Kawan Makan Kawan

Bila dengar cerita kawan makan kawan terasa sayu dihati.Tambahan pula si pencerita bercerita dengan mimik yang melakonkan apa yang dialami. Itulah hakikat kehidupan ini. Selain keluarga, kawan adalah sesuatu yang kita akan treasure sampai bila-bila atas budi yang telah ditaburkan. Tetapi bila kawan jadi musuh, sukar untuk diterima dan dendam mula menular dihati. Kesilapan yang dilakukan ada kala memang senang untuk kita memaafkan, seolah mencorak kata di atas pasir pantai. Bila menyentuh soal maruah, buku lima yang menerjah.

Susah untuk terima hakikat bila kawan yang dianggap saudara, mengambil kesempatan atas kekurangan sendiri, terlalu baik demi kawan. Entahlah, tak tahu nak buat keputusan, terfikir untuk memaafkan sahaja, tetapi bila melibatkan ramai pihak, ramai yang teraniaya, takkan tiada balasan dunia untuk nya.

Entahlah, mungkin perlu berserah pada takdir, Tuhan itu Maha Adil.



No comments:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.