8 Oktober 2008
"THE EFFICACY OF MIND POWER"
Semalam aku berpeluang untuk menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan. Seminar yang menarik tambahan pula penceramah jemputan merupakan The Expeditor! Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina Bt Syed Abd Kadir. Cemburunya aku bila mendengar kisah pengembaraan beliau di Kutub Utara dan Selatan yang penuh dengan cabaran. Beliau pandai bermain dengan kata, hinggakan audience yang ada seolah bersama beliau di dalam kedua-dua expedisi tersebut, ada pelajar yang hampir pengsan melihat kan visual kesengsaraan yang telah beliau lalui.
Biasalah, ego lelaki dan aku pernah memperkecilkan kebolehan beliau suatu ketika dahulu pabila muka hadapan akhbar tempatan menyiarkan kejayaan beliau. " Kalau ada sponsor tu macam-macam boleh buat "! Hari ini tanggapan itu semuanya berubah, nak ajer aku bersalam dengan dia semalam dan minta maaf kerana telah memperlekehkan beliau. Aku kagum dengan ketabahan dan kesungguhan beliau dalam mengejar impian! Satu perkara baru yang aku belajar!
Memang aku jelous! Mengapa tidak aku yang melalui expedisi ini? Sedangkan aku rasa aku dah cukup adventures, dare-devil lagi! Masa aku kecik-kecik dulu sungai pahang yang lebar itu pun aku mampu berenang ke seberang. Aku rasa dah cukup hebat, bukan semua budak-budak di kampung aku mampu berbuat demikian.
Rumus aku begini, Keberanian bukanlah faktor utama tetapi Niat dan Tekad itu yang mencorak kejayaan dan Beliau ada pakej ini.
Ada semangat baru yang meresap dalam diri ni, aku pinjam auranya untuk kayuhan di Melaka hujung bulan nanti! Aku mesti dapatkan top 10 nanti! Dia boleh dan aku yakin aku boleh! Petang ni trainning 60 km..hahahahaha!

1 comment:
hehe..saja nak menyibuk...
aku tahu ko sure leh dapatnyer...
All the best
Post a Comment