Moonsun Ride 2009 - Acara Penutup

Aku suka betul dengan trail Moonsun Ride ni-cukup enjoy menghabiskan kayuhan walaupun 2 kali mengalami technical problem, tayar pancit! (tq to amone form batu pahat cycle -bagi pinjam pam). Tak lupa juga rider yang membantu aku menukar tube, solute u bro! Special thanks to guy from Rawang MTB atas pertolongan yang diberikan. Tq so-so much! (Sorry sangat2 terlupa nama)

Tiada gambar yang sempat aku rakamkan (tak bawak camera) tapi kenangan di Gambang memang memberikan 1001 cerita baru dalam diari MTB aku tahun 2009 ni.

Dalam meredah paya, lumpur, sungai dan sebagainya - bike mengalami masalah "chain suck" yang tak pernah aku alami sebelum ini. Perlu dapat lebih info untuk overcome this problemo ni supaya ride tak terganggu lagi nanti. Analisa awal mungkin rantai kering dan berlumpur, tapi pada aku mungkin ada sebab yang lain. Ada masa surf di internet nanti....

Overall organizer untuk jamboree 7/10 tapi trail 10/10 walaupun aku tersalah masuk simpang-confuse dengan trail marking.

Rider2 yang aku jumpa esp from Batu Pahat, Pujmac, Atok MTB, Awie MCC, Nuar & Rani (Rodong Sekampung). Ah Chai (ECC Melaka) pulak berkayuh santai jer untuk event ni-ermm segan pulak aku yang kelam kabut memotong rider untuk sampai paling awal-last2 dok belakang sekali :)(Aku still nak kalahkan Ah Chai dalam race nanti-motivate diri..hahhahha, langit ngan bumi)

Penutup 2009!



Naza & Epy di PCP

Rombongan dari Segamat (Naza & Epy) agak lewat tiba dan plan asal untuk join Pujmac, Nothern MTB Riders serta Tukang Kebun melayan PCP pada 18 Disember 2009 terpaksa di batalkan. Sampai di PCP jam 5.30 petang sempat lagi berkayuh satu pusingan tetapi tidak terserempak dengan group yang lain. So the next day Naza & Epy menggunakan masa yang ada sebelum berjumpa dengan girlfren masing2, berdating dulu di trail PCP.









Bujet Fork - 2010 Project




Manitou R7 Absolute Fork 2010 Model (White)

  • Travel: 100mm
  • Damping: Absolute Platform Damper
  • Adjustments: Rebound, Air, Platform
  • Lubrication: Semi-Bath
  • Spring: TS Air
  • Casting: One Piece Reverse Arch Magnesium
  • Stanchions: 30mm Gold Al
  • Crown: Hollow
  • Axle: Standard QR
  • Ride Height (axle to race): 456
  • Color: White
  • For Disc only
  • Disc Mounts: Post Mount
  • Price : RM1100 ++
    Pics From Pinkbike



    REBA Race Dual Air 2010

    Price (Belum survey lagi)


    Travel80/100/120mm
    Weight1625g (3.58 lbs)
    DampingMotion Control
    SpringDual Air
    AdjustmentsExternal Rebound, Low Speed Compression, External Floodgate And Lockout, Spring Via Air Pressure
    CrownForged, Hollow Al66 Tv Aluminum
    SteererAluminum, 1 1/8" Or 1.5 To 1 1/8" Tapered
    Upper Tubes32mm, 7000 Series Straight Wall Aluminum, Low Friction Anodized
    LowersMagnesium, Post Mount Disc Brake, Optional 20mm Maxle Lite








    Thinking of 2010 HT Frame-Which one??


    Frame : Scott Scale 40
    Specs : Weight 1.59 kg (L) - Ultra light hydroformed custom butted 6061 alloy
    Price : around 1.8k



    Frame : Giant XTC 2
    Specs : Giant AluxX SL aluminium, Fluid Formed frame
    Price : 1.3k



    Frame : Trek 8500
    Specs : Alpha Red Aluminum w/semi-integrated head tube, butted and formed top tube, hydroformed down tube w/integrated gusset, bridgeless seatstay, forged race dropouts, replaceable derailleur hanger
    Price : 2.5k w/o BB 30mm



    Changing back to Hard Tail n this is my short listed, depend on how thick my wallet is!! Selepas potongan bujet 2010 oleh Menteri Kewangan (Bini aku) hahahaha!!!

    P/s : Bujet perlu dibentang dengan teliti agar tiada sebarang keraguan dan pertikaian timbul-mungkin dengan cara menyediakan MC adalah langkah yang bijak untuk berkecuali........



    Salam Maal Hijrah 1431- H

    Salam Maal-Hijrah buat semua dan moga pengertian HIJRAH itu dicari bersama.



    Jalan-jalan & Makan-makan di Penang (Sebelum Kayuh Lasak)

    Date : 3 Dis - 6 Dis 2009
    Location : Cititel - Bt Feringgi

    Disajikan dengan Japanese Food di Hotel.
    Makanan mentah dan mungkin ini puncanya aku kena food poisoning,
    2 hari MC lepas balik dari Penang. Mungkin juga MC kerana menolak bike :)




    Kali ke 3 berkunjung dan menjamu selera,
    kena betoii dengan selera!



    Mencuba Sup Aneka Pilihan dan aku memilih sup torpedo dicampur bersama lidah.
    Ermm....!!!


    Sekadar berjalan mengikut rentak orang ramai!
    Gurney drive - Nite Market



    Dan akhirnya yang menjadi mangsa Mr Luqman-sampai demam
    mengikut mak & ayah.




    Bercadang untuk repeat nasi kandaq line clear dan nasi kandar beratur seperti yang diceritakan sekiranya ada masa yang terluang nanti. Tunggu Luqman besaq sikit no!. Tidak bercadang untuk repeat Kayuh Lasak tahun depan tapi kalau aku tukar frame Hard Tail sure tak penat sangat tolak..ermmm boleh difikirkan tu! Trek 2010 tu nampaknyer macam sesuai ajer....:)




    Kayuh Lasak 2009

    Date : 6 Dis 2009

    Sampai di finishing line around 12.45 pm and
    managed to complete all stages.


    Pertama kali aku join Kayuh Lasak 2009 - I'm Back, sejak diadakan pada tahun 2002. Berkebetulan berada di Penang pada tarikh tersebut, acara sebegini pastinya menarik minat aku untuk turut serta. Terima kasih kepada penganjur KOTRT dan semua pihak di dalam memastikan acara ini berjalan lancar.

    Tak bercadang untuk join lagi tahun depan sekiranya diadakan, terlalu lasak untuk aku yang hanya weekend rider!


    Dikhabarkan juga MR Genki tersenyum lebar pada malam cabutan bertuah, complete kesemuanya 6 stages membolehkan nombornya naik untuk grand prize - MTB - KTM. Tahniah bro!

    Kayuh Lasak 2009-Line Clear

    Date : 5 Dis 2009
    Location : Youth Park Penang



    Jamboree Kayuh Lasak 2009


    Layan Anime Naruto



    Aku berada di Penang sejak Khamis lalu, wife ada retreat sehingga hari Ahad ni-percutian yang tak dirancang dan mujurlah boss bagi cuti walaupun aku bagi short notice. Bercuti sambil melaksanakan agenda tersembunyi-Kayuh Lasak!Retreat wife ke Penang memang berkebetulan dengan date Kayuh Lasak KOTRT 2009-I'm Back. Walaupun tak register untuk jamboree ni, mr axy sudi memberikan aku pass ride untuk jamboree - dia tak dapat join due to outstation.

    Training kayuh untuk jamboree memang takder lansung, last aku sentuh bike 2 minggu lepas, join Pujmac nite ride, itupun kayuhan santai sahaja. Di sini aku cuma berkayuh 2-3 pinggan nasi kandaq line clear ajer, mantap beb. Sebelah malam pulak pekena sup campur, sedap sungguh.

    Selebihnya dok dalam bilik temankan Luqman layan Naruto sementara menunggu ibunya habis kerja.



    -bersambung-


    UiTM Kampus Bandaraya KL

    Universiti Teknologi MARA
    Kampus Bandaraya Kuala Lumpur (Kolej Alamanda)
    355, Batu 4 1/2 Wisma Shun Li
    Jalan Klang Lama
    580000 Kuala Lumpur.

    Kena Boooooo!!!!!


    Luqman Khair

    Sampai di rumah, berbaring untuk meredakan kekecewaan x dapat masuk final KLMTB, Luqman menambahkan perit dihati, di booooo nyer aku!! Mana dia belajor pun aku tak tau........

    KLMTB 2009 (Terlangkup)

    Kali ni aku terlangkup, final pun tak lepas!Berbanding tahun lepas, aku cuma berjaya menamatkan HEAT di tempat ke-16 dalam keseluruhan HEAT 1&2 tak melayakkan untuk bertanding di Final. Belum cukup bersedia untuk berentap dengan rider2 MTB yang top.Next year kalau ada peluang aku cuba lagi, ada 3 tahun lagi untuk aku bertanding di dalam kategori 31-35, lepas tu ermm..dah jadi veteran dah!!!


    Result HEAT Men's 31-35
    No 1 -15 go to Final


    Ah Chai from ECC Melaka
    patah RD masa final

    Zamzi-No 2 (Final)
    day before race


    Jentera Race KLMTB 2009
    berat skit masa tolak :)



    Satu gambar aku pun diaorg tak snap masa HEAT...hopefully gambar aku photographer ambik, esp masa terlangkup di CP3, terjatuh dan dilanggar rider dari belakang..aduhh!!!!



    KLMTB 2009 (Zuraidi)

    Tahniah kepada Zuraidi kerana berjaya menamatkan race di tempat ke-6 dalam kategori umur 36-40. Hadiah bernilai RM100 dan seribu satu kenangan untuk diceritakan kepada rider di Segamat dan juga akan membanggakan sponsor MCC Muar, s2hcycle di dalam KLMTB-09. Hasil latihan gigih dan tunjuk ajar Jurulatih, saudara Panjang Le-Tua, Zuraidi berjaya meletakkan diri di dalam kelompok top MTB Rider KLMTB tahun ini.

    Kata-kata semangat dari Panjang.


    Zuraidi in Action

    Result Final
    Cat 36 - 40

    KLMTB Promo-TQ Akmal from Astro

    Cerita "Jelajah Sedekad"


    Utusan Malaysia Online
    4 Oktober 2009


    Berita Harian (Edisi Johor)
    7 Oktober 2009

    Berita Harian (Edisi Melaka & N. Sembilan)
    28 Oktober 2009



    "Apapun, paling mencabar apabila ada tayar pancit ketika dalam perjalanan antara UiTM Shah Alam ke kampus Kuala Pilah" -Mohd Azim Sardan.
    (Betul ker ni???)

    :) - Aku rasa paling mencabar bila climb Bukit Putus, tapi syukur semua rider berjaya menawan Bukit Putus dan merasa kenikmatan high-speed downhill. Meter aku mencecah 70kmph. NRS3 memang ummmphhh!!!!




    Peperiksaan Bermula



    Peperiksaan Akhir bagi UiTM Kampus Bandaraya Kuala Lumpur (Kolej Alamanda + Kolej Beringin) bermula pada 28 Oktober 2009 - 15 November 2009.



    ECC-Burung HANTU (Nite Ride)

    Date : 24 & 25 Oktober 2009
    Tempat : Dataran Sejarah - Air Keroh Melaka


    - Before Ride -


    Result


    -Event yang menarik-

    KLMTB Carnival 2009-Registration


    Open for registration-aku dah register online tapi tak sure lagi boleh join ke tak race tu nanti. Last year tercapai lah target untuk aku masuk final (result) tapi this year banyak agenda lain yang nak dibuat. Entry Jelajah UiTM pun aku belum updated lagi, dah dua minggu program jelajah UiTM berakhir.

    Rider from Segamat jangan terlepas tarikh register KLMTB, inilah masa nak uji kemampuan diri.




    Jelajah UiTM : Peringkat Kedua

    Bersama Pengarah & Timbalan Pengarah UiTM Terengganu

    Peserta dilepaskan oleh Pengarah Terengganu tepat jam 9.00 pagi.

    Perserta tiba di UiTM Kelantan pada jam 4.30 petang disambut oleh
    Timbalan Pengarah (PJI)



    Bersama Pelajar dan Kakitangan UiTM Kelantan



    Menulis kata-kata penghargaan untuk diserahkan kepada Naib Canselor.


    Machang, 4 Oktober 2009- Pasukan jelajah UiTM meneruskan perjalanan dari UiTM Terengganu ke UiTM Kelantan untuk kayuhan peringkat kedua. Majlis pelepasan yang bermula jam 8 pagi dihadiri oleh Pengarah UiTM Terengganu, Yang Mulia Tengku Yusuf, kakitangan dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Terengganu.

    Majlis dimulai dengan ucapan Pengarah UiTM Terengganu dan ucapan Pengarah Program Jelajah UiTM. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh kedua belah pihak. Kayuhan peringkat kedua ini bermula jam 9 pagi dan pasukan jelajah berhenti jam 12 tengah hari di Jerangau dengan jarak kayuhan sejauh 70 kilometer. Selepas makan tengah hari dan solat, peserta jelajah meneruskan perjalanan dengan berkenderaan sehingga 30 kilometer sebelum tiba di UiTM Kelantan dan kayuhan diteruskan semula.

    " Kami berjaya menyudahkan kayuhan sejauh 100km untuk peringkat kedua ini dan berasa amat terharu atas sambutan meriah yang diberikan oleh UiTM Terengganu dan UiTM Kelantan" Kata Muhd Khalid sejurus tiba jam 4.30 di UiTM Machang. Peserta jelajah disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri.




    Story by : Azim

    Jelajah UiTM : Peringkat Pertama

    Majlis Pelancaran Jelajah UiTM
    Cenderamata disampaikan oleh Muhd Khalid Abdullah kepada Pengarah UiTM Johor

    Majlis Sambutan oleh UiTM Pahang

    Bersama Pengarah dan Pentadbir Tertinggi UiTM Pahang.


    70 Kilometer yang pertama


    UiTM Segamat,2 Oktober 2009 : Peserta Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM telah berjaya menamatkan kayuhan berbasikal sejauh 70km bermula dari UiTM Segamat, Johor dan berakhir di UiTM Jengka, Pahang.

    Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM merupakan siri jelajah berbasikal yang akan mengunjungi setiap kampus UiTM di Semenanjung Malaysia bagi mengumpulkan kata-kata penghargaan dari warga kampus sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan pentadbiran Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM yang telah berjasa kepada masyarakat keseluruhan. Kayuhan 'Jelajah UiTM' ditetapkan 6 peringkat bermula dari UiTM Segamat ke UiTM Jengka, UiTM Dungun ke UiTM Machang, UiTM Perlis ke UiTM Merbok, UiTM Pulau Pinang ke UiTM Perak, UiTM Shah Alam ke UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Melaka ke UiTM Segamat. Jumlah kayuhan hampir 2000 km yang disertai oleh kakitangan dan pelajar UiTM Segamat ini merupakan simbolik kepada kepayahan dan keperitan seorang pemimpin yang tersohor di dalam meningkatkan taraf pendidikan masyarakat bumiputera.

    " Peringkat pertama kami berjaya menamatkan kayuhan sejauh 70km berbanding dengan jarak sebenar 170km yang telah disasarkan berikutan kekangan masa dan masalah teknikal" kata Mohd Zul-Azmi Ishak selaku ketua program ini.

    Peserta jelajah telah tiba di UiTM Jengka pada jam 4.30 petang dan disambut oleh Pengarah UiTM Pahang dan diberikan tabik hormat oleh komander kesatria.Sambutan luar jangka ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pelajar dan kakitangan UiTM Pahang. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah UiTM Pahang, Profesor Madya Dr.Hilmi bin Ab. Rahman dan kemudian menyerahkan kata-kata penghargaan kepada En. Muhd Khalid Abdullah(wakil peserta jelajah).


    Story by: Muhd Khalid

    Kayuhan Bermula

    Besok, tepat jam 8.00 pagi aku akan memulakan kayuhan dalam siri Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM. Dalam kesibukan, aku tidak mempunyai sebarang training yang proper untuk kayuhan jarak jauh sebegini. Bertemankan NRS3 aku akan menduga sejauh mana mental aku mampu bertahan.


    BIL

    PERINGKAT/DESTINASI

    JARAK

    (ANGGARAN)

    TARIKH

    CATATAN

    1.

    Peringkat Pertama

    UiTM Johor (Segamat) – UiTM Pahang (Jengka)

    170 Km

    2 Oktober 2009

    Bermula di UiTM Johor

    2.

    Peringkat Kedua

    UiTM Terengganu (Dungun) – UiTM Kelantan (Machang)

    150 Km

    4 Oktober 2009

    Bermalam/Bermula di UiTM Terengganu

    3.

    Peringkat Ketiga

    UiTM Perlis (Arau) – UiTM Kedah (Merbok) –

    150 Km

    6 Oktober 2009

    Bermalam/Bermula di UiTM Perlis

    4.

    Peringkat Keempat

    UiTM Pulau Pinang (Permatang Pauh) – UiTM Perak (Sri Iskandar)

    150 Km

    7 Oktober 2009

    Bermalam/Bermula di UiTM Pulau Pinang

    5.

    Peringkat Kelima

    UiTM Shah Alam – UiTM Negeri Sembilan – UiTM Melaka (Lendu)

    150 Km

    8 Oktober 2009

    Bermalam/Bermula di UiTM Shah Alam

    6.

    Peringkat Keenam

    UiTM Melaka (Lendu) – UiTM Johor (Segamat)

    100 Km

    9 Oktober 2009

    Bermalam/Bermula di UiTM Melaka

    JUMLAH HARI

    7 HARI


    JARAK KAYUHAN

    870 KM




    Selepas jelajah ni, sure aku akan berhempas pulas untuk menyiapkan kerja-kerja opis yang bertangguh - exam makin hampir, persediaan belum aku siapkan lagi. Apa kata boss baru aku nanti???


    Hadiah dari Jepun

    Uzumaki Naruto

    Luqman Khair
    DOB : 8 Julai 2009



    Luqman, ayah dapat hadiah 'forehead protector' ni dari Uncle Anas, teringin ayah nak pakai. Baru ajer ayah try pakai nak bawak pergi pasar malam semalam, ibu dah mengeleng kepala. Ibu suruh ayah jalan sorang2. Takut pulak ayah jalan sorang2 di pasar malam tu, sesat ayah nanti. Ayah hadiah kan "forehead protector" lambang kekuatan Konoha ini pada Luqman, ayah rasa bila Luqman dah pandai layan kartun nanti, cerita Naruto ni tak habis lagi. Masa tu ayah pun dah segan nak berangan jadi ninja.....




    Kayuhan akan bermula...


    Aku belum ready untuk ride sejauh ini.......................

    Salam Lebaran Buat Semua



    Dugaan Ramadhan

    Bila membaca artikel "Andai Ini Ramadhan Terakhir" yang aku ambil di masjid dulu, hati bertekad untuk menjadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik dalam hidup. Namun untuk melaksanakannya bukanlah semudah memasang niat-perlu ada kesungguhan dan mampu mengatasi halangan dan kekangan. Insaf pada lidah tak memberi apa-apa makna pun. Tinggal 4 hari lagi Ramadhan, aku perlu merebut peluang yang ada-andai ini Ramadhan yang terakhir.

    Kerja di office memang memeningkan kepala-kalau dulu aku mampu bagi full commitment terhadap kerja, bila bekeluarga komitment dah berkurang, perlu ada masa untuk keluarga. Sebelah malam bukan lagi masa untuk menaip minit mesyuarat atau siapkan proposal, tapi masa untuk melayan kerenah Luqman. Belum lagi semester hadapan, kelas aku bermula 6-10 malam setiap weekday-aku perlu pandai bahagi masa. MTB mungkin aku korbankan.

    Hidup ini satu pilihan dan aku yang menetapkannya.






    Tempat Baru

    Dari rumah ke UiTM Segamat kira-kira 12km dan perjalanan mengambil masa kurang dari 20 minit. Selalunya aku akan sampai tepat pada masa jika keluar rumah jam 7.30 pagi - kecuali hari luar biasa yang mana keretapi lalu tidak mengikut jadual biasa. Sesak sikit untuk keluar ke jalan utama. 4 tahun aku melalui perkara yang sama dan hari ini aku memulakan suatu yang baru.
    Bersambung....

    Mohon Undur Diri

    Hari ini merupakan hari terakhir aku menjadi warga UiTM Segamat-ketika aku mula mengetuk huruf di keyboard tadi jam telah melepasi waktu kerja. Perasaan bercampur-campur dan tak terluah. Aku masih belum bersedia meninggalkan bumi Segamat ini - minggu depan selepas melapor diri di UiTM Alamanda Petaling Jaya aku pasti akan kembali ke sini. Mengucapkan salam-salam perpisahan untuk semua yang telah menjadi keluarga aku di sini.

    Busyro = Berita Gembira

    Alhamdulillah syukur yang tak terhingga bila mendapat panggilan telefon dari Bahagian Penjawatan UiTM Shah Alam semalam. "Kami dalam proses sediakan surat pertukaran encik, so kami perlukan salinan surat permohonan!". Jika tiada aral melintang 1 September 2009 aku akan lapor diri di UiTM Kampus Alamanda Petaling Jaya.

    Empat tahun di UiTM Kampus Segamat bukanlah masa yang panjang tetapi pengisian masa ini akan menjadi kenangan sepanjang hayat. 3 Mei 2005 aku jejakkan kaki di sini tanpa sebarang pedoman-apa yang bakal aku hadapi dalam karier dan perjalanan hidup.

    Berat nak tinggalkan Segamat-rasa serasi dengan persekitaran dan manusia di sini. Malam ini aku perlu buat karangan panjang (beserta pantun) untuk ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara lansung dan tidak dalam hidup aku di sini.


    Salam Ramadhan 1430-H

    Salam Ramadhan buat semua! Artikel ini menarik untuk dibaca - BONUS RAMADHAN -


    Kunjungan Bt Pahat Rider's

    Date : 16 August 2009
    Venue : Bukit Botak Jementah
    Riders : Bt Pahat & Segamat



    Tiada PCC untuk tahun ni-so decide untuk arrange short ride santai bersama-sama rider dari Bt Pahat. Rider Bt Pahat memang power-bukan calang-calang rider walaupun dikhabarkan baru setahun lebih diserang virus MTB. Tidak lupa juga saudara Puyu yang mempunyai banyak kisah untuk disyairkan semasa sesi climbing-menarik minat untuk mendengarnya.

    Overall trail memang ok-dah lama aku tak kayuh sejauh ni since weekend bukan lagi masa untuk MTB. Berat badan makin bertambah dan merisaukan aku perut yang semakin maju ke depan. Selepas raya ni akan arrange untuk ride di Putrajaya-konvoi dari Segamat dan Bt Pahat. Masa tu mungkin aku bukan lagi warga Segamat!


    Tahniah Buat Miep

    Dimaklumkan bahawa saudara Miep telah dikurniakan baby girl jam 5 lebih pagi tadi. Moga dipermudah semua perkara dan bertambah rezeki. Amin!. InsyaAllah jika tiada aral, geng2 MTB akan ziarah nanti - belum fikir apa yang hendak dihadiahkan kepada baby baru ni..

    24hrs Race


    Teruja lagi, menarik ni! Kalau takder apa2 sure aku akan join - need to form a team!

    Kitar Semula

    Bila nampak besi payung pasar malam ni terbiar di bawah rumah kat kampung, terfikir untuk modified kepada sesuatu yang boleh aku gunakan. Dah berkarat tapi masih elok struktur besinya – design besi payung ni memang sesuai untuk projek workstation aku, bike repair stand.

    Proses pertama - kaki stand ni perlu betul-betul kukuh dan boleh menampung BDM kira-kira 20kg. So semua rivet aku gantikan dengan skru. Potong besi ikut lakaran asal idea aku. Hasilnya beginilah...

    Untuk menjadikan ianya lebih " transformer " aku gunakan seatpost dan seatclamp so bike stand ni adjustable tinggi dan rendah. Seatpost ni material yang paling sesuai untuk aku sambungkan dengan plate alloy ni.


    Untuk bike holder pula aku gunakan bike holder yang ada pada bike rack aku yang dah lama tak digunakan.


    Beginilah hasilnya - ada masa nanti aku bedak kan skit dengan color silver and black tentu cun sikit.Kesimpulannya bike stand ni 100% work! Trylah...



     
    Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

    Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

    Usage Rights

    DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.