Measuring Chain Wear

Mengukur Tahap Kehausan (Worn) Rantai

Jangka Hayat Rantai
Sukar untuk menetapkan jangka hayat penggunaan rantai kerana ianya bergantung kepada cara kayuhan, cara menukar gear, permukaan trail dan juga tahap penyelenggaraan. Bagi kayuhan XC, rata-rata pengeluar menyarankan agar rantai ditukar setelah penggunaan melebihi 1000km.Semakin lama rantai digunakan ianya akan menjadi haus (worn), meregang dan juga boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan pada drivetrain yang lain terutamanya Chainring dan Cassette. Oleh yang demikian rantai perlu diperiksa keadaan fizikalnya dan kadangkala mata kasar tidak dapat menentukan samaada rantai tersebut telah haus sepenuhnya ataupun masih berbaki beratus kilometer hayatnya.


Cara Mengukur
Terdapat beberapa peralatan khas yang digunakan oleh mekanik profesional untuk tujuan ini.Peralatan seperti Park Tool Chain Wear Indicator amat praktikal digunakan namun begitu ia sukar diperolehi dan tidak berbaloi untuk dibeli oleh weekend rider yang hanya sekadar memeriksa rantai mereka setahun sekali.


Sheldon Brown telah mengasaskan kaedah mudah yang boleh dipraktikkan oleh semua rider tanpa perlu membawa basikal ke kedai. Dengan menggunakan Pembaris Besi dan sedikit perkiraan matematik anda boleh melakukannya seperti seorang profesional.

Kaedah


Peralatan yang diperlukan ialah Pembaris Besi (18 inci) atau Pita Pengukur (Besi) dan tidak perlu menanggalkan rantai dari basikal.


Letakkan permulaan pembaris (0 inci) ditengah-tengah rivet dan ukur rantai sehingga 12 inci. Sekiranya di perhatikan setiap sambungan rantai yang lengkap ianya berukuran 1 inci (diantara tengah rivet dengan tengah rivet).Bagi rantai yang baru, kedudukan tengah rivet akan berada betul-betul di penunjuk 12 inci manakala rantai yang telah lama digunakan kedudukan tengah rivet akan berada di hadapan penunjuk 12 inci tersebut.

Rantai Baru


Sekiranya kedudukan tengah rivet berada diantara garisan 12.0 - 12.1 inci rantai tersebut masih boleh digunapakai tetapi sekiranya kedudukan rivet melepasi garis 12.1 maka rantai perlu ditukar baru.




12.1 Inci
Garisan menunjukkan rantai sudah haus tetapi masih boleh digunakan


12.2 Inci
Rantai telah haus dan perlu ditukar baru


Fomula Sheldon Brown
Measuring Chain Wear
The standard way to measure chain wear is with a ruler or steel tape measure. This can be done without removing the chain from the bicycle. The normal technique is to measure a one-foot length, placing an inch mark of the ruler exactly in the middle of one rivet, then looking at the corresponding rivet 12 complete links away. On a new, unworn chain, this rivet will also line up exactly with an inch mark. With a worn chain, the rivet will be past the inch mark.

This gives a direct measurement of the wear to the chain, and an indirect measurement of the wear to the sprockets:

* If the rivet is less than 1/16" past the mark, all is well.

* If the rivet is 1/16" past the mark, you should replace the chain, but the sprockets are probably undamaged.

* If the rivet is 1/8" past the mark, you have left it too long, and the sprockets (at least the favorite ones) will be too badly worn. If you replace a chain at the 1/8" point, without replacing the sprockets, it may run OK and not skip, but the worn sprockets will cause the new chain to wear much faster than it should, until it catches up with the wear state of the sprockets.

* If the rivet is past the 1/8" mark, a new chain will almost certainly skip on the worn sprockets, especially the smaller ones.



Maksimum Penggunaan Rantai
Jangka hayat rantai masih dapat dimaksimumkan penggunaannya sekiranya mempraktikkan panduan berikut:-

1. Penyelengaraan Rantai
Semasa berkayuh debu dan lumpur akan melekat pada rantai serta masuk ke dalam roller rantai. Keadaan ini akan menyisihkan minyak rantai dan seterusnya akan meningkatkan kadar geseran diantara sambungan rantai.Oleh yang demikian sebelum memulakan kayuhan terutama kayuhan yang ekstrem pastikan rantai telah dibersihkan terlebih dahulu dan dilumurkan pelincir dengan cara yang betul.

Nota:
Minyak pelincir rantai akan kering sekiranya trail yang dilalui agak ekstrem seperti meredah sungai, lumpur dan sebagainya.Pernah disarankan oleh seorang mekanik pro untuk merendam rantai dalam minyak kereta fully sintetik tetapi bila memikirkan "kesan sampingan" rasanya idea tersebut bukanlah yang terbaik.Bawalah minyak rantai ketika berkayuh dan jadikan ianya item yang penting selepas tiub dan pam.

2. Elakkkan menukar gear ketika mendaki atau force pedalling
Rantai putus kerap berlaku ketika rider menukar gear (shifting) semasa berkayuh mendaki bukit. Di dalam keadaan ini pedal akan ditekan dengan kuat dan kadar regangan rantai semakin bertambah, sekiranya penukaran gear tidak dilakukan mengikut urutan, rantai tidak dapat bergerak naik dengan teratur dan akan tersangkut diantara gigi cassette.


3. Tidak menggunakan kombinasi gear yang ekstrem
Terdapat istilah Forbiden Shifting di dalam kamus MTB, dimana kombinasi gear yang tidak digalakkan untuk diguna sewaktu berkayuh.Penggunaan kombinasi Small Chainring vs Small Cassette dan Big Chainring Vs Big Cassette mengakibatkan rantai dan cassette menjadi cepat haus. Masalah ini ketara dilihat pada 9 speed berbanding 7 dan 8 speed.







Sumber rujukan
1. Sheldon Brown
2. Bicycle Tutor
3. KMC Chain
4. Park Tool

Product Review - Spinner Aeris 100-320 RLC

Product Review
Spinner Aeris 100-320 RLC



Specs - Wheel (inch) : 26 Stanchions (mm) : 32 Alloy Travel (mm) : 100 Steerer : Pitch (mm) : 130 Lowers : New-Mag Weight (g) : (w/o steerer) 1485Features : Alloy Lockout + Rebound Cartridge
Remote :
Option



Spinner Aeris 100-320 RLC dikhususkan untuk disiplin Cross Country dan secara teknikalnya fork ini hampir menyamai spesifikasi yang terdapat pada high-end fork . Ianya bersistem suspensi tekanan udara serta dilengkapi dengan lockout dan Compression damping control (rebound) dan spesifikasi asas ini menjadikan fork ini diantara yang terbaik di dalam kelasnya. Bagi weekend rider dan mereka yang tidak mahu berbelanja besar untuk upgraded fork, Spinner Aeris 100-320 RLC adalah pilihan yang tepat selain dari pesaing terdekatnya SR SUNTOUR SF9-EPICON RL




SR Suntour SF-9 Epicon RL



Kelebihan Spinner Aeris 100-320 RLC
1. Ringan serta mudah untuk di selenggara.
2. Produk top-end (XC Racing Fork)
3. Harga rendah secara perbandingan


Cable tie dipasang untuk mengukur pergerakan maksimum fork yang boleh dicapai.


Kelemahan Spinner Aeris 100-320 RLC
Sedikit kecewa apabila travel fork ini sebenarnya sekadar mencapai 70mm sahaja (mungkin kurang) tidak seperti yang dinyatakan dan ianya juga kurang sesuai digunakan oleh rider yang aggresif.

Selain itu website spinner tidak begitu berinformatif-tiada manual penyelengaraan disediakan berbanding epicon (Sr Suntour)


Berdasar kepada pengalaman menggunakannya compression fork ini agak kasar (seperti tersekat-sekat) tetapi pantulan balik (rebound) cukup lancar sekiranya diselaras dengan betul (SAG + Rebound Setting).Ada pendapat mengatakan bahawa fork ini mengambil masa yang lama untuk break-in dan selepas itu ianya akan menyamai kelembutan Manitou R7.




Nota:
1. SAG - merujuk kepada jumlah pergerakan suspensi (compress) apabila menampung berat rider ketika berada di dalam keadaan pegun di atas basikal. SAG yang disyorkan adalah sebanyak 10% - 15% untuk XC

2. Lockout-fungsinya adalah untuk mematikan pergerakan fork (rigid) ketika mendaki atau berkayuh di atas tarmac.Rock Shock telah menambahkan ciri Floodgate kepada suspensinya untuk blow-off sekiranya rider terlupa untuk membuka lockout. Sistem ini akan mengurangkan risiko kerosakan pada fork.





 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.