Truing Stand

Dalam perjalanan balik ke office dari Shah Alam aku singgah di kedai Uncle Goh Seksyen 25, niatnya untuk membeli shifter housing cable. Dalam pada mata melilau tengok part-part bike aku terpandang truing stand yang dah uzur diletakkan disudut yang tak sepatutnya. Sebenarnya sudah 2-3 kali aku bertanyakan harga truing stand tu tapi harga yang disebut oleh uncle sebelum ni memang tak masuk akal. Baik beli sahaja yang baru seperti True-Pro Combo 2 baru puas hati.


"Haiyaa..u sudah banyak kali tanyalah, angkat sajalah. Saya kasi diskaun, tarak siapa mau guna la. Saya sudah ada ini'-sambil menunjukkan truing stand jenama Park Tool yang berharga seribu lebih. Mengada betul lah Uncle ni.....


Bila uncle sebut sahaja offernya-lebar senyum aku, kerana harganya memang diluar jangka. Biarpun model lama. fizikalnya juga sudah malap, berkarat sana sini, skru 2-3 yang hilang tapi Minoura Workman Pro ini masih sempurna untuk menjalankan kerja-kerjanya. Tawaran lumayan yang tak mampu aku tolak. Tanpa fikir panjang wallet aku keluarkan dan RM bertukar tangan, aku kira memang rezeki aku hari ni.

Lepas Isyak tadi aku baraikan semula truing stand ini berpandukan manual yang ada dan inilah hasilnya, as good as new. So kawan-kawan yang ingin betulkan rim mereka bolehlah datang ke rumah tapi make sure bukanlah rim yang berharga ribu-riban kerana rim sebegitu memerlukan sentuhan dari pro.



Minoura Workman Pro


Truing Stand DIY yang aku kitar-guna dari frame yang patah dua ini akan direhatkan setelah setahun aku menggunakannya.


Seat stay, Chain Stay
Frame asal retak dan patah di seat tube-maklumlah frame cap ayam tapi masih
boleh dikitar-guna



Walaupun kurang stabil Truing Stand DIY ni memang boleh diharapkan.



Waktu senggang nanti sudah pasti aku dok mengadap truing stand ni, kalau dah habis rim kat rumah aku ni, nak cari rim siapa pulak untuk dikerjakan? .... ada volunteer??


Cross Country Frame-Hard Tail or Soft Tail

Entry khas buat "member" yang bertanya dan mereka yang baru menceburi sukan MTB.

Sila Rujuk link di bawah sebelum meneruskan pembacaan
http://en.wikipedia.org/wiki/Mountain_bike

"Rider yang tidak pernah puas"

Kebiasaannya apabila berbasikal Hard Tail menuruni bukit yang mengujakan kita akan terbayangkan Full Suss yang terasa lebih empuk dan enak meratah laluan yang berhalangan. Apabila perlu menolak basikal (Full Sus) mendaki bukit, hati akan berkata andai Hard Tail yang ditunggang pasti semua bukit dapat di tawan-walau pada hakikatnya ianya tidak sebegitu.


Kelebihan & Kekurangan

Hard Tail (HT)

Frame Hard Tail
GIANT XTC TEAM


Rata-rata penggemar sukan MTB menjadikan Hard Tail (HT) sebagai pilihan utama kerana struktur Frame yang lebih ringkas, mudah diselenggara dan harga yang mampu dimilik berbanding Frame Full Suspension (FS). Bagi rider yang mementingkan kelajuan dan bermatlamat untuk berada di podium HT adalah tunggangan yang terbaik kerana sifatnya lebih ringan dan mempunyai momentum pecutan yang tinggi di dalam pendakian mahupun di jalan yang mendatar.

Namun begitu di dalam beberapa keadaan menunggang HT lebih memenatkan.Epic Ride (Jamboree) misalnya, trail yang disajikan lebih menjurus kepada XCM (Cross Country-Marathon) yang merangkumi uphill, downhill, single track, technical track dengan jarak kayuhan melebihi 40km.Suspensi depan (Fork) Frame HT tidak berupaya menyerap semua hentakan dan gegaran yang dialami semasa berkayuh. Keadaan ini akan memaksa Rider untuk melakukan banyak pergerakan bagi menstabilkan basikal.

Bagi Rider yang berpengalaman menunggang HT bukanlah masalah untuk mengekalkan momentum ketika menuruni bukit biarpun laluannya agak teknikal. Ini adalah kerana basikal bukanlah faktor yang utama tetapi Rider itu sendiri adalah enjin dan pengemudinya.

Nota:
Hukum Graviti-Semakin ringan sesebuah basikal semakin mudah untuk dikayuh mendaki bukit.




Full Suspension (FS)

FULL SUSPENSION FRAME
GIANT XTC TEAM NRS


Lebih indah perasaan apabila menuruni bukit yang laluannya berbatuan, berakar dan beralun dengan bertemankan Full Susser. Walaubagaimanapun di dalam pendakian yang panjang full susser boleh menjadi beban kepada rider sekiranya tidak mahir mengendalikan Frame yang agak teknikal ini. Selain dari faktor berat daya kayuhan juga akan diserap oleh suspensi dan membuatkan pergerakan basikal menjadi semakin perlahan. Tidak hairanlah sekiranya penunggang HT dapat memotong semasa mendaki biarpun ditingal jauh semasa menuruni bukit.

Perkembangan teknologi dan persaingan diantara pengeluar utama seperti Trek,Specialized, Merida dan GIANT memberikan manfaat kerana kelemahan-kelemahan yang ada pada Frame ini telah dapat diatasi.Berat bukan lagi masalah utama bagi frame jenis ini, dengan perkembangan teknologi bahan pembuatan frame dan teknik pembikinan frame beratnya kini sudah ada yang menyamai berat sesebuah frame HT.Suspensi belakang yang dipadankan pada frame FS ini kini semakin berteknologi tinggi-fungsi seperti lock-out, flood-gate dan sebagainya lagi dan ada pengeluar suspensi menciptakan "Brain" bagi membolehkan suspensi ini disesuaikan secara automatik di dalam pelbagai permukaan trail.


Nota:
Christoph Sauser pernah menjuarai beberapa kali Kejohanan Dunia dengan menggunakan Specialized Epic (Full Susser XC)



Konklusinya
Tepuk dada, tanya selera-anda pengayuh yang bagaimana? Sekiranya mementingkan kelajuan dan seorang pelumba maka HT adalah pasangan yang sesuai. Andai anda seorang "trail tamer" FS adalah pasangan yang paling cocok buat anda. Dan juga akhirnya-pemilihan Frame ini juga amat bergantung kepada bujet anda...!!!!



Artikel ringkas dari seorang rider amatur untuk menjawab pertanyaan yang di SMS. Harap dapat membantu untuk membuat pilihan yang terbaik. Mungkin komen dari rider-rider yang sudi membaca entry ini diperlukan.



Idaman-GIANT ANTHEM ADVANCE




Piala Thomas : Dah Kalah

Apa nak dikatakan lagi-sudah tewas di tangan juara bertahan,China.
Agaknya sebab ramai penonton terutama di dalam stadium tak pergi berjemaah di Masjid kot!
......Termasuklah aku :)

Piala Thomas: Apa Pula Kata Mereka?

Esok-Berita yang bagaimana akan disajikan kepada kita setelah Malaysia berjaya ke separuh akhir di dalam misi merangkul kejuaraan Piala Thomas 2010 ini? Hari ini (Semalam) ramai yang berpendapat bahawa pemain yang dipilih ini bukanlah pemain yang terbaik dan tidak lansung menunjukkan semangat juang untuk menjulang piala ini apabila tewas ditangan Jepun. Insiden seorang pemain beregu Malaysia yang tidak dapat mengawal perasaan setelah di "anjing" oleh penyokong juga menambahkan kepincangan skuad ini.

Hari ini pula emosinya berbeza-Dengan 3-2 Malaysia berjaya menundukkan Denmark dan bagaimana pula reaksi para penyokong dan apa pula yang akan ditulis di muka belakang akhbar???


Doakan yang terbaik.....Malaysia VS China

Judi itu HALAL

Berita Penuh


Biarpun tidak membaca kesemua berita yang ditulis mahupun mendengar pembentangan yang berjela-jela di Parlimen, cukup sekadar membaca tajuknya sahaja kita sudah tahu mana putih dan mana hitamnya. Bikin confuse kepala aku memikirkannya-inikah jalan terbaik yang dapat difikirkan oleh para cendikiawan untuk mengekang perjudian dikala berlansungnya Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan???

Mestilah idea ini cukup bernas-kerna datangnya dari ketulusan hati mengutamakan hak rakyat dalam semua serbi. Dengan mengeluarkan lesen perjudian(menghalalkan perjudian) kita dapat memantau aktiviti-aktiviti perjudian dan hasilnya akan dapat dinikmati oleh semua rakyat terutama di dalam membangunkan sukan tanahair. Idea yang cemerlang ini juga akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi terutama di dalam sektor ketiga. Bestnya lepas ni semua stadium di Malaysia bertaraf Olimpik......mungkin mountain bikers dapat merasa potongan cukai part shimano dan SRAM..Aku SOKONG!!!!!

Selepas Piala Dunia, mungkin juga kita boleh kembangkan lagi idea ini-Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, piala..................semua lah termasuk sukan sekolah tadika sekalipun...


Aku suka tengok God Of Gamble lakonan Stephen Chow-memang lawak habis...


Tidak seharusnya ada pertimbangan!!!!

Aku Begini Akhirnya.......

Fracture Metarcarpal

Lokasi Kejadian : somewhere in Kiara Trail
Time : around 10.30 am


Tangan dah patah, apa lagi yang boleh dibuat...rest kat rumah jer la seminggu dua. Thanks to rider2 3 abdul yang membantu aku keluar dari trail. Terima kasih juga buat bini yang terus bersabar dengan aku.....;:)


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.