Luqman Downhill

Pagi Isnin agak kelam kabut, wife sibuk masak bekal untuk Luqman ke sekolah dan aku yang terlewat bangun berkejar-kejar untuk siapkan diri. Luqman yang semakin aktif ni aku letakkan di dalam walker dan sama-sama sibuk dengan urusannya, mengayuh kaki explore ruang tamu rumah. Aku biarkan dia bermain sendiri.

Teringatkan car seat Luqman yang belum dipasang terus aku bergegas ke luar rumah dan membiarkan pintu rumah terbuka luas. Dalam aku asyik adjust car seat, aku terdengar benda melulu laju dan aku toleh, Luqman dengan gaya Steve Peat nya membuat satu bunny hops melepasi pintu dan tergolek dengan muka tersembam ke simen. Pucat aku masa tu dan maknya dah tak boleh nak berkata-kata....



Bengkak di bibir sudah hilang cuma kesan luka di hidung masih ada.

Tak lama lagi Luqman akan jadi abang...

Syukurlah, hanya minor injury. Sorry Luqman, salah ayah.

Belum serik lagi...weekend ni kita modified walker ni, tambah travel sikit
kat suspension tu. XC mana boleh main DH.


Aku pun sama injured-tergolek masa test trail di Sg Lembing. Sampai sekarang bahu aku tak boleh nak angkat. Drive sorang2 dari Sg Lembing hari tu cukup terseksa, mujur juga bawak kereta auto-dengan jam di Genting Sempah sampai tol Gombak!



1 comment:

Sharunizan Mohamed Mahusin said...

hahaha bakal downhiller ni... alhamdullilah luqman comei takde pa-pa..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.