Hari ini aku dihadiahkan dua buah buku oleh ibu seorang pelajar yang akan berpindah kampus ke Shah Alam. Pada mulanya aku menolak tapi dia begitu bersungguh-sungguh untuk aku menerimanya. Tanpa melihat tajuk buku tersebut, aku mencapai pemberiannya lantas mengiringi beliau menghala ke pintu keluar pejabat. Wajahnya ceria dan pertuturannya petah sekali menceritakan perasaan anaknya yang diluluskan bertukar ke Shah Alam. Pesannya, ' baca buku tu yer, jangan tak baca pulak!', seperti biasa aku tersenyum sahaja.
Syafaat Penyelamat Umat Di Akhirat dan Amalan & Ibadat Seharian, buku yang aku terima. Akan aku baca nanti rezeki yang tidak terduga ini. Aku pernah hadiahkan sebuah buku genre sebegini kepada seseorang bulan lepas dan hari ini aku mendapat 2 buah sebagai balasan, perkiraan hidup aku......

1 comment:
En Khalid
Kalau orang hadiahkan buku, jangan tolak...kalau dah habis baca, hadiahkan buku tu pada orang lain pulak, pada Kak Ani ke sebagai contoh terdekat...
Insyallah, ilmu yang ada pada buku tu akan sampai dan terus sampai ke pengetahuan orang lain...
Kak Ani Law
Post a Comment