Cross Country Frame-Hard Tail or Soft Tail

Entry khas buat "member" yang bertanya dan mereka yang baru menceburi sukan MTB.

Sila Rujuk link di bawah sebelum meneruskan pembacaan
http://en.wikipedia.org/wiki/Mountain_bike

"Rider yang tidak pernah puas"

Kebiasaannya apabila berbasikal Hard Tail menuruni bukit yang mengujakan kita akan terbayangkan Full Suss yang terasa lebih empuk dan enak meratah laluan yang berhalangan. Apabila perlu menolak basikal (Full Sus) mendaki bukit, hati akan berkata andai Hard Tail yang ditunggang pasti semua bukit dapat di tawan-walau pada hakikatnya ianya tidak sebegitu.


Kelebihan & Kekurangan

Hard Tail (HT)

Frame Hard Tail
GIANT XTC TEAM


Rata-rata penggemar sukan MTB menjadikan Hard Tail (HT) sebagai pilihan utama kerana struktur Frame yang lebih ringkas, mudah diselenggara dan harga yang mampu dimilik berbanding Frame Full Suspension (FS). Bagi rider yang mementingkan kelajuan dan bermatlamat untuk berada di podium HT adalah tunggangan yang terbaik kerana sifatnya lebih ringan dan mempunyai momentum pecutan yang tinggi di dalam pendakian mahupun di jalan yang mendatar.

Namun begitu di dalam beberapa keadaan menunggang HT lebih memenatkan.Epic Ride (Jamboree) misalnya, trail yang disajikan lebih menjurus kepada XCM (Cross Country-Marathon) yang merangkumi uphill, downhill, single track, technical track dengan jarak kayuhan melebihi 40km.Suspensi depan (Fork) Frame HT tidak berupaya menyerap semua hentakan dan gegaran yang dialami semasa berkayuh. Keadaan ini akan memaksa Rider untuk melakukan banyak pergerakan bagi menstabilkan basikal.

Bagi Rider yang berpengalaman menunggang HT bukanlah masalah untuk mengekalkan momentum ketika menuruni bukit biarpun laluannya agak teknikal. Ini adalah kerana basikal bukanlah faktor yang utama tetapi Rider itu sendiri adalah enjin dan pengemudinya.

Nota:
Hukum Graviti-Semakin ringan sesebuah basikal semakin mudah untuk dikayuh mendaki bukit.




Full Suspension (FS)

FULL SUSPENSION FRAME
GIANT XTC TEAM NRS


Lebih indah perasaan apabila menuruni bukit yang laluannya berbatuan, berakar dan beralun dengan bertemankan Full Susser. Walaubagaimanapun di dalam pendakian yang panjang full susser boleh menjadi beban kepada rider sekiranya tidak mahir mengendalikan Frame yang agak teknikal ini. Selain dari faktor berat daya kayuhan juga akan diserap oleh suspensi dan membuatkan pergerakan basikal menjadi semakin perlahan. Tidak hairanlah sekiranya penunggang HT dapat memotong semasa mendaki biarpun ditingal jauh semasa menuruni bukit.

Perkembangan teknologi dan persaingan diantara pengeluar utama seperti Trek,Specialized, Merida dan GIANT memberikan manfaat kerana kelemahan-kelemahan yang ada pada Frame ini telah dapat diatasi.Berat bukan lagi masalah utama bagi frame jenis ini, dengan perkembangan teknologi bahan pembuatan frame dan teknik pembikinan frame beratnya kini sudah ada yang menyamai berat sesebuah frame HT.Suspensi belakang yang dipadankan pada frame FS ini kini semakin berteknologi tinggi-fungsi seperti lock-out, flood-gate dan sebagainya lagi dan ada pengeluar suspensi menciptakan "Brain" bagi membolehkan suspensi ini disesuaikan secara automatik di dalam pelbagai permukaan trail.


Nota:
Christoph Sauser pernah menjuarai beberapa kali Kejohanan Dunia dengan menggunakan Specialized Epic (Full Susser XC)



Konklusinya
Tepuk dada, tanya selera-anda pengayuh yang bagaimana? Sekiranya mementingkan kelajuan dan seorang pelumba maka HT adalah pasangan yang sesuai. Andai anda seorang "trail tamer" FS adalah pasangan yang paling cocok buat anda. Dan juga akhirnya-pemilihan Frame ini juga amat bergantung kepada bujet anda...!!!!



Artikel ringkas dari seorang rider amatur untuk menjawab pertanyaan yang di SMS. Harap dapat membantu untuk membuat pilihan yang terbaik. Mungkin komen dari rider-rider yang sudi membaca entry ini diperlukan.



Idaman-GIANT ANTHEM ADVANCE




2 comments:

Afrezal Karim said...

haa artikel macam ni laa aku suka baca.. blog yang contribute balik ke rider2 lain utk membaca.. dari hari2 cerita kayuh sana sini.. tunjuk gambar bosan jugak :). Thanks for the article bro :)

Muhammad Khalid said...

Tq riezal....sebenarnya aku MC kayuh bike..kalau tak entry aku cerita pasal ride juga..:) boring2..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.