Entry Baru

Seminggu dua ni, entry aku berkisar perihal memancing dan trip memancing laut dalam di Sarawak hujung bulan ini. Waktu senggang aku dok depan PC surf info tentang teknik-teknik memancing laut dalam dan aku sebenarnya sudah obsess. Berbeza sungguh teknik yang pro gunakan berbanding dengan ilmu memancing yang aku ada sepanjang menjadi nelayan part time di Sungai Pahang suatu waktu dulu. Banyak yang aku kena belajar dan Mr Atuk (Classmate di UiTM) menjadi rujukan utama, orang Melaka yang memang handal menangkap ikan di laut ni.

Buku dan DVD pancing yang dipinjam dari Atuk.




Set Pancing pertama aku, Reel Shimano Alivio 10000FA dan Joran Shimano FX Series
(Medium Heavy)


Melalui apa yang aku baca dan tonton lebih kurang 5 teknik yang digunakan untuk mendapatkan hasil lumayan-besar punya!.

  1. Jigging-teknik yang digunakan secara meluas oleh Nelayan di Korea dan Jepun. Teknik ini baru di Malaysia tetapi sudah mendapat tempat di kalangan pro.
  2. Popping -teknik yang seakan-akan jigging dan menggunakan rapala sebagai umpan. Pemancing akan menggerakkan rapala seperti ikan hidup dan jika kena dengan cara tentunya tenggiri akan naik ke bot.
  3. Trolling-teknik menunda umpan dengan bot
  4. Bottom-menggunakan ladung untuk menjatuhkan umpan ke dasar-sesuai untuk menangkap kerapu.
  5. Mid-pertengahan air, aku tak sure lagi tentang teknik ni.
Membaca dan menonton sahaja memang tak cukup, pengalaman itu yang lebih penting, mungkin aku akan cuba praktikkan di Tasik Putrajaya, itupun kalau tak kena tangkap kerana menceroboh.



Stella VS XTR




Stella FD 2010


Shimano XTR 2010


Stella dan XTR-keduanya adalah produk top end dari SHIMANO namun begitu keduanya berada di lapangan berbeza. XTR beraksi di belantara manakala Stella pula berkelibat di lautan.Teringin nak pakai Stella, bila tengok harganya di Kepong Tackle Sdn Bhd hampir sama dengan groupset XT......


Cinta Beralih Arah


Sg. Lembing MTB Challenge 2010
20-21 March 2010
Sg. Lembing Kuantan Pahang


Lebih kurang 15 hari lagi Sg. Lembing MTB Challenge akan diadakan dan aku telah mendaftar untuk memeriahkan majlis tersebut di dalam cat 30-34. Pada kebiasaannya aku teruja untuk event sebegini tetapi kali ini semangat tersebut pudar terus. Ada perkara lain yang telah bangkit semula dalam diri aku, perasaan aku semakin teruja dan teruja.


SHIMANO ALIVIO 10000FA
(Aku sangkakan hanya MTB sahaja yang menggunakan series Alivio)

Set Pancing (Medium Action) yang baru dibeli untuk mengikuti trip memancing laut dalam di Sarawak hujung bulan Mac ini. Aku telah resign jadi Nelayan since aku bermastautin di KL pada tahun 2001 dan kini aku register semula sebagai Nelayan part time dan kali ini bukan di Sungai Pahang tetapi di Laut China Selatan.. :)


Tenggiri 16 kg (Sarawak)
Pic taken from Malaysian Fishing Net Forum
Jika ada rezeki inilah spesimen yang bakal aku bertarung-sehebat tech downhill di PCP.



Bersambung............

Selamat Pengantin Baru

Khairul Anuar & Pasangan
28 Februari 2010 - Kg Pangsenam Temerloh.


Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Nuar dan Isteri, moga dilimpahi berkat dan dihimpunkan ke dalam kebaikkan oleh-Nya. Amin!


From Khalid, Laila & Luqman Khair

Aqiqah

Di dalam penqertian syarak Aqiqah bermaksud sembelihan binatang an‘am (binatang ternakan yang berkaki empat) yang dilakukan kerana menyambut cahaya mata ketika hendak mencukur rambut samaada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.Ibadah ini merupakan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T atas kurniaan yang tiada ternilai.Hukum akikah adalah sunat muakad dan 2 ekor Kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing untuk bayi perempuan.Imam Malik berpendapat sudah cukup untuk akikah seekor kambing bagi bayi lelaki dan perempuan. Daging Aqiqah adalah disunatkan untuk dimasak terlebih dahulu (masakan agak manis) sebelum disedekahkan.



Kambing Baka Boer

Disembelih oleh Pok Su-membaca niat dan doa aqiqah.

Mr Otto-kerja-kerja melapah dilakukan dalam
waktu yang singkat.


Luqman Khair demam...

Majlis Cukur Rambut
15 Februari 2010 bersamaan 3 Rabiulawal 1431-H

Akhirnya aku berjaya membotakkan kepala Luqman Khair
setelah sketsa pujuk memujuk berlarutan sejam lamanya.


Terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan majlis ini dan moga mendapat keberkatan dari-Nya. Aminnn...





Makin Kurang

Tahun 2010 ni aktiviti mengayuh memang kurang mungkin 3-4 kali sahaja. Seingat aku seminggu sebelum PCP Opening Day , Race di PCP dan Race di Sepang SIC. Sekali lagi join Zamzi Tezibone ride di Semenyih. Total distance tak sampai 40km pun. Mungkin semangat nak berkayuh tu makin pudar agaknya-tapi tiap-tiap hari usap2 bike......hahahaha!


Bike pertama yang dibeli pada tahun 2002.
Banyak kenangan dengan bike ini.

Bike Ke-2
Merida TFS 500 (Complete Bike) dibeli pada tahun 2004. Memang lama aku pakai frame ini sehinggalah dijual pada tahun 2009.

Bike Ke-3
Frame asal Hydro M8 yang dibeli dari Pyan Atok MTB tahun 2007. Frame dijual pada tahun 2008.


Bike (Frame) Ke-4
Giant NRS 3-Frame second hand yang dibeli dari Jonathan di Shah Alam.
Kesemua part dari Merida dipindahkan ke NRS dan bike ini lah yang aku gunakan
dalam Jelajah UiTM dulu.

NRS 3 yang dibikin semula setelah kesemua part dipindahkan ke frame XTC kecuali Fork RVL.
Part dibeli di BBS terutama Groupset dan Wheelset.

Bike (Frame) Ke-5
XTC Team 2009-aku cuba setup XTC ni ikut specs race bike tetapi memang
tak sesuai dengan jiwa. I'm not the racer so bike ini aku hadiahkan kepada wife aku.



bersambung.......
Solat Jumaat!!

Happy Birthday To Me!

18 Januari

Terima kasih Mak & Ayah, Wife & Luqman, Adik Beradik, Saudara Mara, Member2 atas ingatan!
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.