Entry Baru

Seminggu dua ni, entry aku berkisar perihal memancing dan trip memancing laut dalam di Sarawak hujung bulan ini. Waktu senggang aku dok depan PC surf info tentang teknik-teknik memancing laut dalam dan aku sebenarnya sudah obsess. Berbeza sungguh teknik yang pro gunakan berbanding dengan ilmu memancing yang aku ada sepanjang menjadi nelayan part time di Sungai Pahang suatu waktu dulu. Banyak yang aku kena belajar dan Mr Atuk (Classmate di UiTM) menjadi rujukan utama, orang Melaka yang memang handal menangkap ikan di laut ni.

Buku dan DVD pancing yang dipinjam dari Atuk.




Set Pancing pertama aku, Reel Shimano Alivio 10000FA dan Joran Shimano FX Series
(Medium Heavy)


Melalui apa yang aku baca dan tonton lebih kurang 5 teknik yang digunakan untuk mendapatkan hasil lumayan-besar punya!.

  1. Jigging-teknik yang digunakan secara meluas oleh Nelayan di Korea dan Jepun. Teknik ini baru di Malaysia tetapi sudah mendapat tempat di kalangan pro.
  2. Popping -teknik yang seakan-akan jigging dan menggunakan rapala sebagai umpan. Pemancing akan menggerakkan rapala seperti ikan hidup dan jika kena dengan cara tentunya tenggiri akan naik ke bot.
  3. Trolling-teknik menunda umpan dengan bot
  4. Bottom-menggunakan ladung untuk menjatuhkan umpan ke dasar-sesuai untuk menangkap kerapu.
  5. Mid-pertengahan air, aku tak sure lagi tentang teknik ni.
Membaca dan menonton sahaja memang tak cukup, pengalaman itu yang lebih penting, mungkin aku akan cuba praktikkan di Tasik Putrajaya, itupun kalau tak kena tangkap kerana menceroboh.



2 comments:

Anonymous said...

ko memancing pulak....basikal masuk BBS tak....www.smof2world.blogspot.com

Muhammad Khalid said...

hahahaaha...basikal belum lagi masuk BBS. Kalau sukses nanti-sure koi jadi full time Nelayan...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.