sudah tentu dari ukuran stamina aku tak tertanding dengan rider yang akan join race itu nanti.


....................................

Exam

Semalam (18/11/2008) berakhirlah exam untuk semester ini. Alhamdullillah exam berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan dan nampaknya Bob, pengganti aku cepat belajar dan mampu menguruskan exam dengan lebih baik. Semester yang terakhir aku terlibat di dalam exam dan selepas ini tanggungjawab aku lebih tertumpu kepada admin sahaja, tukar bidang tugas.

Minggu ini memang sibuk bagi semua pensyarah untuk menanda kertas jawapan pelajar, tarikh akhir yang diberikan untuk menghantar markah pada 24/11/2008, lebih kurang 6 hari dari tarikh peperiksaan yang terakhir, extra satu hari berbanding semester lepas. Banyak masa untuk mereka pastikan semua markah dimasuk dengan betul dan begitu juga dengan staf HEA ada masa untuk key-in markah dengan teratur.

Aku cuma berharap agar pengurusan exam kali ini berjaya mendapat zero defect. Harapan ini aku asaskan dengan persediaan dari awal semester dulu (belajar dari kesilapan) dan moga ianya diperkenankan. Ada masa terkeliru, semua yang dilakukan ini untuk apa? Kepuasan diri atau aku benar-benar memikul tanggungjawab? Apa yang drive aku?




Audit ISO (10-12/11/08)

Audit selalunya menimbulkan migrain di kepala bila auditor bertanyakan soalan-soalan yang cukup provocative. Ada ketika sikap defensive diperlukan dan selalunya perlu menerima kritikan semasa berlansungnya temubual. Bermula hari Isnin sehingga semalam pihak Llyods telah menjalankan audit untuk memperbaharui persijilan ISO 9001:2000 bagi proses dan prosedur kerja yang diamalkan di UiTM Johor. Selaku penulis dokumen dan terlibat secara lansung di dalam proses Hal Ehwal Akademik, aku tidak terkecuali dari menerima kunjungan pihak llyods. Berbanding tahun 2005 ketika mula-mula memperolehi persijilan ISO, tahun ini aku agak yakin menjawab segala soalan yang dikemukakan. Mungkin proses yang didokumenkan itu telah menjadi amalan aku selama 3 tahun ini .Walaupun terdapat serba sedikit kekurangan semasa perbentangan penemuan, ianya tidak menjejaskan pembaharuan sijil ISO. Tahniah untuk semua warga kerja ISO UiTM Johor atas usaha keras selama ini di dalam mencapai mutu kerja yang terbaik.

ISO cukup mudah; buat apa yang didokumenkan tetapi apa yang didokumenkan itu tidak semestinya perfect dan cabarannya adalah mencari yang terbaik.....



Rohani Jangga

Namanya cukup mudah diingat, bukan kerana keunikan padanannya tetapi atas sifat yang telah membentuk perwatakannya. Rohani Jangga dikenali di UiTM Johor atas keperibadian yang tinggi, energetic dan bertanggungjawab terutama di dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan kepadanya. Melepasi 20 tahun usia bersama UiTM Johor sebagai pentadbir, Rohani telah mengembangkan kariernya dan kini bergelar seorang pensyarah.Pendakian kerjaya yang bukan mudah untuk dicapai andai tiada niat,tekad dan usaha yang kuat. Sekalung tahniah untuk Puan Rohani dari kami di HEA.

Menerima cenderahati daripada Timbalan Pengarah HEA di dalam majlis sambutan hari raya peringkat HEA pada 22 Oktober 2008.


KLMTB Carnival 2008

ASTRO, MAXIS and TANJONG bring to you once again the KL Mountain Bike Carnival 2008 - In its 6th year running - the KLMBC promises to be even more thrilling, this November.

Book these dates in your calendar....

29th NOVEMBER 2008 - Registration & Heats
30th NOVEMBER 2008 - Heats & Finals

More Info At : http://www.klmtbcarnival.com.my/cms2/





Melaka Heritage Mountain Bike Jamboree 2008

Melaka Heritage Mountain Bike Jamboree 2008
Survive the Sahara

Date : 26 October 2008
Location : A-Famosa Resort Melaka (Cowboy Town)
Distance : 60km
Riders :700 Riders

Endurance berbaki 45km lagi dan bike aku mengalami major problem, Rim belakang bengkok bila aku melepasi bump yang tinggi ketika downhill pertama. Drop yang kuat dan keadaan spoke aku yang sudah uzur menjadikan rim yang bulat hampir berbentuk nombor lapan. Berkat tips yang diberikan oleh Guru MBUK October Issue, hempas-menghempas rim pun berlaku dan akhirnya aku manage to continued the survival of Sahara walaupun ride seolah-olah menunggang kuda. Miracle do happened!

Jamboree dilepaskan tepat jam 8 pagi, aku, Zuraidi dan Panjang (Le Tua Rider) berjaya meletakan diri dikelompok hadapan semasa 10km on road warm up. Selepas masuk ke trail off road kejar mengejar untuk leading pun bermula, walaupun bukan race sebenar ada dikalangan peserta menjadikan jamboree untuk menguji kemampuan diri dan aku termasuk dalam golongan tersebut. Selebihnya menjadikan jamboree as a fun ride. 4km berkayuh off road aku hampir accident dengan seorang rider yang tiba-tiba bertukar lorong, terpaksa emergency brake dengan keadaan tayar belakang terangkat wee-kang. Berhenti menenangkan diri dan teruskan kayuhan bila ramai rider overtake aku termasuk Zuraidi. Matlamat asal aku yang kononnya untuk mengikut rentak kayuhan Panjang berakhir apabila rim belakang bengkok dan ketika itu niat untuk race bertukar kepada survival.

Trails jika dibandingkan dengan PCC Kajang lebih mencabar, dengan bukit yang berketinggian 180 meter di check point 6 memang menyeksakan. Tambahan pula keadaan bike aku yang tak sempurna membuatkan aku hampir putus asa untuk meneruskan ride. Begitu juga dengan check point 7 dan 8 yang memberikan cabaran sebenar akan kemampuan diri.

Panjang menamatkan kayuhan dengan kedudukan ke-2 daripada 700 riders dan melepasi garisan penamat tepat jam 10.30 pagi. Zuraidi sampai hampir sejam selepas itu dengan anggaran kedudukan 13-17. Besar perbezaan masa antara pelumba pro dan amatur. Aku dengan masalah teknikal berjaya tiba di garisan penamat jam 11.45 dengan completed 9 check point, mungkin berkedudukan ke 30-40. Syukur akhirnya aku survived in Sahara ride 2008. Aku meletakkan jamboree ini adalah yang terbaik terutama pengurusan dan trails, dan tak sabar untuk join event pada tahun hadapan.


Zuraidi ready for battle...

Geng UTM Skudai
memang ada power student ni..

Aku dan Panjang


Bersama ROP
Tebalkan muka untuk bergambar dengan diaorang. Nice to meet u!

After ride
Panjang rank ke-2, memang power giler dia ni. LeTua Rider.

Mem bersama ponny di Cowboy Town.

Hadiah lucky draw emmm....

Rezeki takder, cuma Panjang sahaja yang bernasib baik dalam Lucky Draw (Helmet RB)

Pose frust bila Frame Merida Multivan Carbon jatuh ke tangan Mat Komando Sg Udang.


Tahniah bro, memang nasib baik betul.

will be updated...



KLD 2008









.......

Mengapa Menulis

Semalam aku ditanya oleh seseorang mengapa aku menulis di blog dan jawabku ringkas, blog hanyalah sekadar catatan peribadi terhadap minat dan pengalaman hidup untuk aku kongsikan dengan pembaca yang mempunyai minat yang sama. Pada asalnya aku menulis di laman ini untuk menceritakan kegilaan aku terhadap Mountain Biking dan kemudian ianya berubah kepada catatan hidup aku.

Big Boss UiTM Johor misalnya, menggunakan medium ini untuk menceritakan kehidupan beliau disamping menyampaikan makluman pengurusan kepada semua staf . Tulisan yang bersahaja dan menarik serta mendalam maksudnya membuatkan aku teruja untuk melawati blognya setiap pagi sebelum aku membuka e-mail staf.

Setiap tulisan para blogger ada tarikannya, terpulang kepada pembaca untuk memilih bahan bacaan yang sesuai dengan selera dan keinginan mereka. "Baik yang di cari, maka baiklah yang akan datang" dan aku menulis ada iringan maksudnya........


Raya Journey

Pahang-Kelantan-Pahang -Penang-Kedah-Johor
2-5 Oktober 2008

Raya kedua seperti yang dijanjikan, selepas bersalaman dengan mak dan ayah, aku dan wife memulakan perjalanan ke Kuala Tembeling sebelum meneruskan perjalanan ke Penang, menghadiri majlis kahwin sepupu wife aku pada 4 syawal. Family mertua aku sudah menunggu di sana, nampaknya dah ready untuk travelling. Lebih kurang setengah jam selepas breakfast, kami meninggalkan Kuala Tembeling menyusuri laluan ke Kuala Lipis dan Gua Musang. Ayah mertua yang adventures, lead convoi seramai 6 orang dan dua buah kereta. terasa tension bila tengok meter, 80kmph dengan perjalanan yang berbaki beratus kilometer lagi. Namun begitu pabila melepasi bandar Kuala Lipis, mata tak berkelip meninjau Bukit dan Gunung yang terhampar di kanan dan kiri jalan. Aduh, bertambah rindulah kat MERIDA yang kesunyian di rumah.Memang menyejukkan mata memandang, kan ke baik kalau semua bukit dan gunung ini dok kat belakang rumah aku...

Plan untuk bermalam di Cameron Highland akhirnya berjaya bila wife aku dapat contact kenalannya, Appartment berharga RM250 semalam dah cukup murah bagi kami memandangkan waktu cuti raya begini tanah rata memang padat dengan manusia. Alhamdulillah....

Somewhere in Gua Musang
Off road memang best tapi on road Pajero Ayah aku ni....

Family Mertua
Mak, Anas ( dapat title Dr dalam usia yg muda) dan Jasmin


Me & Wife
Tanah Rata

RM12 per plate...emm
Tapi tea memang ummphh!



Tertarik dengan official transport penjual strawberry...


BM Cross Mountain bakal diadakan di sini...
Dalam perjalanan balik ke Shah Alam (Segamat)



Sharifah Mazlina

8 Oktober 2008
"THE EFFICACY OF MIND POWER"

Semalam aku berpeluang untuk menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan. Seminar yang menarik tambahan pula penceramah jemputan merupakan The Expeditor! Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina Bt Syed Abd Kadir. Cemburunya aku bila mendengar kisah pengembaraan beliau di Kutub Utara dan Selatan yang penuh dengan cabaran. Beliau pandai bermain dengan kata, hinggakan audience yang ada seolah bersama beliau di dalam kedua-dua expedisi tersebut, ada pelajar yang hampir pengsan melihat kan visual kesengsaraan yang telah beliau lalui.

Biasalah, ego lelaki dan aku pernah memperkecilkan kebolehan beliau suatu ketika dahulu pabila muka hadapan akhbar tempatan menyiarkan kejayaan beliau. " Kalau ada sponsor tu macam-macam boleh buat "! Hari ini tanggapan itu semuanya berubah, nak ajer aku bersalam dengan dia semalam dan minta maaf kerana telah memperlekehkan beliau. Aku kagum dengan ketabahan dan kesungguhan beliau dalam mengejar impian! Satu perkara baru yang aku belajar!

Memang aku jelous! Mengapa tidak aku yang melalui expedisi ini? Sedangkan aku rasa aku dah cukup adventures, dare-devil lagi! Masa aku kecik-kecik dulu sungai pahang yang lebar itu pun aku mampu berenang ke seberang. Aku rasa dah cukup hebat, bukan semua budak-budak di kampung aku mampu berbuat demikian.

Rumus aku begini, Keberanian bukanlah faktor utama tetapi Niat dan Tekad itu yang mencorak kejayaan dan Beliau ada pakej ini.

Ada semangat baru yang meresap dalam diri ni, aku pinjam auranya untuk kayuhan di Melaka hujung bulan nanti! Aku mesti dapatkan top 10 nanti! Dia boleh dan aku yakin aku boleh! Petang ni trainning 60 km..hahahahaha!


Syawal 1429-H

Aidilfitri tahun ini memang berbeza dari sebelumnya, mungkin kenikmatan meraikannya bersama yang tersayang telah mewujudkan kelainan ini. Pagi Syawal disambut di rumah mertua dan kemudian meneruskan tradisi bersolat sunat di masjid kampungku. Beruntung bila rumah mertua dan rumah keluarga aku hanya 10km sahaja, adil untuk semua. Aku berada diperkarangan masjid sambil meninjau-nijau kenalan dan sahabat lama, memang tidak kelihatan dan yang ada hanya generasi-generasi baru, ada diantara wajah mereka itu pertama kali aku lihat.Keadaan yang menyedarkan diri, terlalu jarang aku menghabiskan masa di kampung. Terus melangkah masuk ke masjid dan banyak ruang kosong belum dipenuhkan, aku memilih untuk duduk di saf kedua dibelakang imam. Takbir dilaungkan oleh Tahfiz cukup merdu, bertambah sayu di hati sambil bibir digerakkan mengikut alunan takbir yang bergema, senada dan seirama memuji pencipta.Beberapa minit kemudian orang kampung mulai memenuhi masjid, dan berkebetulan "rodong", sama-sama mengaku saudara duduk disebelah aku, bukan dia sahaja tapi ramai lagi sahabat sebayaku berebut-rebut memenuhi saf hadapan. Mereka ini juga seperti aku, telah berpuluh tahun mencari rezeki di tempat orang. Keadaan yang jauh berbeza dari tahun sebelumnya. Kami berborak di bawah pokok bunga tanjung, masing-masing ghairah bercerita tentang kerjaya tanpa memperdulikan imam berkhutbah.Hanya ketika qamat dilaung, barulah berebut masuk ke masjid.


Setahun berlalu, umur meningkat dan penghayatan hidup semakin berbeza, mungkin itulah yang dirasakan. Semua manusia akan berubah, samaada mencari cahaya atau terus bergelap dengan kenikmatan dunia. Erti Syawal tahun ini pada aku.

Salam Syawal.....



SELAMAT HARI RAYA

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin andai ada tersilap bahasa, terkasar tutur kata dan sebagainya. Salam Aidilfitri, moga keberkatan hidup ini dianugerahkan kepada kita. Amin..

Laila & Khalid

FSA K Force Riser Bar


FSA's revised Riser looks set to become a racers favourite, thanks to a super low weight.

It uses a big bulge and rise in the middle but a rapid taper for maximum control space on the flat outer span. This means some twang but nothing too alarming and it stops buzz nicely too. A central grip panel and very snug fit with the bar keeps it secure without mad pressure. The carbon Kevlar construction is reinforced under the brake clamps too but not at the tips, so don't go fitting bar ends or cranking your lock on grips up too tight. 20mm rise version also available.

By Bike Radar

Aku sebenarnya teringin nak pakai Carbon Riser Bar, tapi bila fikirkan nature ride aku yang agak ganas ni timbul persoalan samada carbon cukup tahan atau hanya mampu bertahan satu ride sahaja. Terus aku dapatkan nasihat dari saudara Miep yang banyak pengalaman bargain part ni, katanya bila DH kurang confident sikit. Emmm, memang kurang sesuai dengan cara ride aku. Cancell beli..

So semalam after interview di Shah Alam aku terus ke Kedai Basikal untuk menjamu mata sementara tunggu wife habis kerja. Terpikat dengan finishing riser bar ni akhirnya aku memilih FSA K Force-XC Riser Bar walaupun harganya lebih kurang ajer dengan monkey-lite. Bila dah sempurna di pasang perasaan menyesal bazirkan duit beli something yang tak terfikir akan beli tadi hilang. Ngam pulak dengan setup bike aku ni.....emmm...kalau tak sesuai dengan aku nanti sure adalah iklan dalam BBS nanti 50% off.


Sirap Bandung

Gambar diambil semasa bercuti di Sarawak
Bestnyerrr........

Kenapa? Sebab semalam aku termiss bersahur! Kebetulan masa berbuka tu kurang berselera sikit, after Terawih di Masjid UiTM aku gatalkan kaki untuk Nite Ride sejauh 20km. Start kayuh lebih kurang jam 10.30 dan tamat ride jam 11.45, memang semput nak habiskan ride tu. Sampai di rumah ingatkan nak terus bersahur tapi mata tak mengizinkan. Mungkin penat sangat lagipun badan tak recover sepenuhnya after kena demam hari tu. Terus tidur dan mata cuma terbuka bila waktu sahur habis.......aku teringin nak minum sirap bandung....


Melaka Environment Ride 2008

Melaka Environment Ride 2008, satu lagi acara untuk menyeksakan diri akan diadakan pada 26 Oktober 2008 di A Famosa Resort Melaka. Pada asalnya ride ni dinamakan Sahara Ride dan dapat aku membayangkan kesengsaraan mengayuh di bawah panas matahari nanti. Awal-awal lagi aku dah register dan sempat lagi nak workout sikit-sikit selepas sebulan bercuti kayuh di sepanjang bulan Ramadhan ni.

Kenapa Upgrade?

Upgrade biasanya akan menjadi topic utama perbualan para Mountain Biker dan adalah menjadi satu kebanggaan bila MTB kesayangan di equipped oleh Hi-end gear set such as XT or XTR by Shimano and X9 or XO by SRAM manakala rentak serta teknik kayuhan bukanlah sesuatu yang diutamakan, sedangkan pada perkiraan aku itulah yang seharusnya dipertingkatkan. Kadangkala ada yang upgrade MTB mengalahkan setting untuk Olympic or World Cup.Bila dah addicted tak kisah untuk mengeluarkan RM yang besar semata-mata untuk kepuasan upgrade dan aku termasuklah di dalam golongan yang mempunyai nafsu besar untuk kerja-kerja naik taraf MTB ini. Hanya berangan sahaja yang aku mampu, mengeluarkan RM untuk tujuan ini selalunya aku berkira sikit tetapi kadangkala terjebak juga, tak tahan godaan.

Lance Armstrong famously wrote, “it’s not about the bike” dan dia mempunyai asas untuk berkata sedemikian. Mountain biking pada dasarnya adalah pengalaman berkayuh bersama geng-geng melalui single track yang mencabar dan pengalaman inilah akan menjadi sejarah untuk diperbualkan oleh mereka yang berkongsi minat yang sama. Cukup rasanya dilengkapi dengan Deore set atau X5, dengan suspension yang medium end seperti RST or Spinner untuk melengkapkan kayuhan epic ride. Sampai juga…….

Analogy begini, drive Proton tentulah berbeza dengan drive Toyota or BMW, tetapi kereta masih lagi kereta, takkan jadi kapal terbang. Begitu juga dengan MTB, berkayuh on low budget bike tentulah tidak sama dengan top product, walaupun pengalaman berkayuh MTB bukanlah bergantung kepada basikal semata-mata tetapi dengan great bike tentulah mencipta kelainan dalam pengalaman berkayuh. Terpulanglah pada kemampuan…………





My Wedding





 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.