PTK

Alhamdulillah, walau hanya memperoleh aras III di dalam kedua-dua Ujian PTK, keputusan ini tetap mengembirakan hati. Kekangan dengan tugas harian dan urusan peribadi menghadkan masa untuk mengulangkaji skop yang agak luas, Perkhidmatan Awam secara umumnya. Itulah keputusan yang terbaik yang dapat dicapai buat masa ini. Aras III cukup untuk melayakkan diri ditemuduga bagi kenaikkan pangkat tetapi masih tidak layak untuk menerima anjakan gaji.
Pagi lagi staf telah bergosip PTK, telefon berdering bertalu-talu hanya untuk bertanyakan keputusan PTK rakan sejawat. Ada yang ceria beroleh aras IV, berpeluang untuk anjakan gaji dan ada yang bermuram kerana masih lagi berada di takuk lama walau sudah menduduki PTK kali yang ke-tujuh.
Setiap pekerjaan yang dilakukan perlu ada satu bentuk penilaian untuk mengukur sejauh mana tahap yang telah dicapai. Penjawat awam yang mana pengkhususan kerja dipraktikan pastinya perlu diukur setiap masa bagi mencapai indeks KPI yang telah ditetapkan.
Soal bagaimana untuk mengukur tahap tersebut masih lagi diperdebatkan hingga kini, ada pihak yang semahunya melihat sistem PTK ini dimansuhkan dan ada pihak yang menegakkan keberkesanan sistem ini. Menganggap ianya yang terbaik untuk menilai tahap kecekapan penjawat awam. Berlawanan pula menganggap ianya satu beban dan penghalang untuk mendapat ganjaran dari majikan sedangkan usia perkhidmatan melebihi separuh umurnya.
Bagi yang bersemangat untuk mengambil PTK semula, akan menimbulkan fenomena Ulat Buku di dalam Bahagian atau Jabatan. Mereka ini akan memberikan masa yang lebih kepada mengulangkaji skop PTK dari menumpukan kepada tugas hakiki. Ulat Buku ini menjadi semakin aggresif dan tertekan untuk lulus dengan cemerlang. 8 jam masa di pejabat adalah masa yang damai untuk mengulangkaji, terlepas dari kerenah anak-anak di rumah. Mungkin...



No comments:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.