Baby Seat



Produk dari topeak ini memang cool! Cuma harganya sahaja yang membuatkan peluh mengalir ketika membayarnya. Kalau tengok spec memang cukup selesa untuk baby, tapi tujuan aku untuk membawa Luqman pusing-pusing keliling taman. Dia pun sudah besar-melepasi setahun enam bulan dan dah jadi abang pun. So terpaksalah mencari yang bujet sikit dan dari Roda Link aku beralih ke Sam Serdang.

Aku dapatkan child seat dan rack dengan harga kurang dari RM100. Tak berapa yakin juga dengan rack (carrier) ni, namun setelah dipasang pada bike terbukti ia mampu menampung berat aku jadi memang tiada masalah untuk Luqman.



Seatpost clamp 31.8 digunakan pada seatpost bersaiz 30.9. Sangat stabil tetapi perlu sedikit modifikasi.

Safety First.

Pada mulanya aku gunakan seatpost clamp 34.9 dan meletakkan spacer
tetapi tidak cukup kuat untuk menampung beban.




18 Januari 2011

Dikejutkan wife awal pagi, dia bisikan sesuatu yang buat aku terasa begitu sentimental. "Happy Birthday abang.....ingat nak wish pukul 12 tadi tapi tak sampai hati nak kejut abang tidur ".

Malam tu memang aku tidur awal, masa di office aku rushing sana-sini, selepas interview pemandu baru (ujian memandu) terus aku bergegas untuk tengok persiapan perasmian bas baru yang akan dilancarkan pada sebelah petang. Hari yang sibuk...

Agak lewat tiba di office, walaupun 10 minit lagi untuk punch card aku menjadi merah. Parking motor ditempat biasa dan semasa berjalan untuk punch card, handphone berbunyi-tertera nombor office lama di Segamat. Telefon di jawab dan mood aku yang sentimental tadi bertambah sentimental bila kawan-kawan di HEA masih ingat pada aku-siap menyanyi lagu birthday lagi tu. Terima kasih sangat-sangat.

Aku balik kerja awal dari biasa- jam 5.30 petang aku dah berada di high-way,tak sabar nak balik kerana wife janjikan sesuatu.


Kek Express yang dimasak oleh wife. Tq dear...sedap!. Alhamdulillah-bertambah setahun lagi usia. Moga bertambah keberkatan hidup.

Al Fatihah

Terkejut menerima sms selepas waktu kerja semalam, 6 Januari 2010-dikhabarkan En Ikram telah meninggal dunia sekitar jam 3 petang. Arwah merupakan Pensyarah Bahasa Inggeris dan merupakan diantara mereka yang mula-mula aku kenali ketika ditugaskan di UiTM Segamat tahun 2005.

Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi-Nya. Takziah buat keluarga Allahyarham.


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.