Cuti Umum

PM isytihar cuti umum pada hari Jumaat 31 Disember 2010 atas kemenangan Malaysia - tak memberi makna apa-apa pun pada aku. Ada tugasan rasmi yang perlu aku laksanakan sempena majlis penutup Minggu Destini Siswa (MDS) sesi Disember 2010 - Jun 2011.

Bukan soal kena kerja esok tapi dalam kepala ni memikirkan family di kampung. Kaisara dimasukkan ke wad kerana demam sejak dua hari lalu dan wife perlu berada bersama sepanjang masa. Luqman pula terpaksa ditinggalkan bersama mak mertua dan aku lansung tak punyai peluang untuk bercuti.

Diberitakan tadi, mungkin Kaisara akan di tahan 2 hari lagi sehingga benar-benar sembuh. Semalam hati sedikit reda kerana dimaklumkan Kaisara mungkin boleh keluar hari ini. Aku betul-betul tertekan sekarang.

Nekad jer lah malam ni lepas mesyuarat bersama staf terus aku gerak ke Jerantut. Biarlah apa nak jadi esok pandai-pandailah pengganti aku settlekan semua. Boss aku pula bercuti panjang selepas operation minggu lepas.

Indahnya hidup.....



Malaysia Menang AFF 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010
Menewaskan Indonesia dengan agregat 4 -2


Sudah lama aku tak teruja begini. Tahniah buat Malaysia, harap-harap era kebangkitan bolasepak Malaysia sudah bermula.





Aku lansung tak kenal siapa Jupe sehinggalah dia mengeluarkan statement untuk me laser pemain Malaysia. Lawak betullah...!!!!!!!!




Putus Cinta

Broken Heart


Aku pernah putus cinta sewaktu final year, awek yang aku kenal sejak dia di tingkatan 1 lagi tinggalkan aku, mencari cinta baru katanya. Frust giler sampaikan aku hampir terkena sindrom murung. Aku gagal memenangi hatinya , tapi tak bermakna aku terus gagal dalam hidup. Hanya setahun sahaja yang tinggal dan aku perlu harungi waktu terpenting ini bersendirian dengan hati yang hancur berderai.

Aku tak tau mana datangnya motivasi untuk teruskan study, mungkin aku nak buktikan pada x-girlfren yang aku bukanlah cikai sangat. Maklumlah kekasih barunya lebih berakal dalam pelajaran berbanding aku. Syukur aku berjaya tamatkan studies walaupun CGPA cukup-cukup makan sahaja – cerita aku di zaman remaja dan hikmahnya dapat aku rasakan sekarang.

Aku menulis entry ini kerana terkilan bila mendengar cerita seorang pelajar yang dulunya mendapat Anugerah Dekan setiap kali keputusan peperiksaan keluar kini terpaksa struggle untuk terus kekal sebagai pelajar kerana keputusan peperiksaan semakin merundum. Apabila disiasat ia berpunca dari masalah cinta, ditinggalkan boyfren setelah menyerah kesemua kasih sayang - Bijak dalam pelajaran tetapi tidak bijak mencaturkan hidup sendiri.


Jujurnya kita tidak mampu menafikan cinta kerana keperluan biologi ini semakin meningkat apabila melangkah ke alam remaja. Tarikan terhadap berlainan jantina semakin kuat dan di sinilah wujud perasaan sayang dan cinta, ingin disayangi dan menyayangi.


Moralnya bercinta dan putus cinta bukanlah alasan untuk hilang tumpuan dalam pelajaran kerana matlamat utama berada di university adalah belajar dan bergraduat. Jangan sia-siakan kan peluang yang ada kerana banyak hati yang terluka atas tindakan kurang berakal sebegitu. Fikirkanlah.......




Bar End


KCNC Bar End



Intro
Mengikut catatan sejarah Bar End agak popular sekitar tahun 90-an lagi. Oleh kerana riser bar diperkenalkan dan menjadi trend terkini, Bar End semakin dilupakan dan agak ganjil sekiranya terlihat Bar End dipasang pada Mountain Bike. Sewaktu UCI menetapkan disiplin Mountain Bike dan kategori Cross Country (XCM & XCO) diperinci Bar End mula digunakan oleh profesional XC Rider.

Harga Bar End bergantung kepada material pembuatannya. Carbon lebih mahal dari alloy tetapi fungsinya tetap sama cuma carbon dan scandium lebih ringan serta berstyle.


Bar End & Fungsi
Bar End merupakan sambungan yang dipasang dihujung flat handle bar pada sebuah Mountain Bike. Kedudukan tangan yang diletakkan pada Bar End memberikan daya leverage yang tinggi untuk berkayuh semasa pendakian yang panjang dan berteknikal.Disamping itu juga Bar End memberikan keselesaan kepada posisi badan semasa berkayuh di laluan mendatar.



Kelemahan Bar End
Kebanyakkan bar end berukuran 11cm - 12 cm yang kelihatan seperti tanduk.Semasa basikal digerakan pada kelajuan tinggi ianya seperti seekor lembu yang sedang mengejar matador dan andai terlanggar sesuatu seperti semak atau ranting kayu sudah pasti akan tersangkut dan kemalangan memang tidak dapat dielakkan. Kedudukan tangan pada bar end yang agak jauh dari brake lever membuatkan respon untuk menekan brake mengambil sedikit masa.


Pemasangan
Memasang Bar End adalah mengikut keselesaan sendiri dengan posisi hujung Bar End mengarah ke dalam. Sudutnya pula lebih tinggi sedikit dari top tube frame - rujuk di sini - LINK

Walaupun tidak disarankan untuk memasang bar end pada handle carbon - boleh dilakukan cuma perlu lebih berhati-hati ketika mengetatkan skru, tidak overtighten. Lebih bagus jika gunakan Torx Wrench, dijamin tidak akan merosakkan handle carbon.

Nota :
Bar End seperti KCNC kurang cantik dipadankan dengan lock grip. Apabila dipasang terdapat ruang yang menampakkan handle diantara bar end dan lock grip.Dicadangkan keratan tiub 700cc dipasang untuk menutup ruang tersebut.


Pandangan Peribadi
Pada awalnya aku memang tak terfikir lansung untuk memasang Bar End, terasa semak mata memandang. Pada aku mereka yang memasang Bar End seorang yang skema dan bukan rider yang aggresif. Lagipun aku lebih selesa menggunakan Riser Bar memang tak sesuailah untuk dipasangkan Bar End. Apabila aku beralih menunggang Hard Tail sepenuhnya setup MTB aku bertukar ala XC Racer walaupun aku bukan racer, lebih kepada trend XC-timbullah perasaan untuk mencuba Bar End.

Setelah acu,cuba, try, test sebanyak 4 lap di PCP dan Ride di Jerantut tempohari aku tak dapat mencari alasan untuk menanggalkan dari handle bar aku.Biarlah semak mata memandang tetapi aku cukup selesa dan respon kayuhan mendaki semakin efisien, mungkin meningkat 20-30 peratus. Aku tarik semula pandangan aku sebelum ini...dan sarankan kepada slow and careful rider seperti aku untuk memasang bar end andai mereka menggunakan flat bar.


Sorry no gambar-belum ada bujet untuk camera baru since camera lama dah berkecai!!


Balik Kampung Naik Basikal DITUNDA



Nampaknya kena tunda "Balik Kampung Naik Basikal" since ada event MTB pada 12 Disember 2010 di Jerantut. Ramai rodong-rodong dari Temerloh join event ni dan rasanya ini kali pertama event sebegini dianjurkan di area Jerantut. Mungkin 17 atau 25 Disember tarikh yang baru kerana hasrat aku untuk menutup kayuhan 2010 dengan epic ride.
Sebenarnya aku masih belum boleh ride off road sepenuhnya, bahu kiri (dislocated jatuh di Sg Lembing MTB Race) masih terasa sakit bila bergegar kuat dan pergelangan tangan kanan yang patah hari tu masih terasa sengal-sengal. Salah satu faktor mengapa aku kurang berkayuh selain dari beban kerja bertambah dan perlu meluangkan masa untuk famili.

Balik Kampung Naik Basikal

Fitness level aku semakin menurun dan berat badan pula bertambah-makin kurang aku berkayuh sejak 5-6 bulan yang lalu. Entah macam mana timbul pula idea nak berkayuh dari Putrajaya ke Jerantut dengan jarak anggaran sejauh 200km yang perlu ditamatkan dalam masa kurang dari 12 jam. Berdasar kepada logic memang boleh tetapi melihatkan kepada tahap fitness aku sekarang memang impossible untuk dilakukan.

Apapun tarikh aku dah tetapkan, 10 Disember 2010 (Jumaat) aku akan berkayuh santai dari Putrajaya melalui MRR2 ke Gombak (Kg Orang Asli) terus ke Genting Sempah dan Bentong. Aku akan mengambil highway LPT (Karak-Temerloh) dan terus ke Jerantut kampung wife aku.


Apa yang penting sekarang aku perlu menjadual masa training dengan lebih teratur. Tak pernah aku berkayuh melebihi 150km dan sekiranya berjaya aku akan memecah rekod peribadi berkayuh sejauh 200km dalam masa 12 jam.

Motivasi aku-nak balik cepat jumpa anak bini esp Kaisara...


-Ada sesiapa nak join? Tak larat kita naik teksi.....

UUM Sintok

Aku berada di EDC Hotel - UUM Sintok menghadiri kursus anjuran Jabatan Pengajian Tinggi bermula 28 - 30 November 2010. Cantik kawasan UUM-hijau serta berbukit-bukit dengan pembangunan yang agak teratur, selesa dan perasaan tenang berada di sini. Adik aku yang pernah belajar di sini kurang menghargai kelebihan yang UUM ada berbanding dengan IPTA yang lain-katanya jauh dari bandar.

Ini kali pertama aku sampai walaupun dah beberapa kali merancang untuk join event mtb yang dianjurkan. Lepas check-out esok, kalau ada masa teringin nak ke Bukit Kayu Hitam or ke Padang Besar beli something untuk family.




Semuanya Hancur...!!!

Aku dah tak tau nak kata apa lagi, semuanya sudah hancur walaupun sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya. Memang ditakdirkan aku kehilangan semuanya di depan mata sendiri. Pakar rujuk pun tak mampu nak menyelesaikan masalah aku...

Proposal, kerja-kerja editing, file-file opis & personal file semuanya hilang bila External HDD terjatuh menghempas lantai waktu aku kelam kabut mengemas untuk balik tadi. Pada mulanya aku sangkakan casingnya sahaja yang pecah, bila aku sambungkan pada computer macam-macam bunyi aku dengar dan taulah memang dalaman HDD turut cedera.

Seminggu sebelum ni PC office diserang virus, technician computer sempatlah transfer semua file dalam Ext. HDD, tak terfikir pula untuk transfer semula ke dalam PC. Malang berganda...

Apa dayaku, tiada back-up untuk semua file-file. Macam mana aku nak mengadap boss untuk explain proposal yang tak mampu aku hantar hari Selasa ni...

Apa yang hilang?
1. Proposal + File Office (Paling Penting)
2. Kerja-kerja movie editing
3. Gambar
4. Anime Naruto - semua episode
5. File MTB
6. Aku dah tak ingat dari 500GB hanya tinggal 20% free space sahaja. File yang aku simpan sejak aku student lagi.......!!!!


Siapalah boleh tolong ni..???




Orang Baru 2


11/11/2010
11.20 Pagi
Hospital Putrajaya


Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana dipermudahkan urusan wife melahirkan baby girl yang ke-2. Anak pertama lebih mirip pada mak dia, tapi anak kedua ni, betul-betul ikut muka ayahnya. Ucapan terima kasih pada family dan kawan-kawan yang menghantar sms, juga pada yang datang ziarah-terima kasih...


Tubeless - Tanpa Tiub


Teruja juga bila projek meng "convert" tayar standard kepada tubeless berjaya. Tidak memeningkan kepala sebenarnya untuk DIY andai tahu teknik yang betul dan dalam masa kurang dari 30 minit tayar standard dapat di convert kepada tayar tubeless.


Aku menggunakan Wheelset XT (UST Tubeless) lebih dari 2 tahun tetapi tak pernah dipadankan dengan tayar UST (Tubeless) dek kerana harga yang mahal dan faktor berat berbanding tayar standard. Terfikir juga untuk convert tayar Maxxis Larsen TT 1.9 yang baru digunakan 3-4 kali kepada tubeless tetapi kerana kurangnya info aku batalkan niat sehinggalah aku terjumpa blog ni-Link.

Apa yang diperlukan

1. Pastikan rim yang digunakan adalah dari jenis tubeless ready seperti XT dan ZTR. Sekiranya menggunakan rim biasa seperti Mavic 717, Rim Sealing Strip diperlukan (Rujuk di sini).

2. Tire Sealant diperlukan dan aku menggunakan Stan's Tire Sealant (www.NoTubes.com) yang dibeli dengan harga RM90 sebotol (32oz)-boleh digunakan untuk 16 tayar.

3. Floor Pump

4. Tyre Lever

5. Tayar Standard - jika boleh gunakan tayar yang baru atau sekurangnya tayar yang masih mempunyai 90% jangka hayatnya.

Cara Convert

Rujukan
1. http://www.notubes.com/support_detailed.php
2. http://www.cyclistno1.co.uk/features/maintenance/stans-no-tubes-guide.htm
3. http://www.erikv.com/blog/index.cfm/2007/8/21/Mounting-a-cyclocross-tire-using-Stans-Notubes

1. Pasangkan tayar dan tiub seperti biasa pada rim tubeless dan pum sehingga mencapai tekanan yang maksimum. Tujuannya adalah untuk mempastikan bahagian tepi tayar (tyre beads) di tolak ke bahagian dinding rim (kadang kala kedengaran bunyi pop). Biarkan seketika dan gantung rim tersebut (bahagian valve disebelah atas) untuk memudahkan kerja di step yang seterusnya.

2. Buang kesemua angin, dan keluarkan tiub dengan membuka sebelah bahagian tayar sahaja. Buat dengan cermat supaya bahagian tepi tayar (sebelah lagi) tidak terkeluar dari rim. Apabila tiub dikeluarkan masukkan tubeless valve (biasanya datang bersama rim tubeless) dan sapukan sedikit minyak.Ini dilakukan dengan rim yang masih tergantung.

Nota:
Teknik ini digunakan untuk memudahkan mengepam tayar kerana step ini paling remeh dan sekiranya tidak dilakukan dengan betul adalah mustahil untuk mengepam tayar walau menggunakan compressor bagi tayar standard

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan buih sabun yang disapu di bahagian tepi rim/tayar untuk memudahkan mengepam tayar.Cara ini tidak memerlukan tiub dipasang-terus pasangkan tayar seperti biasa dan sapu kedua belah rim/tayar dengan buih sabun (buih sahaja). Buih sabun ini juga membantu sealant menutup ruang-ruang udara.


3. Masukkan kembali tayar dengan berhati-hati dimulakan di bahagian atas (gunakan kedua belah tangan untuk memasukkan tayar) terus ke bahagian sisi dan bahagian bawah. Tinggalkan sedikit ruang untuk memasukkan sealant.

Nota:
Jika tidak yakin untuk masukkan sealant, boleh masukkan tayar terlebih dahulu untuk praktis. Sekiranya sukar untuk memasukkan tayar (bahagian akhir) ke dalam rim, tandanya tayar telah masuk dengan betul dan gunakan tyre lever dengan cermat agar bahagian tepi tayar tidak rosak. Sebaliknya jika tyre mudah dimasukkan dengan tangan sila ulang semula proses memasukkan tayar ke dalam rim. Disinilah kunci utama kepada kejayaan projek ini. Setelah selesai pum tayar dan tayar akan mengembang seperti tiub. Apabila telah yakin keluarkan semula tayar di bahagian bawah-cukup untuk memasukan sealant.



4. Jumlah sealant yang diperlukan sebanyak 2oz (hampir 60ml) untuk tayar bersaiz 1.9 hingga 2.1. Pastikan arahan penggunaan tyre sealant dibaca dan dipatuhi kerana setiap produk berbeza tata penggunaanya.

5. Masukkan tayar dengan cermat agar sealant tidak tumpah keluar. Setelah selesai pum semula tayar tetapi jangan mencecah 40 PSI.Pastikan sealant meresapi dalam ruang-ruang tayar terutama di bahagian tepi tayar/rim dengan mengoncang (kiri/kanan) dan memusing tayar berulang kali. Akhir sekali letakan rim diposisi melintang selama 2-3 minit dan tukar sebelah lagi dalam jangkamasa yang sama.

Nota:
Sealant akan keluar (berbuih-buih) di bahagian tepi tayar/rim dan akan berhenti apabila kesemua ruang ditutup.

6. Selesai dan pasang semula rim pada basikal untuk try test.

Nota:
Ketika mengepam atau membuang angin tayar pastikan valve berada sebelah di atas kerana sealant berkumpul di bahagian bawah. Sekiranya dilakukan sebaliknya sealant akan keluar menerusi valve dan masalah lain akan timbul.



Kelebihan Tubeless
1. Jimat (Sealant boleh bertahan sehingga 6-10 bulan sebelum mengeras-mudah dicuci)
2. Terkena paku atau duri semasa ride bukan lagi masalah
3. Feel yang berbeza-seolah2 terapung. (Tak percaya boleh cuba)


Kelemahan
1. Tayar standard tidak seal sepenuhnya-berdasar pengalaman 3-4 hari angin akan keluar sedikit
2. Perlukan pemeriksaan yang kerap.


Terima kasih kepada Naza coz belikan aku sealant dari kedai Awie Muar

will update soon.....




Sudah 5 Bulan

Sedar tak sedar dah 5 bulan basikal aku tak bersentuh. Mungkin kerana dek cedera yang masih belum pulih 100% ataupun aku sememangnya sudah tawar hati untuk berkayuh lagi. Kalau bukan kerana boss dan desakan kawan lama memang tak teruja pun untuk berkayuh di Jamboree Race anjuran UiTM Segamat 9 Oktober ni walaupun trek yang disediakan memang akan membangkitkan nostalgia lama.

Nak berlumba memang aku tak larat, sekadar termampu berkayuh santai mengiringi boss dari permulaan sampailah ke garisan penamat. Boss aku tu bukannya sembarangan, walaupun melepasi usia 50-an tetapi masih bertenaga muda. Kalau tak training alamat tertinggal jauh kebelakang lah.

Timbalan Naib Canselor (Hal EHwal Pelajar & Alumni) UiTM (Kanan Gambar)
Sewaktu mengiringi peserta jelajah berkayuh dari UiTM Merbok ke UiTM Sri Iskandar



Ada seminggu lagi masa untuk aku aktifkan semula urat-urat yang semakin bersimpul. Paling tidak pun sekurangnya dapat berkayuh 3-4 jam sebelum hari jamboree dan esok aku cuba berkayuh dari rumah ke PCP yang suatu ketika dahulu memang tiada masalah untuk aku lakukan.



Nota
:Kalau terjumpa orang tengah tolak basikal dengan muka 'mintak nyawa' di antara jalan Desa Pinggiran Putra ke Alamanda...itu aku lah..!!!!


Aidilfitri 1431-H

Bersama Famili Mertua


Raya pertama disambut bersama keluarga mertua di Kg Batu Embun, Jerantut. Selepas bersalam raya aktiviti seterusnya ke Masjid untuk menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri dan terasa sebak juga bila bibir turut mengikuti alunan takbir memuji kebesaran Allah-selalunya macam tu lah mood raya, lepas tu lupa semua.

Hanya selepas Solat Jumaat aktiviti beraya dimulakan dengan kunjungan pertama rumah mak saudara (sebelah ayah mertua) di Kuala Tembeling. Entah macam mana timbul pula idea untuk beraya di Ulu Tembeling (Taman Negara) yang jaraknya lebih kurang 60km dan waktu pula sudah melepasi waktu Asar.

Dalam kepala ni sudah merencanakan untuk balik ke Temerloh memandangkan petang raya kedua perlu berkonvoi ke Penang untuk beraya dan menziarahi mak saudara (sebelah mak mertua) yang sakit tenat di Hospital Seberang Perai. Aku betul-betul terasa miss untuk berkumpul di malam raya bersama adik beradik (11 Orang) bertukar cerita-cerita panas dalam suasana yang penuh gamat. Aku miss nak dengar suara nyaring mak aku sound cucu-cucunya melarang bermain mercun BOM-termasuklah menantu dengan anak dia. Lagipun sudah berjanji nak tolong adik-beradik mencucuk satey (6 ekor Ayam) untuk dijamu saudara mara di raya ke-2.

Dalam perjalanan balik dari Taman Negara, aku singgah beraya di rumah sahabat lama di Pulau Tawar - Romi yang khabarnya dah menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan di tempat dia mengajar. Alhamdulillah syukur, dah berbadan dua isteri dia-7 bulan.

Sampai di rumah jam 11 malam, luqman sudah terlena dan wife pula nampak penat. Tak sampai hati aku nak teruskan niat balik Temerloh walaupun jarak hanya 50km sahaja. Esoknya belum matahari bangun terus aku gerak ke Temerloh, sampai di rumah adik aku tengah kecoh bakar satey dan aku pun memulakan tugas rutin aku itu (membakar satey tahunan) setelah mencium tangan mak ayah mohon ampun salah dan silap.

Lepas Asar journey ke Penang bersama keluarga mertua pun bermula............


Salam Syawal


Salam Aidilfitri buat semua. Jika ada salah & silap harap dimaafkan. Berhati-hati ketika memandu dan naik basikal. Ingati orang tersayang. Jangan main mercun dan main basikal di malam raya. Jangan bawak balik basikal ke kampung nanti tak cukup space dalam bonet nak bawak kuih raya & lemang.

Ikhlas

Mountain Bike Jamboree Race 2010



MOUNTAIN BIKE JAMBOREE RACE 2010


TARIKH : 9 OKTOBER 2010 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR (KAMPUS SEGAMAT)

YURAN :
RM 50 (BANK ISLAM :12038020420835)


TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
4 OKTOBER 2010



KATEGORI
1. IPT (LELAKI SAHAJA) 2. TERBUKA LELAKI 3. TERBUKA WANITA


TERHAD 200 PENYERTAAN SAHAJA
SILA KLIK DI SINI
& DI SINI

URUSETIA PENDAFTARAN : REDZA (013-7946623)
CIK NORASHIKIN (O12-2495718)



HANTARKAN BORANG PENYERTAAN YANG LENGKAP BESERTA SLIP BAYARAN KEPADA :


e-mail :noras665@johor.uitm.edu.my atau
nora_aisyah16@yahoo.com
Talian Fax : 07-9352299



HADIAH

1. MTB Jamboree Race (IPT)

Lelaki


Johan Wang Tunai RM 500.00 + Medal

Naib Johan Wang Tunai RM 300.00 + Medal

Ketiga Wang Tunai RM 200.00 + Medal

Keempat Wang Tunai RM 100.00 + Medal

Kelima Wang Tunai RM 50.00 + Medal


2. MTB Jamboree Race (terbuka)

Lelaki Johan Wang Tunai RM 500.00 + Medal

Naib Johan Wang Tunai RM 300.00 + Medal

Ketiga Wang Tunai RM 200.00 + Medal

Keempat Wang Tunai RM 100.00 + Medal

Kelima Wang Tunai RM 50.00 + Medal


Wanita Johan Wang Tunai RM 500.00 + Medal

Naib Johan Wang Tunai RM 300.00 + Medal

Ketiga Wang Tunai RM 200.00 + Medal

Keempat Wang Tunai RM 100.00 + Medal

Kelima Wang Tunai RM 50.00 + Medal














































MAMILS


Rise of the Mamils (middle-aged men in lycra)

Dominic Casciani in Italy Dominic Casciani (middle) with fellow Mamils

Flashy sports cars are out, now no mid-life crisis is complete without a souped-up road bike. Why?

Every weekend, across the nation's rolling countryside, watch out for the Mamils: middle-aged men in lycra.

And ladies, if you have a man at home taking an unusual interest in how you shave your legs, you may have a Mamil in the making too.

Research conducted by the retail analyst Mintel suggests there has been a surge in the number of middle-aged men choosing to get on two wheels.

Given the number of men aged 35-44 who are buying fancy-pants road racing machines, is this a 21st Century mid-life crisis? Has the silence of skinny tyres and carbon fibre framesets replaced the thunderous noise of motorbikes?

Back in the day, when some men with a bit of disposable income reached a certain age, they did some strange things. The grind of the office and home life convinced some that the answer to an expanding midriff lay in a pair of designer jeans and a flashy but cheap Japanese sports car. Teenage daughters ran away screaming. Sons were deprived of the role models seen in adverts for shaving products.

Gents, our womenfolk were right all along. It wasn't a good look. And did it do anything for the beer belly?

Mark Cavendish celebrates as he takes his 3rd stage win on stage twelve of the 2008 Tour de France The middle-aged cyclist's role model, sprinting legend Mark Cavendish

But then came a confluence of coincidences that gave a man an option other than looking like a gigolo cruising Italy's glitzy Lake Como.

The past three years have seen the rise of the uber-techno, super-flashy, full-carbon fibre, bobby-dazzler road bike. The market for these bikes has expanded faster than a 45-year-old's waistline, partly thanks to the success of the British cycling stars at the Beijing Olympics. Marketing departments have produced smart advertising messages that encourage a bit of freedom, elite performance and memories of teenage derring-do.

And the result can be seen on Saturday and Sunday mornings as middle-aged blokes polish the rear derailleur, lower the mirrored shades and pedal into the hills. Every couple of weeks, you'll see a girth of Mamils gathering to race a "Sportive", a form of amateur competing that has taken the British cycling world by storm.

While the serious, younger riders are busy getting into the zone of elite competition, we're comparing the latest GPS route-finding cycle computer and pretending that we know how to stretch.

Start Quote

Dominic Casciani  No Mamil's life is complete without the spiritual journey to the mountains”
End Quote Dominic Casciani

We hit the first hill and suddenly we're a puffing, panting, heaving mass of sweaty humanity that is well past its sell-by-date. Sounds humiliating? I've never had so much fun in my life - and there are also some unintended benefits of being the older rider.

First, there's the no-questions-asked fan club. My kids, on the promise of an ice cream, will cheer me over the top of any climb. They're still young enough to think I'm Superman - and you don't get that kind of pick-me-up on the golf course.

Even better is the Mamil's solution to saddle sores. A teenage shop assistant in a too-posh-to-pedal London shop tried to sell me some balm for £30. What's the point of that, I asked. I've got loads of unused nappy rash cream at home. He thought I was terminally uncool. I know better son, learn from your elders.

Terrified

But no Mamil's life is complete without the spiritual journey to the mountains.

Robbie McIntosh is 45 and has spent much of the past year clad in lycra after being talked into cycling from Lands End to John O'Groats with a group of fellow Mamils.

Robbie on Mont Ventoux in July Robbie McIntosh on Mont Ventoux - one of the toughest climbs in the world

Ten days of pain, rain and groin strain later, he decided he was ready for Mont Ventoux. This mountain, the Giant of Provence, is one of the toughest climbs in the world - 23km straight up. British cycling legend Tom Simpson died on its slopes in 1967. Last month, with terror in his belly, Robbie began turning the wheels.

"I wanted so much to say I'd climbed the Ventoux. It's an amazing mountain and a serious challenge.

"I was surprised at my nerves but I had a sense that if I could do this on a bike I could do anything and that was a feeling I wanted so much."

And make it he did. He wasn't as balletic as the local, young French riders - but he stood alongside them at the 1,910m summit and surveyed the world.

"Cycling has given me an opportunity to feel sporting achievement of the very highest level," says Robbie. "It doesn't matter that the pros ride up Mont Ventoux at twice the speed or more. I can scale the same sporting heights as the best cyclists on the planet. I can walk with giants."

Start Quote

Flash road bikes definitely look like a midlife crisis”

End Quote

So a man becomes fitter and happier. Where's the midlife crisis in that? Ah. The costs.

Ladies, look away now. Men who seriously cycle typically spend about £3,000 to live that dream. For a time, at least. That sum will cover the set-up and the first year, then about £1,000 a year, at least, on top of that.

The must-have bike of the summer is the Pinarello Dogma, the bike used by the British Team Sky in the Tour de France. Yours for about £7,000. Grown men stop and stare at this machine, like seven-year-old lads pressed against the toy shop window.

Thankfully, most Mamils don't have that kind of money to burn. But it hasn't stopped the rapid growth of a suburban money-laundering operation. It goes something like this. Man dribbles while looking at £100 bib shorts on cycling website - they're the kind that make you look like a wrestler. Partner says no, think about the starving children. Man continues to look at bib shorts and decides they will help conceal his 36-inch waist.

Men who have collapsed with exhaustion on the climb up Ventoux Ventoux brings some men close to collapse

He calculates that three weeks of hard pedalling will help on the belly front - which is coincidentally the same time it takes to receive a secret new credit card to pay for the shorts. Job done. Platinum status achieved with the online cycling retailer. Discounts on more kit, all of which is sent directly to the office rather than home.

When you run the slide rule over all of this, flash road bikes definitely look like a midlife crisis.

There's a look to strive for, expensive kit and excuses for weekends away.

I and my band of hill-climbing brothers disagree. It's about becoming a happier and healthier person rather than sliding towards mediocre oblivion at the bottom of a pint glass.

But I conclude with a message from my own Mrs Mamil to other cycling widows. She's discovered a precise form of retaliation. If your portly husband buys another stupid fluorescent jersey, buy yourself another pair of shoes.

That way, at least one of you can look good.

Selamat Hari Lahir

Luqman Khair
DOB : 8 Julai 2009


8 Julai lalu genap setahun usia Luqman Khair dan niat asal untuk mengadakan Majlis Doa Selamat sempena ulangtahun kelahiran di kampung terpaksa ditangguh. Banyak sangat urusan dunia tambahan pula aku baru sahaja berpindah tempat kerja dari Kolej Alamanda (Jln Kelang Lama) ke UiTM Shah Alam.

Luqman pun begitu, sejak berpindah ke sekolah baru yang dekat dengan rumah macam-macam penyakit dibawa balik. Sakit mata yang berlarutan sehingga 2 minggu membuatkan kami berdua tak lena tidur malam. Akhirnya aku dan wife turut terkena serangan virus dan sampai sekarang mata aku dan wife masih terasa berpasir.

Buat Luqman yang sudah pandai meminta untuk dibacakan buku cerita sebelum tidur, selamat hari lahir diucapkan. Cepatlah pandai berjalan nanti ayah belikan basikal untuk luqman as a birthday present.......:)


Test Drive
Mata kiri masih bengkak...

Bercelaru juga memikirkan apa yang hendak dibeli sebagai hadiah
untuk tahun pertama ni...( maknya memilih mini piano, pilihan yang bijak. Tak sampai sebulan microphone nya hancur berkecai)



Subsidi

Rakyat perlu bijak berbelanja bagi kurangkan beban perbelanjaan kerajaan

KEBANYAKAN kita pernah tinggal di rumah bujang. Selalunya dengan kawan-kawan, menyewa bilik dan berkongsi rumah. Selalunya keadaannya tidaklah sebaik di rumah sendiri. Makan, contohnya, sama ada di kedai atau masak sendiri, bukan disediakan seperti di rumah. Baju dicuci dan bilik dikemas sendiri. Elektrik kena bayar, begitu juga air.

Sewa rumah pula perlu dijelaskan setiap bulan jika tidak kena keluar. Katil selalunya tilam span nipis di atas lantai dan almari selalunya cukup untuk simpan baju saja.

Sememangnya kualiti hidup kita menurun bila hidup sendiri. Kita pula mula mengira dan mencatu belanja. Masa itu barulah kita tahu nilai sebenar kita - adakah kita berbelanja lebih daripada pendapatan, atau mampukah kita hidup seperti di bawah bumbung ibu bapa.

Namun, kita lakukan itu semua kerana menjadi lumrah dunia apabila dewasa untuk cuba berdikari. Ini suatu perjalanan hidup hampir semua kita. Di dunia haiwan, jika anak muda tidak berpindah, ia akan ditendang keluar. Apapun sebab kita berpindah, kita tahu kita tidak boleh terus tinggal di bawah ketiak emak walau bagaimana selesa sekalipun hidup kita.

Cubaan hidup sendiri adalah usaha kita untuk hidup tanpa subsidi. Walaupun pengorbanannya besar, kita lakukan juga kerana kita sudah dewasa dan mampu menjaga diri sendiri. Itu tanda kematangan dan kedewasaan di mana kita bertanggungjawab dengan segala yang kita lakukan. Begitu juga bila subsidi untuk barangan perlu dikurangkan.

Memanglah tiada siapa yang mahu membayar lebih untuk barangan dan perkhidmatan, namun ia pengorbanan perlu untuk kesejahteraan semua. Bila subsidi dikurangkan, timbullah rasa tidak puas hati kerana kita anggap harga murah adalah hak kita. Tidak kiralah jika ia lebih mahal di tempat orang, kita tidak peduli kerana kita tidak tinggal di sana.
Namun, kita perlulah memahami bahawa cerita subsidi itu bukan hanya terletak di stesen minyak atau di kedai runcit. Cerita dan rangkaian subsidi itu panjang, bertaut serta berkait. Contohnya, subsidi negara jumlahnya RM74 bilion. Ia satu jumlah yang amat besar, tetapi bukan semua subsidi tidak baik, contohnya, untuk pendidikan, kesihatan dan kemudahan awam.

Tetapi adakah wajar jika subsidi untuk minyak kereta sama banyak dengan jumlah yang dibelanjakan untuk pendidikan, atau lebih tinggi daripada belanja untuk kesihatan seperti yang kita dapati sekarang? Patutkah kita terus berbuat demikian jika didapati hampir 70 peratus yang menikmati subsidi minyak kenderaan bukan daripada kumpulan sasar subsidi?

Membayar lebih suatu pengorbanan untuk menentukan negara terus berupaya meneruskan agenda pembangunan serta usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik. Adalah penting subsidi sampai ke sasaran. Jelas ia tidak efektif jika pemandu kereta mewah mendapat subsidi yang sama dengan penunggang kapcai. Juga hampir 70 peratus pengguna gas tong adalah peniaga, seperti restoran.

Penurunan subsidi menyebabkan harga seliter RON95 naik 5 sen ke RM1.85 seliter, mahal sedikit dari segelas teh tarik. Gas masak yang digunakan di rumah naik 10 sen sekilogram. Jika satu keluarga menggunakan setong gas 14kg sebulan, maka sehari ia naik kurang dari lima sen. Rasanya kurang dari harga satu SMS.

Bukanlah kita mengambil ringan mereka yang dibebankan dengan harga-harga baru, namun kita perlu ingat semua ini ada kosnya. Lambat laun perlu dibayar juga sama ada negara berhutang lagi, atau belanja untuk perkara lain dicuri untuk kekalkan harga minyak dan gula, contohnya.

Jika ada yang tidak mampu jelas, kerajaan mesti masuk membantu. Begitu juga kawalan harga perlu diadakan untuk mengelak orang mencari keuntungan berlebihan.

Sama ada negara akan bankrap jika subsidi diteruskan bukanlah persoalannya. Apa yang perlu dipertimbangkan adakah perbelanjaan negara dapat membantu kita membentuk keadaan yang lebih baik. Juga tiada masa yang lebih sesuai atau baik untuk penurunan subsidi. Bilapun orang tidak suka. Tetapi jelas lagi cepat dilakukan lagi banyak yang dapat dimanfaatkan.

Memanglah untuk kerajaan, pengurangan subsidi membawa risiko politik. Tetapi pentadbiran dan pemerintahan adalah tanggungjawab. Ia bukannya usaha untuk menjadi popular. Jika beban perbelanjaan melebihi pendapatan, iaitu defisit, maka berapa lama patut kita bertahan demikian hanya untuk kekal popular.

Ada kalangan pengkritik yang berkata apa yang mahu didengar ramai, bukannya apa yang diperlukan oleh orang ramai – iaitu kepemimpinan yang bertanggungjawab dan berani. Tujuan mereka hendak jadi popular dan pancing undi, apa nak jadi selepas itu, nasiblah. Sesuatu kerajaan tidak perlu untung seperti syarikat. Sesuatu kerajaan mestilah stabil ekonominya untuk membolehkan sektor swasta berkembang dan menghasilkan pekerjaan.

Kestabilan diukur dengan kebijaksanaan dan keberanian mentadbir ekonomi. Walaupun pahit ubat, perlu ditelan untuk kebaikan. Jika diluah, lega sebentar, namun penyakit akan berleluasa nanti.

Kita tahu bukan semua subsidi itu tidak baik. Ada yang perlu dikekalkan, ada dikurangkan dan ada pula dihapuskan.

Kawalan harga barang umpamanya berjaya menjadikan belanja rumah bagi yang memerlukan. Subsidi pendidikan, kesihatan dan infrastruktur juga mempunyai kesan jangka panjang yang tidak dapat dinilai dalam masa yang singkat.

Tiada seorangpun daripada kita yang tidak menerima subsidi. Baik yang berada atau yang miskin, dari minyak di pam, di kedai runcit atau di sekolah, semua merasa. Teh tarik kita pun disubsidi, dari susu pekat, gula, air dan gas. Di restoran mamak pula ada pekerja asing yang bekerja dengan gaji yang sikit berbanding orang tempatan.

Teh tarik yang RM1.50 mungkin menjadi RM2.50 tanpa subsidi. Rasanya kita semua setuju yang kadar belanja subsidi kini tidak mampu dikekalkan, tetapi tiada pula orang, termasuk kerajaan, yang mahu ia dimansuhkan sama sekali. Apa yang perlu kita buat ialah menyelaraskan agenda subsidi kita.

Apa yang boleh di kurangkan, apa yang perlu dibiarkan. Mungkin juga kita akan dapati ada yang perlu ditingkatkan. Pengurangan subsidi terbaru menyebabkan kerajaan tidak perlu berbelanja RM750 juta hingga akhir tahun ini. Duit itu jelas boleh digunakan untuk perkara lain.



VS



(Antara artikel lepas (Jun 2008) yang menyebabkan Dr. Asri tidak disenangi oleh sesetengah pihak agama dan politik)

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.


Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.


Puisi : Ke mana pergi subsidi kami
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.