Kampung Gajah

Sekali lagi dihantar ke Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah, Perak untuk berkursus. TOT (Traning for Trainers) kursus yang tak pernah terfikir aku akan follow. TOT kursus untuk para penceramah memang tak sesuai bagi aku yang berdarah gemuruh ni bila buat public speaking. Walaupun depan student, tangan aku memang jelas terketar-ketar. Words yang aku ungkaikan di dalam kepala semua hilang bila dok atas stage, mulalah ngelabah dan saat itu masa berjalan terlalu slow, seminit rasa cam 2 jam.

Sehari lepas aku ikuti ceramah dan praktikal barulah jelas bersuluh, untuk jadi presenter or penceramah ini bukanlah satu gifted yang dikurniakan Tuhan semata-mata, tetapi sesuatu yang perlu kita usahakan. Cabaran bagi aku untuk menjadi tukang karut nanti...

Besok, 9 Jan 2008 telah ditakdirkan aku akan bagi syarahan dan tajuk yang diberikan bebas tetapi berkisar kepada perkhidmatan awam. Kalau tajuk bebas mau aku bercerita pasal mountain biking, itu ajer aku rasa aku paling expert. Cabaran bagi aku macam cabaran aku lompat dari 5 kaki ramp yang aku letak betul-betul ditengah downhill 60 darjah. Cubaan pertama berjaya tapi cubaan kedua membuatkan aku dihantar ke klinik.






1 comment:

Anonymous said...

Dang!!!
Keh keh...kena public speaking...
Jgn tersasul sebut Deore, XT, Talas dah ler nanti...nganga plak diorang...GOOD LUCK buddy!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.