Product Review - Spinner Aeris 100-320 RLC

Product Review
Spinner Aeris 100-320 RLC



Specs - Wheel (inch) : 26 Stanchions (mm) : 32 Alloy Travel (mm) : 100 Steerer : Pitch (mm) : 130 Lowers : New-Mag Weight (g) : (w/o steerer) 1485Features : Alloy Lockout + Rebound Cartridge
Remote :
Option



Spinner Aeris 100-320 RLC dikhususkan untuk disiplin Cross Country dan secara teknikalnya fork ini hampir menyamai spesifikasi yang terdapat pada high-end fork . Ianya bersistem suspensi tekanan udara serta dilengkapi dengan lockout dan Compression damping control (rebound) dan spesifikasi asas ini menjadikan fork ini diantara yang terbaik di dalam kelasnya. Bagi weekend rider dan mereka yang tidak mahu berbelanja besar untuk upgraded fork, Spinner Aeris 100-320 RLC adalah pilihan yang tepat selain dari pesaing terdekatnya SR SUNTOUR SF9-EPICON RL




SR Suntour SF-9 Epicon RL



Kelebihan Spinner Aeris 100-320 RLC
1. Ringan serta mudah untuk di selenggara.
2. Produk top-end (XC Racing Fork)
3. Harga rendah secara perbandingan


Cable tie dipasang untuk mengukur pergerakan maksimum fork yang boleh dicapai.


Kelemahan Spinner Aeris 100-320 RLC
Sedikit kecewa apabila travel fork ini sebenarnya sekadar mencapai 70mm sahaja (mungkin kurang) tidak seperti yang dinyatakan dan ianya juga kurang sesuai digunakan oleh rider yang aggresif.

Selain itu website spinner tidak begitu berinformatif-tiada manual penyelengaraan disediakan berbanding epicon (Sr Suntour)


Berdasar kepada pengalaman menggunakannya compression fork ini agak kasar (seperti tersekat-sekat) tetapi pantulan balik (rebound) cukup lancar sekiranya diselaras dengan betul (SAG + Rebound Setting).Ada pendapat mengatakan bahawa fork ini mengambil masa yang lama untuk break-in dan selepas itu ianya akan menyamai kelembutan Manitou R7.




Nota:
1. SAG - merujuk kepada jumlah pergerakan suspensi (compress) apabila menampung berat rider ketika berada di dalam keadaan pegun di atas basikal. SAG yang disyorkan adalah sebanyak 10% - 15% untuk XC

2. Lockout-fungsinya adalah untuk mematikan pergerakan fork (rigid) ketika mendaki atau berkayuh di atas tarmac.Rock Shock telah menambahkan ciri Floodgate kepada suspensinya untuk blow-off sekiranya rider terlupa untuk membuka lockout. Sistem ini akan mengurangkan risiko kerosakan pada fork.





2 comments:

Shahrul Rashid said...

Good review bro!

Dulu memang aku cari fork ni color putih, tapi susah nak jumpa yang crown putih. Banyak yang jual crown hitam. Tak tahu la apa beza, tapi crown hitam bleh dapat dalam RM600. Last2 aku sambar epicon. Review pun not bad..so belasah ja..

Muhammad Khalid said...

Tq bro....epicon pun not bad. Spinner ngan epicon ni low bujet fork dua2 lebih kurang ajer...janji boleh kayuh...:)

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.