Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

UUM Sintok

Aku berada di EDC Hotel - UUM Sintok menghadiri kursus anjuran Jabatan Pengajian Tinggi bermula 28 - 30 November 2010. Cantik kawasan UUM-hijau serta berbukit-bukit dengan pembangunan yang agak teratur, selesa dan perasaan tenang berada di sini. Adik aku yang pernah belajar di sini kurang menghargai kelebihan yang UUM ada berbanding dengan IPTA yang lain-katanya jauh dari bandar.

Ini kali pertama aku sampai walaupun dah beberapa kali merancang untuk join event mtb yang dianjurkan. Lepas check-out esok, kalau ada masa teringin nak ke Bukit Kayu Hitam or ke Padang Besar beli something untuk family.




Busy...macam mana nak masuk race ni???

Too BuSY

Busy nya sepanjang musim exam ni........macam mana nak masuk race Selangor MTB hari Ahad ni? Ada exam masa tu......

Peperiksaan Akhir April - Mei 2010

Ilustrasi


Bermula pada 21 April 2010 akan berlansung Peperiksaan Akhir di seluruh sistem UiTM dan bagi UiTM Kampus Bandaraya Kuala Lumpur (Kolej Alamanda) inilah Peperiksaan yang terakhir akan diadakan di sini. Diucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar.



UiTM Kampus Bandaraya KL

Universiti Teknologi MARA
Kampus Bandaraya Kuala Lumpur (Kolej Alamanda)
355, Batu 4 1/2 Wisma Shun Li
Jalan Klang Lama
580000 Kuala Lumpur.

Peperiksaan Bermula



Peperiksaan Akhir bagi UiTM Kampus Bandaraya Kuala Lumpur (Kolej Alamanda + Kolej Beringin) bermula pada 28 Oktober 2009 - 15 November 2009.



Jelajah UiTM : Peringkat Kedua

Bersama Pengarah & Timbalan Pengarah UiTM Terengganu

Peserta dilepaskan oleh Pengarah Terengganu tepat jam 9.00 pagi.

Perserta tiba di UiTM Kelantan pada jam 4.30 petang disambut oleh
Timbalan Pengarah (PJI)



Bersama Pelajar dan Kakitangan UiTM Kelantan



Menulis kata-kata penghargaan untuk diserahkan kepada Naib Canselor.


Machang, 4 Oktober 2009- Pasukan jelajah UiTM meneruskan perjalanan dari UiTM Terengganu ke UiTM Kelantan untuk kayuhan peringkat kedua. Majlis pelepasan yang bermula jam 8 pagi dihadiri oleh Pengarah UiTM Terengganu, Yang Mulia Tengku Yusuf, kakitangan dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Terengganu.

Majlis dimulai dengan ucapan Pengarah UiTM Terengganu dan ucapan Pengarah Program Jelajah UiTM. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh kedua belah pihak. Kayuhan peringkat kedua ini bermula jam 9 pagi dan pasukan jelajah berhenti jam 12 tengah hari di Jerangau dengan jarak kayuhan sejauh 70 kilometer. Selepas makan tengah hari dan solat, peserta jelajah meneruskan perjalanan dengan berkenderaan sehingga 30 kilometer sebelum tiba di UiTM Kelantan dan kayuhan diteruskan semula.

" Kami berjaya menyudahkan kayuhan sejauh 100km untuk peringkat kedua ini dan berasa amat terharu atas sambutan meriah yang diberikan oleh UiTM Terengganu dan UiTM Kelantan" Kata Muhd Khalid sejurus tiba jam 4.30 di UiTM Machang. Peserta jelajah disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri.




Story by : Azim

Jelajah UiTM : Peringkat Pertama

Majlis Pelancaran Jelajah UiTM
Cenderamata disampaikan oleh Muhd Khalid Abdullah kepada Pengarah UiTM Johor

Majlis Sambutan oleh UiTM Pahang

Bersama Pengarah dan Pentadbir Tertinggi UiTM Pahang.


70 Kilometer yang pertama


UiTM Segamat,2 Oktober 2009 : Peserta Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM telah berjaya menamatkan kayuhan berbasikal sejauh 70km bermula dari UiTM Segamat, Johor dan berakhir di UiTM Jengka, Pahang.

Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM merupakan siri jelajah berbasikal yang akan mengunjungi setiap kampus UiTM di Semenanjung Malaysia bagi mengumpulkan kata-kata penghargaan dari warga kampus sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan pentadbiran Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM yang telah berjasa kepada masyarakat keseluruhan. Kayuhan 'Jelajah UiTM' ditetapkan 6 peringkat bermula dari UiTM Segamat ke UiTM Jengka, UiTM Dungun ke UiTM Machang, UiTM Perlis ke UiTM Merbok, UiTM Pulau Pinang ke UiTM Perak, UiTM Shah Alam ke UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Melaka ke UiTM Segamat. Jumlah kayuhan hampir 2000 km yang disertai oleh kakitangan dan pelajar UiTM Segamat ini merupakan simbolik kepada kepayahan dan keperitan seorang pemimpin yang tersohor di dalam meningkatkan taraf pendidikan masyarakat bumiputera.

" Peringkat pertama kami berjaya menamatkan kayuhan sejauh 70km berbanding dengan jarak sebenar 170km yang telah disasarkan berikutan kekangan masa dan masalah teknikal" kata Mohd Zul-Azmi Ishak selaku ketua program ini.

Peserta jelajah telah tiba di UiTM Jengka pada jam 4.30 petang dan disambut oleh Pengarah UiTM Pahang dan diberikan tabik hormat oleh komander kesatria.Sambutan luar jangka ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pelajar dan kakitangan UiTM Pahang. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah UiTM Pahang, Profesor Madya Dr.Hilmi bin Ab. Rahman dan kemudian menyerahkan kata-kata penghargaan kepada En. Muhd Khalid Abdullah(wakil peserta jelajah).


Story by: Muhd Khalid

Kayuhan akan bermula...


Aku belum ready untuk ride sejauh ini.......................

Tempat Baru

Dari rumah ke UiTM Segamat kira-kira 12km dan perjalanan mengambil masa kurang dari 20 minit. Selalunya aku akan sampai tepat pada masa jika keluar rumah jam 7.30 pagi - kecuali hari luar biasa yang mana keretapi lalu tidak mengikut jadual biasa. Sesak sikit untuk keluar ke jalan utama. 4 tahun aku melalui perkara yang sama dan hari ini aku memulakan suatu yang baru.
Bersambung....

Mohon Undur Diri

Hari ini merupakan hari terakhir aku menjadi warga UiTM Segamat-ketika aku mula mengetuk huruf di keyboard tadi jam telah melepasi waktu kerja. Perasaan bercampur-campur dan tak terluah. Aku masih belum bersedia meninggalkan bumi Segamat ini - minggu depan selepas melapor diri di UiTM Alamanda Petaling Jaya aku pasti akan kembali ke sini. Mengucapkan salam-salam perpisahan untuk semua yang telah menjadi keluarga aku di sini.

Busyro = Berita Gembira

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga bila mendapat panggilan telefon dari Bahagian Penjawatan UiTM Shah Alam semalam. "Kami dalam proses sediakan surat pertukaran encik, so kami perlukan salinan surat permohonan!". Jika tiada aral melintang 1 September 2009 aku akan lapor diri di UiTM Kampus Alamanda Petaling Jaya.

Empat tahun di UiTM Kampus Segamat bukanlah masa yang panjang tetapi pengisian masa ini akan menjadi kenangan sepanjang hayat. 3 Mei 2005 aku jejakkan kaki di sini tanpa sebarang pedoman-apa yang bakal aku hadapi dalam karier dan perjalanan hidup.

Berat nak tinggalkan Segamat-rasa serasi dengan persekitaran dan manusia di sini. Malam ini aku perlu buat karangan panjang (beserta pantun) untuk ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara lansung dan tidak dalam hidup aku di sini.


Penghujung Selatan

Date : 23 Julai 2009
Venue : Mesyuarat Usahasama Penyelidikan Antara UiTM Johor & Taman Negara Johor

Mercu Tanda di Pintu Masuk Tg Piai.

Mudskipper - betul atau tidak masih lagi menjadi persoalan kerana tiada kajian saintifik
mengatakan makhluk ini mampu menambahkan tenaga...


Pelantar di Hutan Paya Bakau ini memudahkan laluan pengunjung untuk menikmati keindahan.

Mercu Tanda Penghujung Selatan di Tanah Besar Asia



Program ini merupakan permulaan kepada usahasama pintar diantara UiTM Johor dan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ). Setelah bermesyuarat di Pejabat PTNJ Nusajaya, wakil dari UiTM Johor dan Pusat Bio-Diversiti telah dibawa melawat ke Taman Negara Tanjung Piai dimana lokasinya sebagai "Penghujung selatan Tanah Besar Asia" menjadi tarikan utama selain dari hutan paya bakau yang indah.

Aku dah sampai di sini dan mungkin berpeluang lagi untuk menjelajah kesemua Taman-Taman Negara Johor seperti Pulau Mersing, Pulau Rawa dan Endau Rompin. Aku semakin tertarik dengan kerja baru aku ini................


Jelajah UiTM

http://jelajahuitm-09.blogspot.com/

Jelajah Satu Dekad Pentabdiran Naib Canselor - merupakan acara jelajah berbasikal dari Kampus UiTM ke Kampus UiTM di setiap negeri bagi mengumpulkan kata-kata penghargaan untuk dibukukan sebagai penghormatan di atas jasa-jasa Naib Canselor UiTM.

Projek pertama aku dalam siri Jelajah UiTM, moga dipermudah semua perkara dan harapan agar diperkuat mental dan fizikal untuk menjayakan program ini. Mungkin selepas ini projek berakit dari Taman Negara Pahang ke Pekan pula....


Tukar Bahagian

Starting on Feb 2, 2009 I'm no longger attach to Academic Affairs! Berat memang berat tapi itulah hakikat kerja as an Assistant Registrar. Untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru memang ambil masa, tambahan Division of Research and Industrial Networking ini Bahagian yang baru dan everything kena start from the beginning.

Hari ni aku masih terhutang banyak kerja dengan HEA, especially One Off Budget 2009 untuk projek-projek naik taraf fasiliti BHEA. Semua tu kena siapkan sebelum aku serahkan sepenuhnya opis ni pada orang lain.

Wish me luck....

Bilalah permohonan aku nak tukar ke Shah Alam ni diperkenan ??

Taklimat

Baru habis menyampaikan Taklimat mewakili Timbalan Pengarah HEA kepada pelajar baru di Pusat Islam. Alhamdulillah, public speaking aku kali ini agak sempurna, mungkin kerana suasana Rumah Allah membuatkan hati cukup tenang menyampaikan pesanan dan amanat di dalam majlis ilmu ini. Hilang perasan gemuruh, rasa masa 2 jam yang diberikan begitu singkat sedangkan masih banyak perkara yang ingin aku sampaikan. Nilai hari ini aku cari.....

PTK

Alhamdulillah, walau hanya memperoleh aras III di dalam kedua-dua Ujian PTK, keputusan ini tetap mengembirakan hati. Kekangan dengan tugas harian dan urusan peribadi menghadkan masa untuk mengulangkaji skop yang agak luas, Perkhidmatan Awam secara umumnya. Itulah keputusan yang terbaik yang dapat dicapai buat masa ini. Aras III cukup untuk melayakkan diri ditemuduga bagi kenaikkan pangkat tetapi masih tidak layak untuk menerima anjakan gaji.
Pagi lagi staf telah bergosip PTK, telefon berdering bertalu-talu hanya untuk bertanyakan keputusan PTK rakan sejawat. Ada yang ceria beroleh aras IV, berpeluang untuk anjakan gaji dan ada yang bermuram kerana masih lagi berada di takuk lama walau sudah menduduki PTK kali yang ke-tujuh.
Setiap pekerjaan yang dilakukan perlu ada satu bentuk penilaian untuk mengukur sejauh mana tahap yang telah dicapai. Penjawat awam yang mana pengkhususan kerja dipraktikan pastinya perlu diukur setiap masa bagi mencapai indeks KPI yang telah ditetapkan.
Soal bagaimana untuk mengukur tahap tersebut masih lagi diperdebatkan hingga kini, ada pihak yang semahunya melihat sistem PTK ini dimansuhkan dan ada pihak yang menegakkan keberkesanan sistem ini. Menganggap ianya yang terbaik untuk menilai tahap kecekapan penjawat awam. Berlawanan pula menganggap ianya satu beban dan penghalang untuk mendapat ganjaran dari majikan sedangkan usia perkhidmatan melebihi separuh umurnya.
Bagi yang bersemangat untuk mengambil PTK semula, akan menimbulkan fenomena Ulat Buku di dalam Bahagian atau Jabatan. Mereka ini akan memberikan masa yang lebih kepada mengulangkaji skop PTK dari menumpukan kepada tugas hakiki. Ulat Buku ini menjadi semakin aggresif dan tertekan untuk lulus dengan cemerlang. 8 jam masa di pejabat adalah masa yang damai untuk mengulangkaji, terlepas dari kerenah anak-anak di rumah. Mungkin...



Exam

Semalam (18/11/2008) berakhirlah exam untuk semester ini. Alhamdullillah exam berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan dan nampaknya Bob, pengganti aku cepat belajar dan mampu menguruskan exam dengan lebih baik. Semester yang terakhir aku terlibat di dalam exam dan selepas ini tanggungjawab aku lebih tertumpu kepada admin sahaja, tukar bidang tugas.

Minggu ini memang sibuk bagi semua pensyarah untuk menanda kertas jawapan pelajar, tarikh akhir yang diberikan untuk menghantar markah pada 24/11/2008, lebih kurang 6 hari dari tarikh peperiksaan yang terakhir, extra satu hari berbanding semester lepas. Banyak masa untuk mereka pastikan semua markah dimasuk dengan betul dan begitu juga dengan staf HEA ada masa untuk key-in markah dengan teratur.

Aku cuma berharap agar pengurusan exam kali ini berjaya mendapat zero defect. Harapan ini aku asaskan dengan persediaan dari awal semester dulu (belajar dari kesilapan) dan moga ianya diperkenankan. Ada masa terkeliru, semua yang dilakukan ini untuk apa? Kepuasan diri atau aku benar-benar memikul tanggungjawab? Apa yang drive aku?




Audit ISO (10-12/11/08)

Audit selalunya menimbulkan migrain di kepala bila auditor bertanyakan soalan-soalan yang cukup provocative. Ada ketika sikap defensive diperlukan dan selalunya perlu menerima kritikan semasa berlansungnya temubual. Bermula hari Isnin sehingga semalam pihak Llyods telah menjalankan audit untuk memperbaharui persijilan ISO 9001:2000 bagi proses dan prosedur kerja yang diamalkan di UiTM Johor. Selaku penulis dokumen dan terlibat secara lansung di dalam proses Hal Ehwal Akademik, aku tidak terkecuali dari menerima kunjungan pihak llyods. Berbanding tahun 2005 ketika mula-mula memperolehi persijilan ISO, tahun ini aku agak yakin menjawab segala soalan yang dikemukakan. Mungkin proses yang didokumenkan itu telah menjadi amalan aku selama 3 tahun ini .Walaupun terdapat serba sedikit kekurangan semasa perbentangan penemuan, ianya tidak menjejaskan pembaharuan sijil ISO. Tahniah untuk semua warga kerja ISO UiTM Johor atas usaha keras selama ini di dalam mencapai mutu kerja yang terbaik.

ISO cukup mudah; buat apa yang didokumenkan tetapi apa yang didokumenkan itu tidak semestinya perfect dan cabarannya adalah mencari yang terbaik.....



Rohani Jangga

Namanya cukup mudah diingat, bukan kerana keunikan padanannya tetapi atas sifat yang telah membentuk perwatakannya. Rohani Jangga dikenali di UiTM Johor atas keperibadian yang tinggi, energetic dan bertanggungjawab terutama di dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan kepadanya. Melepasi 20 tahun usia bersama UiTM Johor sebagai pentadbir, Rohani telah mengembangkan kariernya dan kini bergelar seorang pensyarah.Pendakian kerjaya yang bukan mudah untuk dicapai andai tiada niat,tekad dan usaha yang kuat. Sekalung tahniah untuk Puan Rohani dari kami di HEA.

Menerima cenderahati daripada Timbalan Pengarah HEA di dalam majlis sambutan hari raya peringkat HEA pada 22 Oktober 2008.


Pendaftaran Pelajar Baru

Sehingga jam 4.30 petang tadi seramai 496 orang pelajar baru untuk sesi kemasukan Julai-November 2008 telah mendaftar. Alhamdulillah, walaupun "sistem pendaftaran" agak perlahan tetapi tidak mengganggu keseluruhan proses pendaftaran. Jumlah pelajar Lelaki yang mendaftar pada kali ini lebih ramai berbanding semester sebelum. Ada perkembangan positif nampaknya dan harap tiada pula lelaki yang "bercelaru gender".

Tepat jam 5 nanti aku akan memberikan taklimat kepada pelajar baru berhubung proses pemulangan file peribadi, dan selalunya bila sebut "kena bagi taklimat" badan aku terus mengigil, penyakit lama yang belum sembuh sehingga ke hari ini. Aku inferior...

Ragam khalayak semasa pendaftaran tadi aku tinjau dan kesimpulan aku, mereka beruntung sungguh. Dihantar oleh ibu bapa dengan tautan harapan, berbanding dengan aku dulu yang hanya bertemankan perasaan sendiri.........

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.