Tayar

Terpaksa membelek semula majalah WMB dan surf beberapa web site termasuk bikeradar.com untuk mendapatkan input penggunaan tayar yang sesuai. Pilihan antara Kenda (all-round tyre) dan Maxxis Cross Mark (high-speed tyre) dalam KLMTB Carnival meletakkan aku dalam dilema.Bukanlah untuk beraksi sebagai pro tetapi pemilihan tayar yang sesuai akan memberikan impak yang cukup besar dalam kayuhan nanti.Memilih antara tayar yang mempunyai grip yang baik ketika downhill atau jenis tayar yang ringan dan laju.

Kenda John Tomac Series menjadi kegemaran aku sejak sekian lama. Boleh dikatakan aku yakin berbuat apa sahaja dengannya, cukup sempurna ketika melayan downhill, switchbacks dan Flatturns yang mempunyai banyak obstacle.Walaubagaimanapun tiada tayar yang perfect untuk semua terrain, Kenda memakan diri bila melalui trail tanah merah terutama selepas hujan. Batu , tanah dan apa sahaja yang dilaluinya akan melekat bagaikan magnet. Kelemahan ketara kenda dan aku rasakan kurang sesuai untuk digunakan dalam race.

CrossMark dari Maxxis dicipta khas untuk Swiss XC Superhero, Christoph Sauser. Atas alasan peminat setia epic rider ini, aku gatalkan tangan membelinya bagi menggantikan Maxxis Flywieght aku yang dah rosak masa ride di Melaka dulu. Memang high-speed tyre ketika di jalan lurus tetapi hilang grip ketika fast corner atau melalui permukaan yang berakar dan berbatu.Hampir tergolek ketika cuba mempraktikkan theory Entry,Corner & Exit di Bukit Botak dua minggu lepas. Kesimpulannya aku kurang yakin untuk speeding, dengan kaki yang terikat pada clip dan musim hujan begini ianya bukanlah tayar yang sesuai digunakan.

Panaracer Fire XC Pro dan Schwalbe Racing Ralph menarik minat aku melalui review yang telah dibaca. Fast Rolling dan sesuai untuk digunakan dalam race menjadikan ianya pilihan utama top racer di seantaro dunia. Cuma wallet tak mengizinkan aku memiliki tayar ini, harga sepasang hampir sama dengan harga sepasang tayar depan kereta aku. Memang kurang sesuai....

Apa-apa pun rumusnya tetap bergantung kepada rider itu sendiri, kayuhan bertenaga akan mengerakkan bike menuju garisan penamat lebih dahulu dari rider lain tak kiralah menggunakan tayar keretapi sekalipun. Aku nanti akan menenangkan hati dengan quote :-
" winning isn't about getting ahead of others but it is about getting a head of yourself " (pinjam quote dari Chan NXT ) bila ditinggal jauh oleh rider dalam race tu nanti.



Taman Cabaran Putrajaya

Bertambah lebar senyum aku selepas ini bila pulang menemui isteri di Putrajaya. Senyuman terukir semasa memandu pulang sudah tentu mengingatkan isteri yang menunggu dan bertambah lebar senyuman bila membayangkan trail MTB yang superb terletak 10 minit dari rumah precint 18.

Semalam aku berpeluang bertemu Don rakan blogger yang menceroboh Taman Cabaran Putrajaya minggu lepas. Cerita yang ditulisnya cepat merebak sampai ke pengetahuan para MTB Biker's dan hasilnya taman ini sesak diserbu walaupun proses pembinaan trail masih berjalan.

Satu lagi destinasi MTB yang superb dan dengar khabarnya trail ini lebih baik dari Bukit Kiara. Dalam kepala ini berkira-kira mengajak Akmal, Toyie n the geng untuk explore trail selepas aku race di Kiara next week. Tak sabar tu...


PTK

Alhamdulillah, walau hanya memperoleh aras III di dalam kedua-dua Ujian PTK, keputusan ini tetap mengembirakan hati. Kekangan dengan tugas harian dan urusan peribadi menghadkan masa untuk mengulangkaji skop yang agak luas, Perkhidmatan Awam secara umumnya. Itulah keputusan yang terbaik yang dapat dicapai buat masa ini. Aras III cukup untuk melayakkan diri ditemuduga bagi kenaikkan pangkat tetapi masih tidak layak untuk menerima anjakan gaji.
Pagi lagi staf telah bergosip PTK, telefon berdering bertalu-talu hanya untuk bertanyakan keputusan PTK rakan sejawat. Ada yang ceria beroleh aras IV, berpeluang untuk anjakan gaji dan ada yang bermuram kerana masih lagi berada di takuk lama walau sudah menduduki PTK kali yang ke-tujuh.
Setiap pekerjaan yang dilakukan perlu ada satu bentuk penilaian untuk mengukur sejauh mana tahap yang telah dicapai. Penjawat awam yang mana pengkhususan kerja dipraktikan pastinya perlu diukur setiap masa bagi mencapai indeks KPI yang telah ditetapkan.
Soal bagaimana untuk mengukur tahap tersebut masih lagi diperdebatkan hingga kini, ada pihak yang semahunya melihat sistem PTK ini dimansuhkan dan ada pihak yang menegakkan keberkesanan sistem ini. Menganggap ianya yang terbaik untuk menilai tahap kecekapan penjawat awam. Berlawanan pula menganggap ianya satu beban dan penghalang untuk mendapat ganjaran dari majikan sedangkan usia perkhidmatan melebihi separuh umurnya.
Bagi yang bersemangat untuk mengambil PTK semula, akan menimbulkan fenomena Ulat Buku di dalam Bahagian atau Jabatan. Mereka ini akan memberikan masa yang lebih kepada mengulangkaji skop PTK dari menumpukan kepada tugas hakiki. Ulat Buku ini menjadi semakin aggresif dan tertekan untuk lulus dengan cemerlang. 8 jam masa di pejabat adalah masa yang damai untuk mengulangkaji, terlepas dari kerenah anak-anak di rumah. Mungkin...



KLMTB Carnival 2008-Training

Kurang 10 hari lagi KLMTB akan diadakan dan aku telah mendaftar sebagai racer untuk katogeri kedua walaupun niat asal untuk bertanding dalam katogeri Elite. Hahahaaha! Kononnya nak mencabar Bandi dari Indonesia yang sudah tiga tahun bergelar juara bertahan. Setelah diri di muhasabah, akhirnya sedar kekurangan diri.....

Dalam seminggu ni aku pastikan habis waktu kerja aku akan berada di gym untuk work-out sejam-dua, target untuk masuk final dan yang penting aku tak tertinggal jauh di belakang. As a weekend rider macam aku ini, memang tak punyai banyak masa untuk berkayuh dan sudah tentu dari ukuran stamina aku tak tertanding dengan rider yang akan join race itu nanti.


....................................

Exam

Semalam (18/11/2008) berakhirlah exam untuk semester ini. Alhamdullillah exam berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan dan nampaknya Bob, pengganti aku cepat belajar dan mampu menguruskan exam dengan lebih baik. Semester yang terakhir aku terlibat di dalam exam dan selepas ini tanggungjawab aku lebih tertumpu kepada admin sahaja, tukar bidang tugas.

Minggu ini memang sibuk bagi semua pensyarah untuk menanda kertas jawapan pelajar, tarikh akhir yang diberikan untuk menghantar markah pada 24/11/2008, lebih kurang 6 hari dari tarikh peperiksaan yang terakhir, extra satu hari berbanding semester lepas. Banyak masa untuk mereka pastikan semua markah dimasuk dengan betul dan begitu juga dengan staf HEA ada masa untuk key-in markah dengan teratur.

Aku cuma berharap agar pengurusan exam kali ini berjaya mendapat zero defect. Harapan ini aku asaskan dengan persediaan dari awal semester dulu (belajar dari kesilapan) dan moga ianya diperkenankan. Ada masa terkeliru, semua yang dilakukan ini untuk apa? Kepuasan diri atau aku benar-benar memikul tanggungjawab? Apa yang drive aku?




Audit ISO (10-12/11/08)

Audit selalunya menimbulkan migrain di kepala bila auditor bertanyakan soalan-soalan yang cukup provocative. Ada ketika sikap defensive diperlukan dan selalunya perlu menerima kritikan semasa berlansungnya temubual. Bermula hari Isnin sehingga semalam pihak Llyods telah menjalankan audit untuk memperbaharui persijilan ISO 9001:2000 bagi proses dan prosedur kerja yang diamalkan di UiTM Johor. Selaku penulis dokumen dan terlibat secara lansung di dalam proses Hal Ehwal Akademik, aku tidak terkecuali dari menerima kunjungan pihak llyods. Berbanding tahun 2005 ketika mula-mula memperolehi persijilan ISO, tahun ini aku agak yakin menjawab segala soalan yang dikemukakan. Mungkin proses yang didokumenkan itu telah menjadi amalan aku selama 3 tahun ini .Walaupun terdapat serba sedikit kekurangan semasa perbentangan penemuan, ianya tidak menjejaskan pembaharuan sijil ISO. Tahniah untuk semua warga kerja ISO UiTM Johor atas usaha keras selama ini di dalam mencapai mutu kerja yang terbaik.

ISO cukup mudah; buat apa yang didokumenkan tetapi apa yang didokumenkan itu tidak semestinya perfect dan cabarannya adalah mencari yang terbaik.....



Rohani Jangga

Namanya cukup mudah diingat, bukan kerana keunikan padanannya tetapi atas sifat yang telah membentuk perwatakannya. Rohani Jangga dikenali di UiTM Johor atas keperibadian yang tinggi, energetic dan bertanggungjawab terutama di dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan kepadanya. Melepasi 20 tahun usia bersama UiTM Johor sebagai pentadbir, Rohani telah mengembangkan kariernya dan kini bergelar seorang pensyarah.Pendakian kerjaya yang bukan mudah untuk dicapai andai tiada niat,tekad dan usaha yang kuat. Sekalung tahniah untuk Puan Rohani dari kami di HEA.

Menerima cenderahati daripada Timbalan Pengarah HEA di dalam majlis sambutan hari raya peringkat HEA pada 22 Oktober 2008.


KLMTB Carnival 2008

ASTRO, MAXIS and TANJONG bring to you once again the KL Mountain Bike Carnival 2008 - In its 6th year running - the KLMBC promises to be even more thrilling, this November.

Book these dates in your calendar....

29th NOVEMBER 2008 - Registration & Heats
30th NOVEMBER 2008 - Heats & Finals

More Info At : http://www.klmtbcarnival.com.my/cms2/





 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.