Penat

Sempat aku masuk bilik selepas memindahkan semua soalan ke dalam bilik kebal dan sasaran utama mata aku meninjau di tray in! Pelik, kenapa tak banyak surat masuk atau semua sudah di selesaikan oleh EO aku. Lama aku outstation, dari selatan aku singgah di barat dan kemudian menghala ke utara. Balik untuk seketika ke selatan dan sambung perjalanan ke timur. Kadangkala perasaan nakal mengatakan semua ini membuang masa sahaja. Hujung minggu dipenuhi kursus dan tiada rehat sekurangnya untuk sehari dari memikir soal kerja. Penat!

Minggu ini akan aku penuhkan semua aktiviti di pejabat untuk persediaan peperiksaan akhir pelajar yang bermula 21 April sehingga 11 Mei ini. Banyak perkara yang perlu aku rancang untuk mendapatkan zero defect atau sekurangnya tiada kesilapan besar di dalam mengendalikan peperiksaan akhir.Seperti mengatur pemain di championship manager!

Sehingga pertengahan Mei aku tak boleh bercuti, aduh penatnya macam ini. Cuti tahunan tak pernah aku usik lagi patah lagi cuti gantian yang aku dapat setiap kali kerja hari minggu. Terasa aku memesongkan tanggungjawab pada keluarga di kampung kerana kerja.Seingat aku kali terakhir aku balik pada pada PRU dulu dan itupun hanya tidur semalam di kampung, lepas mengundi terpaksa bergegas ke Segamat untuk outreach pelajar di JB.

Penat sangat hidup ini, penat kerana aku tak pandai mengatur masa. Teringat cakap arwah wan dulu, rehat yang menenangkan ialah di tikar sembahyang!Aku belum merasai apa yang dimaksudkannnya itu!




No comments:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.