Dugaan Ramadhan

Bila membaca artikel "Andai Ini Ramadhan Terakhir" yang aku ambil di masjid dulu, hati bertekad untuk menjadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik dalam hidup. Namun untuk melaksanakannya bukanlah semudah memasang niat-perlu ada kesungguhan dan mampu mengatasi halangan dan kekangan. Insaf pada lidah tak memberi apa-apa makna pun. Tinggal 4 hari lagi Ramadhan, aku perlu merebut peluang yang ada-andai ini Ramadhan yang terakhir.

Kerja di office memang memeningkan kepala-kalau dulu aku mampu bagi full commitment terhadap kerja, bila bekeluarga komitment dah berkurang, perlu ada masa untuk keluarga. Sebelah malam bukan lagi masa untuk menaip minit mesyuarat atau siapkan proposal, tapi masa untuk melayan kerenah Luqman. Belum lagi semester hadapan, kelas aku bermula 6-10 malam setiap weekday-aku perlu pandai bahagi masa. MTB mungkin aku korbankan.

Hidup ini satu pilihan dan aku yang menetapkannya.






4 comments:

Mohd Halim Kadri said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Halim Kadri said...

Salam Khalid,

Memanglah kita tak mampu memiliki semua perkara dalam satu masa kerana 'qudrah' kita tidak mampu memenuhi semua 'iradah' kita. Semoga berbahagia bersama isteri dan anak. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Muhammad Khalid said...

Terima kasih Ustaz Halim.

ajim said...

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.