Lebih kurang 15 hari lagi Sg. Lembing MTB Challenge akan diadakan dan aku telah mendaftar untuk memeriahkan majlis tersebut di dalam cat 30-34. Pada kebiasaannya aku teruja untuk event sebegini tetapi kali ini semangat tersebut pudar terus. Ada perkara lain yang telah bangkit semula dalam diri aku, perasaan aku semakin teruja dan teruja.
SHIMANO ALIVIO 10000FA
Set Pancing (Medium Action) yang baru dibeli untuk mengikuti trip memancing laut dalam di Sarawak hujung bulan Mac ini. Aku telah resign jadi Nelayan since aku bermastautin di KL pada tahun 2001 dan kini aku register semula sebagai Nelayan part time dan kali ini bukan di Sungai Pahang tetapi di Laut China Selatan.. :)
(Aku sangkakan hanya MTB sahaja yang menggunakan series Alivio)
Jika ada rezeki inilah spesimen yang bakal aku bertarung-sehebat tech downhill di PCP.
Bersambung............
No comments:
Post a Comment