Tengok staff yang kerja malam ni, especially dua orang kanan yang terlalu banyak bekorban masa untuk menyempurnakan jihad kerja terasa kagum dalam hati. Dua orang ini bukan nya berkhidmat setahun dua tetapi sudah menjangkau puluhan tahun dan masih mampu mengekalkan produktiviti kerja. Belum lagi staff sokongan lain yang ada bersama malam ini dan jika dihurai seorang demi seorang perwatakan kerja mereka ini sudah pastinya mereka jauh mengatasi aku dari pelbagai segi.
Dari tadi aku hanya mundar-mandir kerana peranan aku malam ini hanyalah sebagai kaunter pertanyaan sahaja. Lagipun malam ini malam malas aku, malas nak siapkan laporan exam untuk boss bentangkan hari jumaat ini dan malas untuk selesaikan masalah gred exam pelajar.
Jatuh bangunnya HEA Johor ini banyak bergantung pada mereka ini dan watak aku cukup kecil sekali, tabik hormat untuk semua!!!
No comments:
Post a Comment