Bukit Botak Layan DownHill



Problem nak upload video di pinkbike as suggested by Mr Don due to filtered by webmaster. Takder broadband sendiri di rumah dan nak pergi CC malas lah pulak. So i'm not sure result upload camner hopefully dapat share dengan kawan-kawan esp Miep yang belum xplore Bukit Botak sepenuhnya. Video ni panjang sikit dan honestly nampak boring tapi experience layan DH tu takkan boring.........jomlah try!

*Miep kalau tak boleh try dis link.
http://canopus367.multiply.com/video/item/2


Kerja Malam


Tengok staff yang kerja malam ni, especially dua orang kanan yang terlalu banyak bekorban masa untuk menyempurnakan jihad kerja terasa kagum dalam hati. Dua orang ini bukan nya berkhidmat setahun dua tetapi sudah menjangkau puluhan tahun dan masih mampu mengekalkan produktiviti kerja. Belum lagi staff sokongan lain yang ada bersama malam ini dan jika dihurai seorang demi seorang perwatakan kerja mereka ini sudah pastinya mereka jauh mengatasi aku dari pelbagai segi.

Dari tadi aku hanya mundar-mandir kerana peranan aku malam ini hanyalah sebagai kaunter pertanyaan sahaja. Lagipun malam ini malam malas aku, malas nak siapkan laporan exam untuk boss bentangkan hari jumaat ini dan malas untuk selesaikan masalah gred exam pelajar.

Jatuh bangunnya HEA Johor ini banyak bergantung pada mereka ini dan watak aku cukup kecil sekali, tabik hormat untuk semua!!!



RVL For Merida

RS RVL 07

Jauh lebih laju dan smooth jika dibandingkan dengan my old manitou bila layan downhill terutama melalui rock garden di trail kesukaan aku, Bukit Botak. Aku akui, memang jakun dan terpaksa mendapat nasihat dari pakar "Mr Don" untuk setting air pressure RVL ni dan terpaksa buat beberapa experiment untuk dapatkan setting yang sesuai dengan my riding style. Walaupun dah lama di alam MTB tapi untuk membazirkan ribuan-ribuan ke basikal ni aku selalunya fikir banyak kali, selalunya apa yang kita idamkan tu will always be underused. Lagipun memang kurang berkemampuan, kerja gomen..monthly salary maa...

Dengan Manitou dulu aku berani nak terjun sana sini tapi dengan RVL ni aku jadi takut, takut tercalar or rosak....emmmmm! Maknanya untuk 2-3 bulan ni aku sure RVL tu aku pampert betul-betul, but after that aku sure RVL tu terus dilenjan!

Thanks to the nice guy Mr @Mike who give me chance to enjoyed this feeling........



Kayuhan Jati Diri 2008

KAYUHAN JATI DIRI Jamborees are off-road cycling adventure weekends that bring together the outdoors, down-to-earth people, and their MTB. All these excitement will be happen in Kuala Kangsar on 29 Jun 2008 (Sunday). Meeting point will be at Laman Budaya. Many goodies & Lucky Draw to give away! There will also be an exhibition from Sultan Azlan Shah Gallery, AADK, Jabatan Belia, Kementerian Kesihatan & some booths selling bicycle items and many more...

Satu lagi acara untuk menyeksakan tulang belulang dan gathering dengan members MTB's especially Akmal yang dah lama tak ride sama-sama. Along with Zuraidi nanti tentunya bertambah novel hidup Mountain Biking untuk tahun 2008 dan more bigger event to come.



Frust

Kayuhan Frust
Date : 17 May 2008
Time : 5.00 pm
Location : UiTM Trail
Dis Travel : 11.05 km
Members : Farok n Me

Aku namakan kayuhan frust kerana plan asal untuk berkayuh ramai-ramai terpaksa di kansel last minit. Frust juga bila kerja opis yang sepatutnya siap dalam satu hari di drag sampai 2-3 hari dan plan untuk bercuti di kampung terpaksa di kansel lagi. Mintak ampun mak & abah!!


Lalang......baiknya kalau kawasan ini dijadikan kawasan padi huma........

Basic technique MTB " BunnyHops"

Lepas ride dan masuk semula kawasan UiTM menatang tu aku nampak di foyer Gym! Hehehee...masa untuk mempraktikan hikmat-hikmat yang aku pelajari dulu!

Aku namakan jurus ni Jurus Pemecah Dada Isis dan gunanya bila sistem isis dan wolfgang hang, lakukan jurus ini pada monitor komputer anda. Jurus ini jurus terlarang tapi boleh dipraktikan bila keadaan terdesak. Risiko tanggung sendiri.

Jurus ini hanya boleh dipraktikan oleh mereka yang berketurunan Uchiha sahaja. Kelihatan di gambar Farok memperagakan Hikmat Sharingan!

Sistem

Automation Error...sampai bila agaknya masalah sistem isis n wolgang nak selesai? Semua pengguna sistem rasanya tengah berhempas pulas sekarang ini berperang minda dengan sistem yang kerapkali korup. Janji sudah ditaburkan kepada Koordinator dan Koordinator Program untuk menghantar First Run Result pada mereka hari Ahad ni nampak gayanya terpaksalah extend sampai hari Selasa (20/5/08) dan juga bermakna hari Isnin terpaksa datang kerja.




Hari Terakhir Exam

YAHOOOOOOOOOOOOOO!!!!!

Khidmat Cemerlang

Bermula bulan mei ini aku bercadang untuk mengiktiraf staf yang menunjukkan khidmat cemerlang mengikut tema kerja yang dipilih pada setiap bulan. Musim peperiksaan ini tema yang paling sesuai dan bertepatan adalah “Work Smart” memandangkan bebanan kerja bertambah dari bulan yang biasa. Pemilihan staf pula aku akan berbincang dengan Boss dan dua orang EO supaya staff yang dipilih menepati kriteria yang ditetapkan. Pengiktirafan ini tidak lain bertujuan untuk mewujudkan persaingan sihat diantara staf Bhgn HEA agar kencenderungan untuk meningkatkan mutu kerja itu semakin menyerlah.

Didampingi staf BHEA yang berjihad dalam kerjaya membuatkan proses pemilihan staf terbaik bulanan akan sukar tetapi tetap wujud yang terbaik diantara yang terbaik. Ironinya hikmah itu yang dicari.



Lagi 5 Hari........

Aku dah mengira saat dah ni..lagi 5 hari lagi exam akan habis dan lepas tu terpaksa bertungkus lumus untuk siapkan proses pemarkahan untuk disahkan pada 23 Mei 2008. Merdeka sekejap dan bertungkus-lumus semula untuk handle Kuliah Intersesi. Rotation hidup aku ni dah macam pusingan kenda nevegal.Bila Uphill, sekali kayuh satu pusingan jer dia bergerak tapi bila Downhill tak pedal pun dia ligat berpusing. Ada sinonim tak? kalau takder pun takperlah, cuma...ada masa kerja yang aku buat cukup mudah disempurnakan tapi selalunya memang payah, Uphill jer memanjang.....

P.Ramlee dan Nujum Pak Belalang

Tergelak bila tengok attachment e-mail, keratan video cerita "Pendekar Bujang Lapok". Scene 3 sahabat membaca papan tanda "Sekolah Umum Buta Huruf". Natural dialog yang ditutur oleh Sudin itu rupanya ditafsir oleh "pakar" dari satu dimensi yang terlalu berbeza. Mungkin pakar ini juga pakar dalam "outside the box" dan mereka ini selalunya kreatif.

Pernah membuat assignment theory & appreciation cerita P. Ramlee dulu dan watak serta dialog telah diciptakan unsur ke dalamnya.

Empire Strike Back

Darth Vader has returned to rules the galaxy. No need to note where he was or whence he came, only to know that….he was the legend of free riding!!!!


“You still have your skill, but your power fades. Prepare to meet the force, Obi-wan”


Ahli baru MTB di Segamat dan kalau diukur dari fork yang dia pakai ni memang dare devil lah buat jump and drop ni. Planet asal dari Pasir Gudang, baru landing ke Segamat cari tapak baru untuk conquered, amat dialukan bagi memeriahkan lagi acara bikin trail yang tertangguh sekian lama. XC rider VS Free Rider and shall the battle begin………




 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.