18 Januari 2011

Dikejutkan wife awal pagi, dia bisikan sesuatu yang buat aku terasa begitu sentimental. "Happy Birthday abang.....ingat nak wish pukul 12 tadi tapi tak sampai hati nak kejut abang tidur ".

Malam tu memang aku tidur awal, masa di office aku rushing sana-sini, selepas interview pemandu baru (ujian memandu) terus aku bergegas untuk tengok persiapan perasmian bas baru yang akan dilancarkan pada sebelah petang. Hari yang sibuk...

Agak lewat tiba di office, walaupun 10 minit lagi untuk punch card aku menjadi merah. Parking motor ditempat biasa dan semasa berjalan untuk punch card, handphone berbunyi-tertera nombor office lama di Segamat. Telefon di jawab dan mood aku yang sentimental tadi bertambah sentimental bila kawan-kawan di HEA masih ingat pada aku-siap menyanyi lagu birthday lagi tu. Terima kasih sangat-sangat.

Aku balik kerja awal dari biasa- jam 5.30 petang aku dah berada di high-way,tak sabar nak balik kerana wife janjikan sesuatu.


Kek Express yang dimasak oleh wife. Tq dear...sedap!. Alhamdulillah-bertambah setahun lagi usia. Moga bertambah keberkatan hidup.

1 comment:

Kongkang Malaya said...

Amboi.. menarik sungguh kek yang dimasak dek Puan ye.

Happy belated birthday! Adik saya sambut on 19th :D

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.