Putrajaya Solo Ride

Date : 23 January 2008
Venue : Putrajaya Challenge Park





Meet Ober n his gang





Mr Mike n Mr Nawab
"Pi Mai Pi Mai Tang Tu"
Bought RVL from him last year!


Mr Mike New Ride
Full XT Setup


Solute U la Bro!!!! Big Jump




Salam Maal Hijrah 1430-H

Persoalan aku mudah dan mudah juga jawabnya, Maal Hijrah atau Masihi sambutan mana yang diutamakan?

Maal Hijrah 1430-H disambut dengan penuh keinsafan di Masjid dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun dan di akhiri dengan bacaan doa awal tahun. Syahdu rasa apabila imam membaca doa di dalam bahasa yang aku fahami dan membangkitkan perasaan untuk mengubah diri.

Ketika ini aku sedang menyaksikan siaran lansung sambutan tahun baru 2009, sambutan di dataran bersejarah, meriahnya dan kemeriahan memang mencerminkan Malaysia yang berbilang agama. Langit di corak dengan warna-warni percikan bunga api, diselangi lagu yang menggerakkan khalayak untuk beralun mengikut rentaknya. Memang hebat sambutan dan aku tak tahu bila penamatnya!

Cukup di sini sahaja dan selebihnya aku sembunyikan dalam hati untuk diungkaikan yang mana patut diutamakan antara Hijrah dan Masihi. Sambung menaip minit mesyuarat untuk meeting hari Jumaat ni.

Salam Maal-Hijrah 1430-H, moga percaturan hidup untuk kebaikan akan dipermudah. Amin.




Gian

Sebelum keluar kerja pagi tadi aku dok jeling bike aku yang dah lama tak disentuh. Terpanggil aku untuk menghampirinya, lantas mengusapnya lembut, tangan aku bergerak tanpa diarah memegang pedal lalu memusingkannya perlahan dan rentaknya bertambah laju. Anak mata aku terikut-ikut pusingan Maxxis yang berputar, fikiran terbang melayang membayangkan crowd di Taiping yang bakal memulakan kayuhan. Aduh, jelousnya pada member yang tengah tersenyum berpossing bangga dengan bike masing-masing.

Jeritan wife aku yang comel membenam anganku, aduh, potong stim betul lah........" Kanda!!!! dah lambat dah ni, cakap nak gi opis kul 8!!!!. OK,OK!! jawabku dengan suara yang lunak.

Aduhh..giannya aku nak ride.....................

Taklimat

Baru habis menyampaikan Taklimat mewakili Timbalan Pengarah HEA kepada pelajar baru di Pusat Islam. Alhamdulillah, public speaking aku kali ini agak sempurna, mungkin kerana suasana Rumah Allah membuatkan hati cukup tenang menyampaikan pesanan dan amanat di dalam majlis ilmu ini. Hilang perasan gemuruh, rasa masa 2 jam yang diberikan begitu singkat sedangkan masih banyak perkara yang ingin aku sampaikan. Nilai hari ini aku cari.....

Item For Sell



This pedal will be 50% off from the market price.


Kayuhan Warisan Taiping 2008


Sorry, Akmal! Memang tak dapat follow ride di Taiping 28 Disember 2008 ni. Sudah register dan perancangan awal memang nak pergi tapi terpaksa beri komitmen kepada kerja. Pendaftaran Pelajar Baru sesi Disember 2008 akan bermula pada 26-31 Disember 2008 dan selama 2-3 hari tu aku perlu berada di office. Terlepas acara penutup ride untuk tahun 2008 tapi takperlah more to come for next year event.

Test

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.