Raya Journey

Pahang-Kelantan-Pahang -Penang-Kedah-Johor
2-5 Oktober 2008

Raya kedua seperti yang dijanjikan, selepas bersalaman dengan mak dan ayah, aku dan wife memulakan perjalanan ke Kuala Tembeling sebelum meneruskan perjalanan ke Penang, menghadiri majlis kahwin sepupu wife aku pada 4 syawal. Family mertua aku sudah menunggu di sana, nampaknya dah ready untuk travelling. Lebih kurang setengah jam selepas breakfast, kami meninggalkan Kuala Tembeling menyusuri laluan ke Kuala Lipis dan Gua Musang. Ayah mertua yang adventures, lead convoi seramai 6 orang dan dua buah kereta. terasa tension bila tengok meter, 80kmph dengan perjalanan yang berbaki beratus kilometer lagi. Namun begitu pabila melepasi bandar Kuala Lipis, mata tak berkelip meninjau Bukit dan Gunung yang terhampar di kanan dan kiri jalan. Aduh, bertambah rindulah kat MERIDA yang kesunyian di rumah.Memang menyejukkan mata memandang, kan ke baik kalau semua bukit dan gunung ini dok kat belakang rumah aku...

Plan untuk bermalam di Cameron Highland akhirnya berjaya bila wife aku dapat contact kenalannya, Appartment berharga RM250 semalam dah cukup murah bagi kami memandangkan waktu cuti raya begini tanah rata memang padat dengan manusia. Alhamdulillah....

Somewhere in Gua Musang
Off road memang best tapi on road Pajero Ayah aku ni....

Family Mertua
Mak, Anas ( dapat title Dr dalam usia yg muda) dan Jasmin


Me & Wife
Tanah Rata

RM12 per plate...emm
Tapi tea memang ummphh!



Tertarik dengan official transport penjual strawberry...


BM Cross Mountain bakal diadakan di sini...
Dalam perjalanan balik ke Shah Alam (Segamat)



Sharifah Mazlina

8 Oktober 2008
"THE EFFICACY OF MIND POWER"

Semalam aku berpeluang untuk menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan. Seminar yang menarik tambahan pula penceramah jemputan merupakan The Expeditor! Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina Bt Syed Abd Kadir. Cemburunya aku bila mendengar kisah pengembaraan beliau di Kutub Utara dan Selatan yang penuh dengan cabaran. Beliau pandai bermain dengan kata, hinggakan audience yang ada seolah bersama beliau di dalam kedua-dua expedisi tersebut, ada pelajar yang hampir pengsan melihat kan visual kesengsaraan yang telah beliau lalui.

Biasalah, ego lelaki dan aku pernah memperkecilkan kebolehan beliau suatu ketika dahulu pabila muka hadapan akhbar tempatan menyiarkan kejayaan beliau. " Kalau ada sponsor tu macam-macam boleh buat "! Hari ini tanggapan itu semuanya berubah, nak ajer aku bersalam dengan dia semalam dan minta maaf kerana telah memperlekehkan beliau. Aku kagum dengan ketabahan dan kesungguhan beliau dalam mengejar impian! Satu perkara baru yang aku belajar!

Memang aku jelous! Mengapa tidak aku yang melalui expedisi ini? Sedangkan aku rasa aku dah cukup adventures, dare-devil lagi! Masa aku kecik-kecik dulu sungai pahang yang lebar itu pun aku mampu berenang ke seberang. Aku rasa dah cukup hebat, bukan semua budak-budak di kampung aku mampu berbuat demikian.

Rumus aku begini, Keberanian bukanlah faktor utama tetapi Niat dan Tekad itu yang mencorak kejayaan dan Beliau ada pakej ini.

Ada semangat baru yang meresap dalam diri ni, aku pinjam auranya untuk kayuhan di Melaka hujung bulan nanti! Aku mesti dapatkan top 10 nanti! Dia boleh dan aku yakin aku boleh! Petang ni trainning 60 km..hahahahaha!


Syawal 1429-H

Aidilfitri tahun ini memang berbeza dari sebelumnya, mungkin kenikmatan meraikannya bersama yang tersayang telah mewujudkan kelainan ini. Pagi Syawal disambut di rumah mertua dan kemudian meneruskan tradisi bersolat sunat di masjid kampungku. Beruntung bila rumah mertua dan rumah keluarga aku hanya 10km sahaja, adil untuk semua. Aku berada diperkarangan masjid sambil meninjau-nijau kenalan dan sahabat lama, memang tidak kelihatan dan yang ada hanya generasi-generasi baru, ada diantara wajah mereka itu pertama kali aku lihat.Keadaan yang menyedarkan diri, terlalu jarang aku menghabiskan masa di kampung. Terus melangkah masuk ke masjid dan banyak ruang kosong belum dipenuhkan, aku memilih untuk duduk di saf kedua dibelakang imam. Takbir dilaungkan oleh Tahfiz cukup merdu, bertambah sayu di hati sambil bibir digerakkan mengikut alunan takbir yang bergema, senada dan seirama memuji pencipta.Beberapa minit kemudian orang kampung mulai memenuhi masjid, dan berkebetulan "rodong", sama-sama mengaku saudara duduk disebelah aku, bukan dia sahaja tapi ramai lagi sahabat sebayaku berebut-rebut memenuhi saf hadapan. Mereka ini juga seperti aku, telah berpuluh tahun mencari rezeki di tempat orang. Keadaan yang jauh berbeza dari tahun sebelumnya. Kami berborak di bawah pokok bunga tanjung, masing-masing ghairah bercerita tentang kerjaya tanpa memperdulikan imam berkhutbah.Hanya ketika qamat dilaung, barulah berebut masuk ke masjid.


Setahun berlalu, umur meningkat dan penghayatan hidup semakin berbeza, mungkin itulah yang dirasakan. Semua manusia akan berubah, samaada mencari cahaya atau terus bergelap dengan kenikmatan dunia. Erti Syawal tahun ini pada aku.

Salam Syawal.....



SELAMAT HARI RAYA

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin andai ada tersilap bahasa, terkasar tutur kata dan sebagainya. Salam Aidilfitri, moga keberkatan hidup ini dianugerahkan kepada kita. Amin..

Laila & Khalid

FSA K Force Riser Bar


FSA's revised Riser looks set to become a racers favourite, thanks to a super low weight.

It uses a big bulge and rise in the middle but a rapid taper for maximum control space on the flat outer span. This means some twang but nothing too alarming and it stops buzz nicely too. A central grip panel and very snug fit with the bar keeps it secure without mad pressure. The carbon Kevlar construction is reinforced under the brake clamps too but not at the tips, so don't go fitting bar ends or cranking your lock on grips up too tight. 20mm rise version also available.

By Bike Radar

Aku sebenarnya teringin nak pakai Carbon Riser Bar, tapi bila fikirkan nature ride aku yang agak ganas ni timbul persoalan samada carbon cukup tahan atau hanya mampu bertahan satu ride sahaja. Terus aku dapatkan nasihat dari saudara Miep yang banyak pengalaman bargain part ni, katanya bila DH kurang confident sikit. Emmm, memang kurang sesuai dengan cara ride aku. Cancell beli..

So semalam after interview di Shah Alam aku terus ke Kedai Basikal untuk menjamu mata sementara tunggu wife habis kerja. Terpikat dengan finishing riser bar ni akhirnya aku memilih FSA K Force-XC Riser Bar walaupun harganya lebih kurang ajer dengan monkey-lite. Bila dah sempurna di pasang perasaan menyesal bazirkan duit beli something yang tak terfikir akan beli tadi hilang. Ngam pulak dengan setup bike aku ni.....emmm...kalau tak sesuai dengan aku nanti sure adalah iklan dalam BBS nanti 50% off.


Sirap Bandung

Gambar diambil semasa bercuti di Sarawak
Bestnyerrr........

Kenapa? Sebab semalam aku termiss bersahur! Kebetulan masa berbuka tu kurang berselera sikit, after Terawih di Masjid UiTM aku gatalkan kaki untuk Nite Ride sejauh 20km. Start kayuh lebih kurang jam 10.30 dan tamat ride jam 11.45, memang semput nak habiskan ride tu. Sampai di rumah ingatkan nak terus bersahur tapi mata tak mengizinkan. Mungkin penat sangat lagipun badan tak recover sepenuhnya after kena demam hari tu. Terus tidur dan mata cuma terbuka bila waktu sahur habis.......aku teringin nak minum sirap bandung....


Melaka Environment Ride 2008

Melaka Environment Ride 2008, satu lagi acara untuk menyeksakan diri akan diadakan pada 26 Oktober 2008 di A Famosa Resort Melaka. Pada asalnya ride ni dinamakan Sahara Ride dan dapat aku membayangkan kesengsaraan mengayuh di bawah panas matahari nanti. Awal-awal lagi aku dah register dan sempat lagi nak workout sikit-sikit selepas sebulan bercuti kayuh di sepanjang bulan Ramadhan ni.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.