Jelajah UiTM : Peringkat Pertama

Majlis Pelancaran Jelajah UiTM
Cenderamata disampaikan oleh Muhd Khalid Abdullah kepada Pengarah UiTM Johor

Majlis Sambutan oleh UiTM Pahang

Bersama Pengarah dan Pentadbir Tertinggi UiTM Pahang.


70 Kilometer yang pertama


UiTM Segamat,2 Oktober 2009 : Peserta Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM telah berjaya menamatkan kayuhan berbasikal sejauh 70km bermula dari UiTM Segamat, Johor dan berakhir di UiTM Jengka, Pahang.

Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM merupakan siri jelajah berbasikal yang akan mengunjungi setiap kampus UiTM di Semenanjung Malaysia bagi mengumpulkan kata-kata penghargaan dari warga kampus sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan pentadbiran Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM yang telah berjasa kepada masyarakat keseluruhan. Kayuhan 'Jelajah UiTM' ditetapkan 6 peringkat bermula dari UiTM Segamat ke UiTM Jengka, UiTM Dungun ke UiTM Machang, UiTM Perlis ke UiTM Merbok, UiTM Pulau Pinang ke UiTM Perak, UiTM Shah Alam ke UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Melaka ke UiTM Segamat. Jumlah kayuhan hampir 2000 km yang disertai oleh kakitangan dan pelajar UiTM Segamat ini merupakan simbolik kepada kepayahan dan keperitan seorang pemimpin yang tersohor di dalam meningkatkan taraf pendidikan masyarakat bumiputera.

" Peringkat pertama kami berjaya menamatkan kayuhan sejauh 70km berbanding dengan jarak sebenar 170km yang telah disasarkan berikutan kekangan masa dan masalah teknikal" kata Mohd Zul-Azmi Ishak selaku ketua program ini.

Peserta jelajah telah tiba di UiTM Jengka pada jam 4.30 petang dan disambut oleh Pengarah UiTM Pahang dan diberikan tabik hormat oleh komander kesatria.Sambutan luar jangka ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pelajar dan kakitangan UiTM Pahang. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah UiTM Pahang, Profesor Madya Dr.Hilmi bin Ab. Rahman dan kemudian menyerahkan kata-kata penghargaan kepada En. Muhd Khalid Abdullah(wakil peserta jelajah).


Story by: Muhd Khalid

1 comment:

Luqman khair said...

tahniah ayah!!!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.