Syawal 1429-H

Aidilfitri tahun ini memang berbeza dari sebelumnya, mungkin kenikmatan meraikannya bersama yang tersayang telah mewujudkan kelainan ini. Pagi Syawal disambut di rumah mertua dan kemudian meneruskan tradisi bersolat sunat di masjid kampungku. Beruntung bila rumah mertua dan rumah keluarga aku hanya 10km sahaja, adil untuk semua. Aku berada diperkarangan masjid sambil meninjau-nijau kenalan dan sahabat lama, memang tidak kelihatan dan yang ada hanya generasi-generasi baru, ada diantara wajah mereka itu pertama kali aku lihat.Keadaan yang menyedarkan diri, terlalu jarang aku menghabiskan masa di kampung. Terus melangkah masuk ke masjid dan banyak ruang kosong belum dipenuhkan, aku memilih untuk duduk di saf kedua dibelakang imam. Takbir dilaungkan oleh Tahfiz cukup merdu, bertambah sayu di hati sambil bibir digerakkan mengikut alunan takbir yang bergema, senada dan seirama memuji pencipta.Beberapa minit kemudian orang kampung mulai memenuhi masjid, dan berkebetulan "rodong", sama-sama mengaku saudara duduk disebelah aku, bukan dia sahaja tapi ramai lagi sahabat sebayaku berebut-rebut memenuhi saf hadapan. Mereka ini juga seperti aku, telah berpuluh tahun mencari rezeki di tempat orang. Keadaan yang jauh berbeza dari tahun sebelumnya. Kami berborak di bawah pokok bunga tanjung, masing-masing ghairah bercerita tentang kerjaya tanpa memperdulikan imam berkhutbah.Hanya ketika qamat dilaung, barulah berebut masuk ke masjid.


Setahun berlalu, umur meningkat dan penghayatan hidup semakin berbeza, mungkin itulah yang dirasakan. Semua manusia akan berubah, samaada mencari cahaya atau terus bergelap dengan kenikmatan dunia. Erti Syawal tahun ini pada aku.

Salam Syawal.....



No comments:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.