Semuanya Hancur...!!!

Aku dah tak tau nak kata apa lagi, semuanya sudah hancur walaupun sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya. Memang ditakdirkan aku kehilangan semuanya di depan mata sendiri. Pakar rujuk pun tak mampu nak menyelesaikan masalah aku...

Proposal, kerja-kerja editing, file-file opis & personal file semuanya hilang bila External HDD terjatuh menghempas lantai waktu aku kelam kabut mengemas untuk balik tadi. Pada mulanya aku sangkakan casingnya sahaja yang pecah, bila aku sambungkan pada computer macam-macam bunyi aku dengar dan taulah memang dalaman HDD turut cedera.

Seminggu sebelum ni PC office diserang virus, technician computer sempatlah transfer semua file dalam Ext. HDD, tak terfikir pula untuk transfer semula ke dalam PC. Malang berganda...

Apa dayaku, tiada back-up untuk semua file-file. Macam mana aku nak mengadap boss untuk explain proposal yang tak mampu aku hantar hari Selasa ni...

Apa yang hilang?
1. Proposal + File Office (Paling Penting)
2. Kerja-kerja movie editing
3. Gambar
4. Anime Naruto - semua episode
5. File MTB
6. Aku dah tak ingat dari 500GB hanya tinggal 20% free space sahaja. File yang aku simpan sejak aku student lagi.......!!!!


Siapalah boleh tolong ni..???




1 comment:

Kirk said...

Salam bro,

Kesian, malang tak berbau...bro try google, ada company atau individu yang boleh recover file2 dalam hardisc yang rosak tu, kalau tak semua pun mungkin sebahagian ikut kerosakan...kalau company ada yang charge sampai RM2K, kalau personal mungkin leh dapat bawah RM1K..k, good luck!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.