Kek

Anniversary yang pertama pada 1 Ogos 2009 - dihadiahkan kek oleh family mertua. Tq so so much and we are really be grateful. Jauh lagi perjalanan hidup dan moga dipanjangkan umur
dan berkekalan hingga akhir hayat. Tq again my dear...


Kek dihadiahkan oleh jiran sebelah (students) untuk Luqman Khair. Gembira betul Luqman
bila dihadiahkan kek oleh aweks. Tq again n sedap cup cakes tu..


NRS 3 - XC FS Race Frame

NRS 3 (04 Model)

Model lama tapi ini sahaja yang termampu untuk dimiliki bagi mengubah selera kepada Full Susser XC. NRS - Non Resonance System agak teknikal dari teori pembuatan frame ini tapi mudah dari segi praktiknya. Setting without SAG - cuma perlu tambah pressure pada shock tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Overall frame ni tak mengecewakan mungkin boleh disamakan dengan AE86 ketika berentap dengan EVO5 di dalam Initial D kalau dibandingkan NRS dan Anthem. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Harap-harap this frame boleh tahan 2-3 tahun lagi...


Frame For Sell

Merida TFS500 + Alex Rim DP17
Price RM500 (Nego)



Penghujung Selatan

Date : 23 Julai 2009
Venue : Mesyuarat Usahasama Penyelidikan Antara UiTM Johor & Taman Negara Johor

Mercu Tanda di Pintu Masuk Tg Piai.

Mudskipper - betul atau tidak masih lagi menjadi persoalan kerana tiada kajian saintifik
mengatakan makhluk ini mampu menambahkan tenaga...


Pelantar di Hutan Paya Bakau ini memudahkan laluan pengunjung untuk menikmati keindahan.

Mercu Tanda Penghujung Selatan di Tanah Besar Asia



Program ini merupakan permulaan kepada usahasama pintar diantara UiTM Johor dan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ). Setelah bermesyuarat di Pejabat PTNJ Nusajaya, wakil dari UiTM Johor dan Pusat Bio-Diversiti telah dibawa melawat ke Taman Negara Tanjung Piai dimana lokasinya sebagai "Penghujung selatan Tanah Besar Asia" menjadi tarikan utama selain dari hutan paya bakau yang indah.

Aku dah sampai di sini dan mungkin berpeluang lagi untuk menjelajah kesemua Taman-Taman Negara Johor seperti Pulau Mersing, Pulau Rawa dan Endau Rompin. Aku semakin tertarik dengan kerja baru aku ini................


Kuning

Luqman Khair

Alhamdulillah, selepas semalaman di wad, bacaan kuning Luqman semakin menurun. Mujurlah tak sampai sehari di wad - macam-macam perasaan timbul. Memang risau kalau kuning semakin serius. So far Nurse yang datang ke rumah tadi bagi jawapan positif, sehari dua lagi kuningnya akan hilang.

Seminggu cuti yang diberi memang tak cukup terpaksa ambil cuti lagi hari Rabu sampai Jumaat ni, extra 3 hari. Banyak perkara kena selesaikan, aku yang hidup jarak jauh dengan family ni rasa berat nak balik Segamat. Luqman pula jadual aktifnya sebelah malam......


KLMTB 09

http://www.klmtbcarnival.com.my/cms2/

Last year final KLMTB aku tertinggal 10 minit lebih dari Zamzi HTR , tahun ni for sure kena struggle lebih untuk masuk final. Rider-rider makin hebat....


Orang Baru

8 Julai 2009 - 2.11 am

Alhamdulillah! menyaksikan kelahiran dia ke dunia ini begitu besar makna dalam penghayatan hidup. Syukur kepada Allah kerana dipermudah semua perkara. Amin....



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.