Memang cepat anak pokok tumbuh menutup laluan double track di Trail UiTM ni. Tak sampai sebulan rasanya, dah naik pokok esspecially pokok akasia. Terkilan juga bila projek ni terbengkalai, berpuluh ribu dah dibelanjakan tapi membazir begitu sahaja. Kalau diteruskan mungkin ramai yang akan dapat manfaat. Agaknya kalau aku n geng tak gunakan trail ni dah lama jalan ni ditutupi semak samun.
Aku start kayuh tepat pukul 6. Cuaca redup sikit tapi tak menyekat kemaruk aku yang dah lama tersimpan. Pada mula aku malas nak masuk single track yang aku bikin, bukan apa dalam tu gelap, lagipun aku kayuh sorang-sorang. Entah mana datangnya idea bodoh aku teruskan juga. Masuk ajer dalam hutan tu, cuaca seolah-olah menjadi semakin gelap, naik seram aku. Apa lagi..aku terus pecut ler bior cepat sampai ke jalan utama. Tapi banyak kali aku terpaksa stop untuk alihkan kayu yang menghalang laluan.Setiap kali aku berhenti ada perasaan lain yang timbul.... Terasa suasana makin sunyi dan tak pernah pulak aku rasa seram n takut macam ni. Sebenarnya dah banyak kali aku kayuh sorang, time camni gak....
Aku no komen..sebab esok aku nak masuk lagi tempat tu........simpan dalam hati ajerlah apa yang jadi.
Trail tu 1 km ajer, bila keluar ke main trail cuaca memang mendung, jam pun baru 6.25, tapi taklah gelap macam aku lalu tadi. Aku teruskan kayuh n first time aku terserempak dengan geng-geng ayam hutan yang tengah melepak. Ramai sungguh!Bila depa terperanjat, terus terbang atas kepala aku dari kiri dan kanan dan tak dapat nak kira berapa ekor semuanya.Terasa kibasan angin dari kepak ayam ni...Kalau ada pump gun or Uzi's tadi, berlauk ayam hutan lah aku malam ni. Tapi berani ker aku nak menembaknya......
Aku completekan loop sejauh 8km, berjaya gak aku sampai ke kereta before pukul 7. Best bila dapat keluar peluh..dan esok aku kayuh lagi...bukan khamis malam jumaat, tapi jumaat malam sabtu.....

No comments:
Post a Comment