Sayonara Mr Haro

Mr Haro 2007-2008
Almost a year now we’ve been through a wonderful ride together and dah sampai masanya Mr Haro, to say “Sayonara” to you. Berat rasanya to let you go but our destiny ended here. “Gambate” you will maneuver other dare devil to conquered a new earth face with different style of riding. Sayonara!!!

Andai Ku Tahu - UNGU

Andai Ku Tahu

Intro : A

A
Andai ku tahu
Bm
Kapan tiba ajalku
E
Ku akan memohon
A
Tuhan tolong panjangkan umurku

A
Andai ku tahu
Bm
Kapan tiba masaku
E
Ku akan memohon
A
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Chorus:
A Bm
Aku takut akan semua dosa-dosa ku
E A
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Intro : A Bm E A

A
Andai ku tahu
Bm
Malaikat-Mu kan menjemputku
E
Izinkan aku
A
Mengucap kata taubat pada-Mu

Chorus II:
A Bm
Aku takut akan semua dosa-dosa ku
E A
Aku takut dosa yang terus membayangiku

A Bm
Ampuni aku dari segala dosa-dosa ku
E A
Ampuni aku menangisku bertaubat pada-Mu

Bridge:
F#m Bm E A
Aku manusia yang takut neraka
F#m Bm E
Namun aku juga tak pantas di surga

A
Andai ku tahu
Bm
Kapan tiba ajalku
E
Izinkan aku
A
Mengucap kata taubat pada-Mu

Chorus II


Buah Ciku

Pokok Ciku merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ciku banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ciku atau nama saintifiknya Achras sapota L adalah dari genus Achras dalam famili sapotaceae. Seperti buah betik, ciku juga dipercayai berasal dari Amerika Tropika. Ciku merupakan buah jenis klimaterik dan dikenali dengan pelbagai jenis nama mengikut tempat. Misalnya ciku dikenali sebagai ‘sapodilla’ di United Kingdom, ‘chico’ di Mexico dan ‘naspero’ di Venezuela.

Pokok ciku merupakan tumbuhan tropika hijau yang boleh mencapai ketinggian di antara 10-30 meter. Pokok ciku berbuah sepanjang tahun tetapi penghasilannya adalah tidak seragam. Buah ciku pada amnya berbentuk bujur dimana diameternya di antara 5-9 cm dan beratnya di antara 75-250 gm. Faktor-faktor utama penentu gred dan jenis sesuatu buah ciku ialah bentuk, saiz, warna isi dan citarasanya. Di Malaysia, varieti ciku yang boleh didapati ialah Jantung, Betawi, Pasir dan Subang.

Buah ciku pada amnya mengambil masa di antara 6-8 bulan dari tempoh berbunga untuk mencapai kematangan. Walau bagaimanapun, ciku yang dipetik selepas 7 bulan berbunga adalah lebih besar dan manis.

Buah ciku juga boleh dibuat jem, jus, kepingan ciku kering dan ditinkan dalam bentuk kepingan untuk membuat sherbet dan kandi. Selain itu, ciku juga boleh digunakan sebagai bahan mentah dalam industri pektin, glukosa dan jeli. Di negara lain seperti Amerika Latin, pokok ciku digunakan untuk mengekstrak ‘chicle gum’.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ciku


Aku Sedar, tapi...........

Aku tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh dua orang yang selalu aku ikuti perkembangannya. Pertama, “ menukarkan kelazatan hiburan dunia kepada kelazatan beribadah” dan kedua “ bertanggungjawab kepada Tuhan dan pastinya akan bertanggungjawab kepada manusia”.

Dua madah yang membawa pengertian yang besar, aku sedar maksud yang dibawa tapi……………..

Thank You Mr Nice Guy

Kalau semua riders berfikiran like Mr Azizi a.k.a Mr Mike supporting each others tentu lebih ceria dunia MTB ni n thanks again....I'm not install dat RVL yet but it's accompany me in my bed last night :).

Examination Week (21 April – 11 May 2008)

“Mengapa setiap kali Peperiksaan ada sahaja procedure yang berubah ni? Tak boleh ke stick dengan proses yang lama?”.

Semester yang sebelum ini pun aku mendengar soalan yang sama dan kali ni soalan tersebut aku biarkan tanpa berjawab. Bukan apa, lambat laun jawapan akan datang kepada orang yang bertanya. Di dalam persediaan peperiksaan aku dan boss sentiasa mencari jalan terbaik untuk menyenangkan staf sendiri dan memudahkan pelanggan aku. Bukan senang untuk mengendalikan exam bilamana jumlah pelajar melebihi 5 ribu orang. Tambahan pula ada ketetapan peraturan yang harus dipatuhi, bukan main lenjan sahaja.

Ada proses yang diperbaharui mencapai matlamat, ada juga yang agak janggal dipraktikkan. Ada komen dan pendapat disalurkan dengan betul namun tidak kurang juga komen yang menipiskan cuping telinga…..

“Rumah terbakar panggil bomba, hati terbakar siapa yang tahu”

Semak

Memang cepat anak pokok tumbuh menutup laluan double track di Trail UiTM ni. Tak sampai sebulan rasanya, dah naik pokok esspecially pokok akasia. Terkilan juga bila projek ni terbengkalai, berpuluh ribu dah dibelanjakan tapi membazir begitu sahaja. Kalau diteruskan mungkin ramai yang akan dapat manfaat. Agaknya kalau aku n geng tak gunakan trail ni dah lama jalan ni ditutupi semak samun.

Aku start kayuh tepat pukul 6. Cuaca redup sikit tapi tak menyekat kemaruk aku yang dah lama tersimpan. Pada mula aku malas nak masuk single track yang aku bikin, bukan apa dalam tu gelap, lagipun aku kayuh sorang-sorang. Entah mana datangnya idea bodoh aku teruskan juga. Masuk ajer dalam hutan tu, cuaca seolah-olah menjadi semakin gelap, naik seram aku. Apa lagi..aku terus pecut ler bior cepat sampai ke jalan utama. Tapi banyak kali aku terpaksa stop untuk alihkan kayu yang menghalang laluan.Setiap kali aku berhenti ada perasaan lain yang timbul.... Terasa suasana makin sunyi dan tak pernah pulak aku rasa seram n takut macam ni. Sebenarnya dah banyak kali aku kayuh sorang, time camni gak....

Aku no komen..sebab esok aku nak masuk lagi tempat tu........simpan dalam hati ajerlah apa yang jadi.

Trail tu 1 km ajer, bila keluar ke main trail cuaca memang mendung, jam pun baru 6.25, tapi taklah gelap macam aku lalu tadi. Aku teruskan kayuh n first time aku terserempak dengan geng-geng ayam hutan yang tengah melepak. Ramai sungguh!Bila depa terperanjat, terus terbang atas kepala aku dari kiri dan kanan dan tak dapat nak kira berapa ekor semuanya.Terasa kibasan angin dari kepak ayam ni...Kalau ada pump gun or Uzi's tadi, berlauk ayam hutan lah aku malam ni. Tapi berani ker aku nak menembaknya......

Aku completekan loop sejauh 8km, berjaya gak aku sampai ke kereta before pukul 7. Best bila dapat keluar peluh..dan esok aku kayuh lagi...bukan khamis malam jumaat, tapi jumaat malam sabtu.....


Berat

Giler, balik dari kursus berat badan bertambah 3 kilo! No exercise yang ada cuma exercise mulut mengunyah makanan. Melantak tak ingat, makan 6 kali sehari masa kursus, mana tak naik badan. Breakfast di hotel jadi breakslow, selagi ada makanan terhidang, selagi itu nafsu makan menjadi-jadi. Adushhhh!

Hari esok aku plan nak kayuh after office.For sure Mr Khinzir pun dah lama tak tengok kelibat aku Lama bercuti cycling since Fellowship di Ipoh. Basikal pun aku baru servis dan ready untuk battle esok. Paling jauh pun aku boleh kayuh 5 kilo ajer esok ni, I bet it. Paling aku terkilan projek bikin trail aku dah tertangguh! Nampak gayanya memang tak sempat nak siapkan ikut schedule, extend lagi sebulan dua.

Hujung bulan 6 ada ride di Kuala Kangsar, aku belum register lagi, tapi dah tak sabar nak ride! Sempat lagi untuk aku persiapkan diri nanti, pedaling for life……


Dalam Suka Ada Duka

Pagi lagi semua staf berkumpul dan tertumpu kepada Zam yang sedang membaca isi surat yang baru diterima. Sudah aku agak apa isi kandungnya dan sejurus itu air muka kegembiraan dipamer oleh semua staf yang ada. Aku tersenyum berlalu melepasi mereka tanpa menjawab sebarang perkara yang dilontarkan. Perasaan yang timbul aku sembunyikan sedangkan tika itu hati bagaikan tertawa berkongsi kegembiraan.Aku lihat wajah Zam cukup ceria, gembira dengan kenaikan pangkat yang diterima sebagai EO di Shah Alam, rezeki kurniaan yang kedua pada tahun ini.

Selepas Mas, Zam pula akan meninggalkan HEA dengan seribu kenangan dan sekali lagi aku akan kehilangan staf yang selama ini telah meringankan hidup aku. Dalam suka itu ada duka, hakikat perpisahan pasti akan aku lalui nanti.

Penat

Sempat aku masuk bilik selepas memindahkan semua soalan ke dalam bilik kebal dan sasaran utama mata aku meninjau di tray in! Pelik, kenapa tak banyak surat masuk atau semua sudah di selesaikan oleh EO aku. Lama aku outstation, dari selatan aku singgah di barat dan kemudian menghala ke utara. Balik untuk seketika ke selatan dan sambung perjalanan ke timur. Kadangkala perasaan nakal mengatakan semua ini membuang masa sahaja. Hujung minggu dipenuhi kursus dan tiada rehat sekurangnya untuk sehari dari memikir soal kerja. Penat!

Minggu ini akan aku penuhkan semua aktiviti di pejabat untuk persediaan peperiksaan akhir pelajar yang bermula 21 April sehingga 11 Mei ini. Banyak perkara yang perlu aku rancang untuk mendapatkan zero defect atau sekurangnya tiada kesilapan besar di dalam mengendalikan peperiksaan akhir.Seperti mengatur pemain di championship manager!

Sehingga pertengahan Mei aku tak boleh bercuti, aduh penatnya macam ini. Cuti tahunan tak pernah aku usik lagi patah lagi cuti gantian yang aku dapat setiap kali kerja hari minggu. Terasa aku memesongkan tanggungjawab pada keluarga di kampung kerana kerja.Seingat aku kali terakhir aku balik pada pada PRU dulu dan itupun hanya tidur semalam di kampung, lepas mengundi terpaksa bergegas ke Segamat untuk outreach pelajar di JB.

Penat sangat hidup ini, penat kerana aku tak pandai mengatur masa. Teringat cakap arwah wan dulu, rehat yang menenangkan ialah di tikar sembahyang!Aku belum merasai apa yang dimaksudkannnya itu!




Back To Office

Banyak sungguh kerja yang terpaksa di ali baba pada orang lain untuk disiapkan tanpa dapat aku monitor. Ada kerja yang sempurna, ada juga kerja yang terlalu banyak kesilapan dan padahnya aku terpaksa mendengar rungutan dari bos. Kesilapan itu aku akui, memang berpunca dari kelemahan diri sendiri, gagal menyampai arahan yang jelas. Tak mengapalah, yang penting aku tau mana silapnya dan landasan ini akan aku perbaiki semula untuk mencapai kesempurnaan walaupun aku tahu ianya takkan mungkin tercapai, kerna kesempurnaan itu bukan milik manusia.




By: Halimunan
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.