Tahniah kepada Pn Mastiah di atas perlantikan jawatan baru dan semoga dengan kurniaan rezeki ini akan bertambah keberkatan hidup nanti. 2005-2008 hampir 3 tahun berkeluarga di HEA memang banyak perkara yang akan dikenang bersama, pahit dan manisnya. Exam pun makin hampir, mungkin akan tersasul memanggil nama "kak mas" nanti.
Datang dan Pergi

Pre Fellowship Ride
Dari Jementah ke Asahan! Ride untuk training Fellowship sejauh 53km (pergi-balik) takderlah seteruk mana, tetapi cabarannya terpaksa jadi tow truck bila seorang dari ahli majlis tertinggi "BONK" .
Location : Jementah - Asahan (Taman Negara Gunung Ledang)
Date : 16 Mac 2008
Distance : 53km
Average Speed :13.5 km
Max Speed : 63km
Members :Farok, Zafifi, Zuraidi & Me
Story by: Halimunan
Intersesi
Didatangi seorang pelajar yang mahukan aku membenarkannya mengambil Intersesi di kampus lain. Alasan yang diberikan hanya untuk membolehkan dia berjumpa dengan ayah yang telah hidup terpisah dengan ibunya. Aku terdiam, polisi tidak membenarkan untuk aku melayan permintaan ini, sedangkan terbit perasaan simpati di dalam hati. Banyak persoalan hidupnya aku ungkaikan dalam setengah jam perbualan yang diselangi dengan esakan kecil. Sebelum melangkah keluar, dia tersenyum, riaknya telah menerima apa yang aku simpulkan sebentar tadi. Alhamdulillah.
Story by : Halimunan
Training
Cuaca tidak menentu. Tak dapat training tiap-tiap petang seperti yang dirancang untuk 45km fellowship ride di Ipoh. Seminggu more to come, tak sabar rasanya untuk menyeksa diri sendiri. Kali ini Zuraidi tak dapat nak join due to other commitment.
Main Lucky Draw
Mesti complete semua stage this time around, tekad Epy memandangkan hadiah lucky draw yang ditawarkan cukup mantap. Aku pun tergoda dengan frame Giant XTC tu. Bagi aku hadiah lucky draw cumalah bonus dan yang penting enjoyed ride tu nanti.Story by : Halimunan
JOM MASUK U
Sehangat kempen piliharaya dan itulah gambaran kepada suasana “Booth UiTM” di dalam Program Jom Masuk U yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru. Program yang berlansung selama dua hari (9 & 10 Mac 2008) ini telah disertai oleh semua IPT dan IPTS di seluruh Malaysia untuk memberikan input kepada para pelajar khususnya pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Dianggarkan seramai 10,000 pelajar telah berkunjung ke program ini dan kaunter UiTM diantara kaunter yang popular dikunjungi.
Penuh sesak
Bikin Trail 4
Pukul 10.00 pagi baru start berkumpul nak buat trail, so takder ridelah weekend ni. Epy datang bawak motor then aku simpan semula bike dalam kereta tak payah ride, tapi concentrate tebas lorong lagi untuk climbing section. Stage pertama teknikal DH dah complete sejauh 500 meter dan stage kedua ni untuk climbing. Pukul 2.00 petang laluan sejauh 600 meter berjaya disiapkan. Zuraidi tukang pasang tali sepanjang laluan, kena penalti pasal datang lambat.
Projek : Bikin Trail Stage 2
Member : Aku, Epy n Zuraidi. (Farok MC sakit perut) agaknya p dating kot.
Projek : Bikin Trail Stage 2
Member : Aku, Epy n Zuraidi. (Farok MC sakit perut) agaknya p dating kot.
Kat sinilah aku nak letak pintu gerbang "WELCOME TO AM BIKE PARK"
Part ni aku tak suka, takut terbakar lak hutan tu. Halau nyamuk punya pasal satu hutan yang terbakar nanti.
Story by : Halimunan
Kawan Makan Kawan
Bila dengar cerita kawan makan kawan terasa sayu dihati.Tambahan pula si pencerita bercerita dengan mimik yang melakonkan apa yang dialami. Itulah hakikat kehidupan ini. Selain keluarga, kawan adalah sesuatu yang kita akan treasure sampai bila-bila atas budi yang telah ditaburkan. Tetapi bila kawan jadi musuh, sukar untuk diterima dan dendam mula menular dihati. Kesilapan yang dilakukan ada kala memang senang untuk kita memaafkan, seolah mencorak kata di atas pasir pantai. Bila menyentuh soal maruah, buku lima yang menerjah.
Susah untuk terima hakikat bila kawan yang dianggap saudara, mengambil kesempatan atas kekurangan sendiri, terlalu baik demi kawan. Entahlah, tak tahu nak buat keputusan, terfikir untuk memaafkan sahaja, tetapi bila melibatkan ramai pihak, ramai yang teraniaya, takkan tiada balasan dunia untuk nya.
Entahlah, mungkin perlu berserah pada takdir, Tuhan itu Maha Adil.