Tubeless - Tanpa Tiub


Teruja juga bila projek meng "convert" tayar standard kepada tubeless berjaya. Tidak memeningkan kepala sebenarnya untuk DIY andai tahu teknik yang betul dan dalam masa kurang dari 30 minit tayar standard dapat di convert kepada tayar tubeless.


Aku menggunakan Wheelset XT (UST Tubeless) lebih dari 2 tahun tetapi tak pernah dipadankan dengan tayar UST (Tubeless) dek kerana harga yang mahal dan faktor berat berbanding tayar standard. Terfikir juga untuk convert tayar Maxxis Larsen TT 1.9 yang baru digunakan 3-4 kali kepada tubeless tetapi kerana kurangnya info aku batalkan niat sehinggalah aku terjumpa blog ni-Link.

Apa yang diperlukan

1. Pastikan rim yang digunakan adalah dari jenis tubeless ready seperti XT dan ZTR. Sekiranya menggunakan rim biasa seperti Mavic 717, Rim Sealing Strip diperlukan (Rujuk di sini).

2. Tire Sealant diperlukan dan aku menggunakan Stan's Tire Sealant (www.NoTubes.com) yang dibeli dengan harga RM90 sebotol (32oz)-boleh digunakan untuk 16 tayar.

3. Floor Pump

4. Tyre Lever

5. Tayar Standard - jika boleh gunakan tayar yang baru atau sekurangnya tayar yang masih mempunyai 90% jangka hayatnya.

Cara Convert

Rujukan
1. http://www.notubes.com/support_detailed.php
2. http://www.cyclistno1.co.uk/features/maintenance/stans-no-tubes-guide.htm
3. http://www.erikv.com/blog/index.cfm/2007/8/21/Mounting-a-cyclocross-tire-using-Stans-Notubes

1. Pasangkan tayar dan tiub seperti biasa pada rim tubeless dan pum sehingga mencapai tekanan yang maksimum. Tujuannya adalah untuk mempastikan bahagian tepi tayar (tyre beads) di tolak ke bahagian dinding rim (kadang kala kedengaran bunyi pop). Biarkan seketika dan gantung rim tersebut (bahagian valve disebelah atas) untuk memudahkan kerja di step yang seterusnya.

2. Buang kesemua angin, dan keluarkan tiub dengan membuka sebelah bahagian tayar sahaja. Buat dengan cermat supaya bahagian tepi tayar (sebelah lagi) tidak terkeluar dari rim. Apabila tiub dikeluarkan masukkan tubeless valve (biasanya datang bersama rim tubeless) dan sapukan sedikit minyak.Ini dilakukan dengan rim yang masih tergantung.

Nota:
Teknik ini digunakan untuk memudahkan mengepam tayar kerana step ini paling remeh dan sekiranya tidak dilakukan dengan betul adalah mustahil untuk mengepam tayar walau menggunakan compressor bagi tayar standard

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan buih sabun yang disapu di bahagian tepi rim/tayar untuk memudahkan mengepam tayar.Cara ini tidak memerlukan tiub dipasang-terus pasangkan tayar seperti biasa dan sapu kedua belah rim/tayar dengan buih sabun (buih sahaja). Buih sabun ini juga membantu sealant menutup ruang-ruang udara.


3. Masukkan kembali tayar dengan berhati-hati dimulakan di bahagian atas (gunakan kedua belah tangan untuk memasukkan tayar) terus ke bahagian sisi dan bahagian bawah. Tinggalkan sedikit ruang untuk memasukkan sealant.

Nota:
Jika tidak yakin untuk masukkan sealant, boleh masukkan tayar terlebih dahulu untuk praktis. Sekiranya sukar untuk memasukkan tayar (bahagian akhir) ke dalam rim, tandanya tayar telah masuk dengan betul dan gunakan tyre lever dengan cermat agar bahagian tepi tayar tidak rosak. Sebaliknya jika tyre mudah dimasukkan dengan tangan sila ulang semula proses memasukkan tayar ke dalam rim. Disinilah kunci utama kepada kejayaan projek ini. Setelah selesai pum tayar dan tayar akan mengembang seperti tiub. Apabila telah yakin keluarkan semula tayar di bahagian bawah-cukup untuk memasukan sealant.



4. Jumlah sealant yang diperlukan sebanyak 2oz (hampir 60ml) untuk tayar bersaiz 1.9 hingga 2.1. Pastikan arahan penggunaan tyre sealant dibaca dan dipatuhi kerana setiap produk berbeza tata penggunaanya.

5. Masukkan tayar dengan cermat agar sealant tidak tumpah keluar. Setelah selesai pum semula tayar tetapi jangan mencecah 40 PSI.Pastikan sealant meresapi dalam ruang-ruang tayar terutama di bahagian tepi tayar/rim dengan mengoncang (kiri/kanan) dan memusing tayar berulang kali. Akhir sekali letakan rim diposisi melintang selama 2-3 minit dan tukar sebelah lagi dalam jangkamasa yang sama.

Nota:
Sealant akan keluar (berbuih-buih) di bahagian tepi tayar/rim dan akan berhenti apabila kesemua ruang ditutup.

6. Selesai dan pasang semula rim pada basikal untuk try test.

Nota:
Ketika mengepam atau membuang angin tayar pastikan valve berada sebelah di atas kerana sealant berkumpul di bahagian bawah. Sekiranya dilakukan sebaliknya sealant akan keluar menerusi valve dan masalah lain akan timbul.



Kelebihan Tubeless
1. Jimat (Sealant boleh bertahan sehingga 6-10 bulan sebelum mengeras-mudah dicuci)
2. Terkena paku atau duri semasa ride bukan lagi masalah
3. Feel yang berbeza-seolah2 terapung. (Tak percaya boleh cuba)


Kelemahan
1. Tayar standard tidak seal sepenuhnya-berdasar pengalaman 3-4 hari angin akan keluar sedikit
2. Perlukan pemeriksaan yang kerap.


Terima kasih kepada Naza coz belikan aku sealant dari kedai Awie Muar

will update soon.....




2 comments:

POKET ALARM SERBAGUNA said...

Nak tanya..boleh x gunakan sealant dan tayar tiub biase untuk dijadikan tiubless?

Acunography said...

boleh tak saya gunakan sealent tayar motorsikal ..kerana ia jauh lebih murah

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.