Idola


" Siapakah Idola anda? ", terkedu aku menjawab soalan yang diajukan oleh Pn Rabiah Latif sewaktu hari pertama minggu suai kenal penolong pendaftar baru bersama Timbalan dan Pendaftar. Lama fikiran aku berlegar mencari jawabnya, " Ibu saya, Puan", jawab aku sambil menundukkan pandangan mata. Dia tersenyum dan mengarahkan aku duduk lantas mengedarkan helaian soalan yang perlu kami jawab. Soalan Fardu Ain! aku tersenyum, anak mataku mencari kawanku dari Kelantan. Nampak nya dia begitu khusyuk membelek helaian tersebut. Betullah apa yang dikhabarkan kepada aku, "Puan Rabiah ni, Islamic orangnya".

Aku mula menjawab soalan dan terhenti apabila soalan ditanyakan kepadaku sebentar tadi, ditanya kembali di dalam kertas soalan ini. Siapakah Idola Anda?, ringkas susunan ayat tetapi sukar bagi aku menjawab soalan tersebut. Tidak pernah aku meletakkan seseorang itu untuk aku contohi, kecuali sifat kasih kepada ibu aku. Nak aku menjawab tokoh politik yang aku respect tapi tak berani. Kekal dengan jawapan lafaz aku tadi.

Di dalam rumusan yang disampaikan oleh Pn Rabiah, banyak betul perkara yang dibincangkan, hinggakan pena aku tidak mampu lagi mengikuti suaranya yang semakin laju dan bersemangat. Kami semua tersenyum sendirian apabila dia menghamparkan jawapan kepada soalan idola dahulu. Katanya tiada seorang pun diantara kami yang meletakkan Rasullullah sebagai Idola, sedangkan itulah seharusnya sebagai seorang muslim. Ada diantara kami tertunduk malu, ada pula yang berbisik-bisik dan ada juga yang mendongak ke atas cuba ungkai kata-kata big boss itu. Aku tidak terkecuali dan kisah ini membuka deria aku untuk melihat sesuatu yang berlainan.

Sekiranya ditanya soalan tersebut kepada pelajar di sini, mungkin dapat meramalkan jumlah yang meletakkan Rasullullah sebagai Idola mereka.

SALAM MAULIDUR RASUL



No comments:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.