Intro
Mengikut catatan sejarah Bar End agak popular sekitar tahun 90-an lagi. Oleh kerana riser bar diperkenalkan dan menjadi trend terkini, Bar End semakin dilupakan dan agak ganjil sekiranya terlihat Bar End dipasang pada Mountain Bike. Sewaktu UCI menetapkan disiplin Mountain Bike dan kategori Cross Country (XCM & XCO) diperinci Bar End mula digunakan oleh profesional XC Rider.
Harga Bar End bergantung kepada material pembuatannya. Carbon lebih mahal dari alloy tetapi fungsinya tetap sama cuma carbon dan scandium lebih ringan serta berstyle.
Bar End & Fungsi
Bar End merupakan sambungan yang dipasang dihujung flat handle bar pada sebuah Mountain Bike. Kedudukan tangan yang diletakkan pada Bar End memberikan daya leverage yang tinggi untuk berkayuh semasa pendakian yang panjang dan berteknikal.Disamping itu juga Bar End memberikan keselesaan kepada posisi badan semasa berkayuh di laluan mendatar.
Kelemahan Bar End
Kebanyakkan bar end berukuran 11cm - 12 cm yang kelihatan seperti tanduk.Semasa basikal digerakan pada kelajuan tinggi ianya seperti seekor lembu yang sedang mengejar matador dan andai terlanggar sesuatu seperti semak atau ranting kayu sudah pasti akan tersangkut dan kemalangan memang tidak dapat dielakkan. Kedudukan tangan pada bar end yang agak jauh dari brake lever membuatkan respon untuk menekan brake mengambil sedikit masa.
Pemasangan
Memasang Bar End adalah mengikut keselesaan sendiri dengan posisi hujung Bar End mengarah ke dalam. Sudutnya pula lebih tinggi sedikit dari top tube frame - rujuk di sini - LINK
Walaupun tidak disarankan untuk memasang bar end pada handle carbon - boleh dilakukan cuma perlu lebih berhati-hati ketika mengetatkan skru, tidak overtighten. Lebih bagus jika gunakan Torx Wrench, dijamin tidak akan merosakkan handle carbon.
Nota :
Bar End seperti KCNC kurang cantik dipadankan dengan lock grip. Apabila dipasang terdapat ruang yang menampakkan handle diantara bar end dan lock grip.Dicadangkan keratan tiub 700cc dipasang untuk menutup ruang tersebut.
Pandangan Peribadi
Pada awalnya aku memang tak terfikir lansung untuk memasang Bar End, terasa semak mata memandang. Pada aku mereka yang memasang Bar End seorang yang skema dan bukan rider yang aggresif. Lagipun aku lebih selesa menggunakan Riser Bar memang tak sesuailah untuk dipasangkan Bar End. Apabila aku beralih menunggang Hard Tail sepenuhnya setup MTB aku bertukar ala XC Racer walaupun aku bukan racer, lebih kepada trend XC-timbullah perasaan untuk mencuba Bar End.
Setelah acu,cuba, try, test sebanyak 4 lap di PCP dan Ride di Jerantut tempohari aku tak dapat mencari alasan untuk menanggalkan dari handle bar aku.Biarlah semak mata memandang tetapi aku cukup selesa dan respon kayuhan mendaki semakin efisien, mungkin meningkat 20-30 peratus. Aku tarik semula pandangan aku sebelum ini...dan sarankan kepada slow and careful rider seperti aku untuk memasang bar end andai mereka menggunakan flat bar.
Sorry no gambar-belum ada bujet untuk camera baru since camera lama dah berkecai!!
No comments:
Post a Comment