Jelajah UiTM : Peringkat Pertama

Majlis Pelancaran Jelajah UiTM
Cenderamata disampaikan oleh Muhd Khalid Abdullah kepada Pengarah UiTM Johor

Majlis Sambutan oleh UiTM Pahang

Bersama Pengarah dan Pentadbir Tertinggi UiTM Pahang.


70 Kilometer yang pertama


UiTM Segamat,2 Oktober 2009 : Peserta Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM telah berjaya menamatkan kayuhan berbasikal sejauh 70km bermula dari UiTM Segamat, Johor dan berakhir di UiTM Jengka, Pahang.

Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM merupakan siri jelajah berbasikal yang akan mengunjungi setiap kampus UiTM di Semenanjung Malaysia bagi mengumpulkan kata-kata penghargaan dari warga kampus sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan pentadbiran Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM yang telah berjasa kepada masyarakat keseluruhan. Kayuhan 'Jelajah UiTM' ditetapkan 6 peringkat bermula dari UiTM Segamat ke UiTM Jengka, UiTM Dungun ke UiTM Machang, UiTM Perlis ke UiTM Merbok, UiTM Pulau Pinang ke UiTM Perak, UiTM Shah Alam ke UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Melaka ke UiTM Segamat. Jumlah kayuhan hampir 2000 km yang disertai oleh kakitangan dan pelajar UiTM Segamat ini merupakan simbolik kepada kepayahan dan keperitan seorang pemimpin yang tersohor di dalam meningkatkan taraf pendidikan masyarakat bumiputera.

" Peringkat pertama kami berjaya menamatkan kayuhan sejauh 70km berbanding dengan jarak sebenar 170km yang telah disasarkan berikutan kekangan masa dan masalah teknikal" kata Mohd Zul-Azmi Ishak selaku ketua program ini.

Peserta jelajah telah tiba di UiTM Jengka pada jam 4.30 petang dan disambut oleh Pengarah UiTM Pahang dan diberikan tabik hormat oleh komander kesatria.Sambutan luar jangka ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pelajar dan kakitangan UiTM Pahang. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah UiTM Pahang, Profesor Madya Dr.Hilmi bin Ab. Rahman dan kemudian menyerahkan kata-kata penghargaan kepada En. Muhd Khalid Abdullah(wakil peserta jelajah).


Story by: Muhd Khalid

Kayuhan Bermula

Besok, tepat jam 8.00 pagi aku akan memulakan kayuhan dalam siri Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM. Dalam kesibukan, aku tidak mempunyai sebarang training yang proper untuk kayuhan jarak jauh sebegini. Bertemankan NRS3 aku akan menduga sejauh mana mental aku mampu bertahan.


BIL

PERINGKAT/DESTINASI

JARAK

(ANGGARAN)

TARIKH

CATATAN

1.

Peringkat Pertama

UiTM Johor (Segamat) – UiTM Pahang (Jengka)

170 Km

2 Oktober 2009

Bermula di UiTM Johor

2.

Peringkat Kedua

UiTM Terengganu (Dungun) – UiTM Kelantan (Machang)

150 Km

4 Oktober 2009

Bermalam/Bermula di UiTM Terengganu

3.

Peringkat Ketiga

UiTM Perlis (Arau) – UiTM Kedah (Merbok) –

150 Km

6 Oktober 2009

Bermalam/Bermula di UiTM Perlis

4.

Peringkat Keempat

UiTM Pulau Pinang (Permatang Pauh) – UiTM Perak (Sri Iskandar)

150 Km

7 Oktober 2009

Bermalam/Bermula di UiTM Pulau Pinang

5.

Peringkat Kelima

UiTM Shah Alam – UiTM Negeri Sembilan – UiTM Melaka (Lendu)

150 Km

8 Oktober 2009

Bermalam/Bermula di UiTM Shah Alam

6.

Peringkat Keenam

UiTM Melaka (Lendu) – UiTM Johor (Segamat)

100 Km

9 Oktober 2009

Bermalam/Bermula di UiTM Melaka

JUMLAH HARI

7 HARI


JARAK KAYUHAN

870 KM




Selepas jelajah ni, sure aku akan berhempas pulas untuk menyiapkan kerja-kerja opis yang bertangguh - exam makin hampir, persediaan belum aku siapkan lagi. Apa kata boss baru aku nanti???


Hadiah dari Jepun

Uzumaki Naruto

Luqman Khair
DOB : 8 Julai 2009



Luqman, ayah dapat hadiah 'forehead protector' ni dari Uncle Anas, teringin ayah nak pakai. Baru ajer ayah try pakai nak bawak pergi pasar malam semalam, ibu dah mengeleng kepala. Ibu suruh ayah jalan sorang2. Takut pulak ayah jalan sorang2 di pasar malam tu, sesat ayah nanti. Ayah hadiah kan "forehead protector" lambang kekuatan Konoha ini pada Luqman, ayah rasa bila Luqman dah pandai layan kartun nanti, cerita Naruto ni tak habis lagi. Masa tu ayah pun dah segan nak berangan jadi ninja.....




Kayuhan akan bermula...


Aku belum ready untuk ride sejauh ini.......................

Salam Lebaran Buat Semua



Dugaan Ramadhan

Bila membaca artikel "Andai Ini Ramadhan Terakhir" yang aku ambil di masjid dulu, hati bertekad untuk menjadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik dalam hidup. Namun untuk melaksanakannya bukanlah semudah memasang niat-perlu ada kesungguhan dan mampu mengatasi halangan dan kekangan. Insaf pada lidah tak memberi apa-apa makna pun. Tinggal 4 hari lagi Ramadhan, aku perlu merebut peluang yang ada-andai ini Ramadhan yang terakhir.

Kerja di office memang memeningkan kepala-kalau dulu aku mampu bagi full commitment terhadap kerja, bila bekeluarga komitment dah berkurang, perlu ada masa untuk keluarga. Sebelah malam bukan lagi masa untuk menaip minit mesyuarat atau siapkan proposal, tapi masa untuk melayan kerenah Luqman. Belum lagi semester hadapan, kelas aku bermula 6-10 malam setiap weekday-aku perlu pandai bahagi masa. MTB mungkin aku korbankan.

Hidup ini satu pilihan dan aku yang menetapkannya.






Tempat Baru

Dari rumah ke UiTM Segamat kira-kira 12km dan perjalanan mengambil masa kurang dari 20 minit. Selalunya aku akan sampai tepat pada masa jika keluar rumah jam 7.30 pagi - kecuali hari luar biasa yang mana keretapi lalu tidak mengikut jadual biasa. Sesak sikit untuk keluar ke jalan utama. 4 tahun aku melalui perkara yang sama dan hari ini aku memulakan suatu yang baru.
Bersambung....
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.