Selangor Mountain Bike Challenge 2010


Walaupun race belum lagi berlansung-Team aku telah menjadi yang pertama. Team pertama register untuk cat Team Challenge (nampak sangat tak sabar nak kayuh).

Kali ni aku join kawan-kawan lama dari Segamat, Naza & Zuraidi yang mewakili MCC Muar untuk ride dalam Team Challenge. Risau juga kalau-kalau tak dapat nak follow rentak kayuhan 2 rider yang banyak pengalaman ni-harap-harap tak menghampakan team mate nanti. Aku join ride for fun -tapi diaorang ni sponsor rider....ermm teruk aku nak struggle nanti.

Paling risau injured yang masih belum recover lagi ni, bahu kiri still sakit nak angkat, jangankan nak berkayuh nak tidur pun kena ada posisi yang betul. Kecederaan paling teruk aku alami sepanjang penglibatan dalam sukan MTB.

Rider Pro MCC Muar , Panjang dan Zamzi (Tezibone)telah mendaftar dalam Open Cat dan bakal memberikan cabaran kepada Juara tahun lepas.


Senarai Perserta

Result Sg Lembing MTB Challenge 2010

Result boleh dilihat di Web The Race Boy-Link
TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA DAN PEMENANG!!!

Result aku-Link-jauh sangat kena tinggal. Kalau ikut ranking aku place yang ke-18. Mungkin alasan bahu sakit boleh diterima oleh geng2 Tezibone. :)

Luqman Downhill

Pagi Isnin agak kelam kabut, wife sibuk masak bekal untuk Luqman ke sekolah dan aku yang terlewat bangun berkejar-kejar untuk siapkan diri. Luqman yang semakin aktif ni aku letakkan di dalam walker dan sama-sama sibuk dengan urusannya, mengayuh kaki explore ruang tamu rumah. Aku biarkan dia bermain sendiri.

Teringatkan car seat Luqman yang belum dipasang terus aku bergegas ke luar rumah dan membiarkan pintu rumah terbuka luas. Dalam aku asyik adjust car seat, aku terdengar benda melulu laju dan aku toleh, Luqman dengan gaya Steve Peat nya membuat satu bunny hops melepasi pintu dan tergolek dengan muka tersembam ke simen. Pucat aku masa tu dan maknya dah tak boleh nak berkata-kata....



Bengkak di bibir sudah hilang cuma kesan luka di hidung masih ada.

Tak lama lagi Luqman akan jadi abang...

Syukurlah, hanya minor injury. Sorry Luqman, salah ayah.

Belum serik lagi...weekend ni kita modified walker ni, tambah travel sikit
kat suspension tu. XC mana boleh main DH.


Aku pun sama injured-tergolek masa test trail di Sg Lembing. Sampai sekarang bahu aku tak boleh nak angkat. Drive sorang2 dari Sg Lembing hari tu cukup terseksa, mujur juga bawak kereta auto-dengan jam di Genting Sempah sampai tol Gombak!



Sungai Lembing MTB Challenge 2010

Sungai Lembing MTB Challenge 2010 memang event yang menarik-serba serbinya sempurna walaupun ada kedengaran suara-suara yang mempertikaian keputusan race dan cara perlaksanaan perlumbaan. Pada aku ianya cukup teratur sekali penganjurannya dan apa yang penting ialah trail ala XCO (Cross Country Olympic) yang tersedia memang mengujakan.



Bersama Anuar Manan
(Dari LTDL 2010 aku cari peluang nak bergambar dengan Jaguh ni akhirnya....kembang aku)



Rodong dari Atok MTB
Eli mendapat place ke-8 (Mens 35-40)
Tahniah!!!


Anuar Manan

Panjang L2A-mewakili MCC Muar
Tempat ke-12 (Open Cat.)



Zuraidi mewakili ECC Muar
Tidak berjaya menamatkan race due to tech prob dalam Cat. Mens 35-40



Aku sekadar menamatkan 6-7 laps dari 12 laps setelah di overlaps 3 kali oleh oleh first rider. Memang dah dijangka-tak larat nak kayuh, No training at all...kalau training pun belum tentu boleh bersaing, i'm reaching the limitation.




LTDL 2010 - Stage 6

Le Tour de Langkawi 2010
Stage 6 (6 March 2010)

Putrajaya - Genting Highlands - 102.8km



Berkebetulan route LTDL dari Putrajaya ke Genting melalui rumah aku di P14, so peluang sebegini tak aku lepaskan untuk melihat rider terutama Anuar Manan. Lebih kurang jam 10.10 pagi waktu tempatan kumpulan rider LTDL kelihatan dan melepasi aku dengan kelajuan amat luar biasa....sempat aku snap beberapa pics sebagai kenangan. Sejam aku tunggu-10 saat ajer di depan mata, berbaloi ker tak??





Double VS Tripple

Sudah sampai masanya aku perlu menukar Chainring (Crankset) yang baru. Truvativ Firex yang aku gunakan sudah semakin tua dan mencecah 3 tahun usianya, gigi-giginya pula semakin haus dan bengkok membuatkan kerap berlaku chain suck. Dah aku cuba untuk betulkan giginya semula tapi tidak berjaya, rantai masih lagi tersangkut terutama ketika force pedalling or climbing. Ini bermakna aku gagal menyelamatkan duit yang makin nipis dalam wallet aku. (Gaji awal sangat bulan lepas).

Truvativ FIREX
Market Price RM300
Bujet Crank yang mempunyai rating yang tinggi di dalam Bike Radar.


SRAM XX
Double Crank



Bila berhajat menukar Crankset timbul pula persoalan dan dilemma-Double (42-29) atau Triple (44-32-22) untuk di padankan dengan Giant XTC aku. Bila surf internet rata-rata pro rider telah mula menggunakan Double Crankset (Sram XX) dan begitu juga dengan weight-weenie memilih double untuk mengurangkan beberapa gram berat bike mereka. Nak memiliki SRAM XX memang tak mampu lah tapi KCNC tu boleh dipertimbangkan....:)

Double is, of course the more “manly” configuration-aku rasa aku kurang sesuai untuk menggunakannya. Bila climbing nanti membebankan aku untuk menekan pedal, bila climb aku slow macam siput. Berbanding dengan Tripple aku boleh gunakan granny untuk pedal perlahan-lahan. Jadi dilemma bila ada pro dan cons antara keduanya. Mintak bantuan dari member2 MTB untuk komen sebelum aku ke kedai SAM habis kerja nanti....



Entry Baru

Seminggu dua ni, entry aku berkisar perihal memancing dan trip memancing laut dalam di Sarawak hujung bulan ini. Waktu senggang aku dok depan PC surf info tentang teknik-teknik memancing laut dalam dan aku sebenarnya sudah obsess. Berbeza sungguh teknik yang pro gunakan berbanding dengan ilmu memancing yang aku ada sepanjang menjadi nelayan part time di Sungai Pahang suatu waktu dulu. Banyak yang aku kena belajar dan Mr Atuk (Classmate di UiTM) menjadi rujukan utama, orang Melaka yang memang handal menangkap ikan di laut ni.

Buku dan DVD pancing yang dipinjam dari Atuk.




Set Pancing pertama aku, Reel Shimano Alivio 10000FA dan Joran Shimano FX Series
(Medium Heavy)


Melalui apa yang aku baca dan tonton lebih kurang 5 teknik yang digunakan untuk mendapatkan hasil lumayan-besar punya!.

  1. Jigging-teknik yang digunakan secara meluas oleh Nelayan di Korea dan Jepun. Teknik ini baru di Malaysia tetapi sudah mendapat tempat di kalangan pro.
  2. Popping -teknik yang seakan-akan jigging dan menggunakan rapala sebagai umpan. Pemancing akan menggerakkan rapala seperti ikan hidup dan jika kena dengan cara tentunya tenggiri akan naik ke bot.
  3. Trolling-teknik menunda umpan dengan bot
  4. Bottom-menggunakan ladung untuk menjatuhkan umpan ke dasar-sesuai untuk menangkap kerapu.
  5. Mid-pertengahan air, aku tak sure lagi tentang teknik ni.
Membaca dan menonton sahaja memang tak cukup, pengalaman itu yang lebih penting, mungkin aku akan cuba praktikkan di Tasik Putrajaya, itupun kalau tak kena tangkap kerana menceroboh.



Stella VS XTR




Stella FD 2010


Shimano XTR 2010


Stella dan XTR-keduanya adalah produk top end dari SHIMANO namun begitu keduanya berada di lapangan berbeza. XTR beraksi di belantara manakala Stella pula berkelibat di lautan.Teringin nak pakai Stella, bila tengok harganya di Kepong Tackle Sdn Bhd hampir sama dengan groupset XT......


Cinta Beralih Arah


Sg. Lembing MTB Challenge 2010
20-21 March 2010
Sg. Lembing Kuantan Pahang


Lebih kurang 15 hari lagi Sg. Lembing MTB Challenge akan diadakan dan aku telah mendaftar untuk memeriahkan majlis tersebut di dalam cat 30-34. Pada kebiasaannya aku teruja untuk event sebegini tetapi kali ini semangat tersebut pudar terus. Ada perkara lain yang telah bangkit semula dalam diri aku, perasaan aku semakin teruja dan teruja.


SHIMANO ALIVIO 10000FA
(Aku sangkakan hanya MTB sahaja yang menggunakan series Alivio)

Set Pancing (Medium Action) yang baru dibeli untuk mengikuti trip memancing laut dalam di Sarawak hujung bulan Mac ini. Aku telah resign jadi Nelayan since aku bermastautin di KL pada tahun 2001 dan kini aku register semula sebagai Nelayan part time dan kali ini bukan di Sungai Pahang tetapi di Laut China Selatan.. :)


Tenggiri 16 kg (Sarawak)
Pic taken from Malaysian Fishing Net Forum
Jika ada rezeki inilah spesimen yang bakal aku bertarung-sehebat tech downhill di PCP.



Bersambung............

Selamat Pengantin Baru

Khairul Anuar & Pasangan
28 Februari 2010 - Kg Pangsenam Temerloh.


Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Nuar dan Isteri, moga dilimpahi berkat dan dihimpunkan ke dalam kebaikkan oleh-Nya. Amin!


From Khalid, Laila & Luqman Khair
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.