OUT OF OFFICE

Out of office from 27 March - 7 April 2008

Kena p kursus da.....





Ipoh Fellowship Ride 08

Gambar dari blogger lain.
Tertinggal camera laa..menyesal sungguh



Complete kayuh sejauh 43km dengan catatan masa 4 jam 45 min dan berkedudukan 243/700 riders memang miracle bagi Zafifi. First time join epic ride camni dah boleh complete semua stage, that a good starting point untuk terus mengayuh.

Aku takde luck ride kali ni, baru 3km kayuh road n just enter offroad trail rantai putus! Frust dan give-up masa tu. Aku ambik masa 15 minit untuk sambung semula rantai due to kelam kabut. Nak tak nak aku teruskan kayuh n jadi semangat bila aku rasa rider kat depan aku semua slow (fellowship ride) akhirnya aku sampai ke check point 4 dengan kedudukan 51 dari keseluruhan rider. Complete dalam masa 3 jam 45 minit.

Keseluruhan memang ride ni well organized dan hadiah lucky draw memang menarik, Frame Giant yang diidamkan oleh semua rider akhirnya jatuh ke tangan rider dari Penang (kalau tak silap) dan aku hanya dapat jersey lee run le tour d Langkawi, sebagai saguhati. Untuk tahun depan memang aku takkan miss ride lagi, best giler!

Tak puas hati bila ada local rider yang gunakan short cut untuk completekan trail ni, memang betul it's not a race or competition tapi sekurang-kurang jujurlah pada diri sendiri....



Story By : Halimunan



Idola


" Siapakah Idola anda? ", terkedu aku menjawab soalan yang diajukan oleh Pn Rabiah Latif sewaktu hari pertama minggu suai kenal penolong pendaftar baru bersama Timbalan dan Pendaftar. Lama fikiran aku berlegar mencari jawabnya, " Ibu saya, Puan", jawab aku sambil menundukkan pandangan mata. Dia tersenyum dan mengarahkan aku duduk lantas mengedarkan helaian soalan yang perlu kami jawab. Soalan Fardu Ain! aku tersenyum, anak mataku mencari kawanku dari Kelantan. Nampak nya dia begitu khusyuk membelek helaian tersebut. Betullah apa yang dikhabarkan kepada aku, "Puan Rabiah ni, Islamic orangnya".

Aku mula menjawab soalan dan terhenti apabila soalan ditanyakan kepadaku sebentar tadi, ditanya kembali di dalam kertas soalan ini. Siapakah Idola Anda?, ringkas susunan ayat tetapi sukar bagi aku menjawab soalan tersebut. Tidak pernah aku meletakkan seseorang itu untuk aku contohi, kecuali sifat kasih kepada ibu aku. Nak aku menjawab tokoh politik yang aku respect tapi tak berani. Kekal dengan jawapan lafaz aku tadi.

Di dalam rumusan yang disampaikan oleh Pn Rabiah, banyak betul perkara yang dibincangkan, hinggakan pena aku tidak mampu lagi mengikuti suaranya yang semakin laju dan bersemangat. Kami semua tersenyum sendirian apabila dia menghamparkan jawapan kepada soalan idola dahulu. Katanya tiada seorang pun diantara kami yang meletakkan Rasullullah sebagai Idola, sedangkan itulah seharusnya sebagai seorang muslim. Ada diantara kami tertunduk malu, ada pula yang berbisik-bisik dan ada juga yang mendongak ke atas cuba ungkai kata-kata big boss itu. Aku tidak terkecuali dan kisah ini membuka deria aku untuk melihat sesuatu yang berlainan.

Sekiranya ditanya soalan tersebut kepada pelajar di sini, mungkin dapat meramalkan jumlah yang meletakkan Rasullullah sebagai Idola mereka.

SALAM MAULIDUR RASUL



Datang dan Pergi



Tahniah kepada Pn Mastiah di atas perlantikan jawatan baru dan semoga dengan kurniaan rezeki ini akan bertambah keberkatan hidup nanti. 2005-2008 hampir 3 tahun berkeluarga di HEA memang banyak perkara yang akan dikenang bersama, pahit dan manisnya. Exam pun makin hampir, mungkin akan tersasul memanggil nama "kak mas" nanti.


Pre Fellowship Ride

Dari Jementah ke Asahan! Ride untuk training Fellowship sejauh 53km (pergi-balik) takderlah seteruk mana, tetapi cabarannya terpaksa jadi tow truck bila seorang dari ahli majlis tertinggi "BONK" .


Ride memang menarik terasakan Gunung Ledang melambai menyambut kedatangan kami untuk bertapa di kakinya. Nak berendam ler! Panas sungguh cuaca apatah lagi bila idea giler start ride betul-betul matahari atas kepala.

Perjalanan masih jauh lagi kehadapan! Permandangan memang menenangkan jiwa. Mungkin ini salah satu sebab mengapa aku memilih mountain biking.


Gaya seorang rider yang kecundang after 25km ride.

Lepas berendam badan semakin segar tapi ada 25km lagi untuk sampai starting point. Syukur dengan insiden tow truck ni kami sampai juga di starting point betul-betul azan maghrib berkumandang. Jalan terakhir untuk membantu mangsa, call ambulan.

Location : Jementah - Asahan (Taman Negara Gunung Ledang)
Date : 16 Mac 2008
Distance : 53km
Average Speed :13.5 km
Max Speed : 63km
Members :Farok, Zafifi, Zuraidi & Me


Story by: Halimunan






Intersesi

Didatangi seorang pelajar yang mahukan aku membenarkannya mengambil Intersesi di kampus lain. Alasan yang diberikan hanya untuk membolehkan dia berjumpa dengan ayah yang telah hidup terpisah dengan ibunya. Aku terdiam, polisi tidak membenarkan untuk aku melayan permintaan ini, sedangkan terbit perasaan simpati di dalam hati. Banyak persoalan hidupnya aku ungkaikan dalam setengah jam perbualan yang diselangi dengan esakan kecil. Sebelum melangkah keluar, dia tersenyum, riaknya telah menerima apa yang aku simpulkan sebentar tadi. Alhamdulillah.

Kisahnya menceritakan kisah hidup aku yang pada suatu waktu dahulu aku juga berada di dalam bayangan duka itu.


Story by : Halimunan

Training

Cuaca tidak menentu. Tak dapat training tiap-tiap petang seperti yang dirancang untuk 45km fellowship ride di Ipoh. Seminggu more to come, tak sabar rasanya untuk menyeksa diri sendiri. Kali ini Zuraidi tak dapat nak join due to other commitment.

Main Lucky Draw

Mesti complete semua stage this time around, tekad Epy memandangkan hadiah lucky draw yang ditawarkan cukup mantap. Aku pun tergoda dengan frame Giant XTC tu. Bagi aku hadiah lucky draw cumalah bonus dan yang penting enjoyed ride tu nanti.


Story by : Halimunan

JOM MASUK U

Sehangat kempen piliharaya dan itulah gambaran kepada suasana “Booth UiTM” di dalam Program Jom Masuk U yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru. Program yang berlansung selama dua hari (9 & 10 Mac 2008) ini telah disertai oleh semua IPT dan IPTS di seluruh Malaysia untuk memberikan input kepada para pelajar khususnya pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Dianggarkan seramai 10,000 pelajar telah berkunjung ke program ini dan kaunter UiTM diantara kaunter yang popular dikunjungi.

Penuh sesak



Story by : Halimunan

Bikin Trail 4

Pukul 10.00 pagi baru start berkumpul nak buat trail, so takder ridelah weekend ni. Epy datang bawak motor then aku simpan semula bike dalam kereta tak payah ride, tapi concentrate tebas lorong lagi untuk climbing section. Stage pertama teknikal DH dah complete sejauh 500 meter dan stage kedua ni untuk climbing. Pukul 2.00 petang laluan sejauh 600 meter berjaya disiapkan. Zuraidi tukang pasang tali sepanjang laluan, kena penalti pasal datang lambat.

Projek : Bikin Trail Stage 2
Member : Aku, Epy n Zuraidi. (Farok MC sakit perut) agaknya p dating kot.

Laluan ke single track
Kat sinilah aku nak letak pintu gerbang "WELCOME TO AM BIKE PARK"


Kawasan ini paling seksa untuk di clearkan segala semak samun.

Zuraidi memasang tali disepanjang lorong yang telah ditebas.

Stage pertama teknikal DH yang telah disiapkan tapi masih banyak benda yang kena touch-up lagi.

Aku plan nak bawak mesin rumput untuk clearkan kawasan semak ni.

Rock Garden, kawasan ini aku akan clear kan, hasilnya nanti tak taulah camner.

Ramp yang sempat disiapkan sebelum balik, takut terlepas Zohor lak nanti. Belum sempat try lagi.

Aksi Bunny Hoop oleh Zuraidi.


Part ni aku tak suka, takut terbakar lak hutan tu. Halau nyamuk punya pasal satu hutan yang terbakar nanti.




Story by : Halimunan



Kawan Makan Kawan

Bila dengar cerita kawan makan kawan terasa sayu dihati.Tambahan pula si pencerita bercerita dengan mimik yang melakonkan apa yang dialami. Itulah hakikat kehidupan ini. Selain keluarga, kawan adalah sesuatu yang kita akan treasure sampai bila-bila atas budi yang telah ditaburkan. Tetapi bila kawan jadi musuh, sukar untuk diterima dan dendam mula menular dihati. Kesilapan yang dilakukan ada kala memang senang untuk kita memaafkan, seolah mencorak kata di atas pasir pantai. Bila menyentuh soal maruah, buku lima yang menerjah.

Susah untuk terima hakikat bila kawan yang dianggap saudara, mengambil kesempatan atas kekurangan sendiri, terlalu baik demi kawan. Entahlah, tak tahu nak buat keputusan, terfikir untuk memaafkan sahaja, tetapi bila melibatkan ramai pihak, ramai yang teraniaya, takkan tiada balasan dunia untuk nya.

Entahlah, mungkin perlu berserah pada takdir, Tuhan itu Maha Adil.



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.