SR Suntour Services Guide

Jadual Servis Sr Suntour

1. Axon
2. Epicon
3. Raidon



Jangkamasa servis


Part yang perlu ditukar



Rock Shock RVL Service

Rock Shock Revelation
426 Air U-Turn 130-100

Oil Chart
1. Damper - 114 ml (5wt)
2. Air Spring - 6 ml (15wt)
3. Lower Leg Right - 15 ml (15wt)
4. Lower Leg Left - 15 ml (15wt)

Proses Service

1. Lower Leg Removal


Fork ini tidak diservis dalam jangkamasa yang agak lama. Minyak fork telah kering menyebabkan air dan karat berkumpul. Sram menetapkan semua fork keluaran Rock Shock diservis setelah 100 jam ride atau setahun 2 kali.

2. Damper Service
Seal dan O-Ring ditukar baru.

3. Air Spring Service
Seal dan O-Ring ditukar baru.

4. Lower Leg Installation
Let's Rocking the Shock....


SRAM menggunakan minyak Fork Maxima cuma label pada botolnya sahaja yang berbeza. Minyak yang terbaik memberikan feel yang berbeza.




Service Charge (New Oil + New Seal/O-Ring + Cleaning + Air / Damper Setting) RM80 .



Giant NRS3- Shock Service

Giant NRS3- Shock Service

Rujukan : http://www.chetwynd.info/mtb/giant_nrs_shock_rebuild.htm

Peralatan diperlukan
1. 5 mm Allen Key
2. 22mm spanner
3. 30ml fork oil (tak sure)
4. Grease
5. Pin


Mudah diselenggara



Tidak pernah diservis-mujurlah seal masih boleh digunakan.


Setelah dicuci-mengambil masa kurang dari satu jam untuk
disiapkan. Cukup mudah.



to be update...later

Spinner Aeris 320-100 - Service Manual

How to service/overhaul Spinner Aeris 320-100

Peralatan Diperlukan

1. Allen key - 6mm & 2.5mm
2. Spanar 23mm & 25mm
3. Fork Oil-10w (30ml)
4. Fork Pump
5. Grease


Tidak dapat aku perincikan di sini bagaimana untuk service Spinner 320-100 (belum ada masa) - sekiranya memerlukan service manual yang lengkap sila email pada aku at muham934@salam.uitm.edu.my



Hampir siap dibaraikan..



Siap dipasang-20-30 minit full service.



Aku sarankan supaya bahagian ini dibuka dan dibersihkan bagi memastikan
clip tidak berkarat. Surprised me bila kedua-dua fork yang aku service clipnya berkarat .
Jika dibiarkan boleh menyebabkan knob tercabut.



Main atau Kayuh Basikal ???




Bike untuk dilenjan bukan untuk Display Only
Gambar Penyeri



Main Basikal atau Kayuh Basikal

“ Apa benda yang Awie cakap kat ko tadi ?, tak faham aku ”, cetus Naza membuka bicara sewaktu aku terkebil-kebil menunggu Mee Bandung yang dipesan sampai ke meja. Epy pula sedang ralit membelek-belek barang yang dibeli. Rutin yang biasa selepas menjamu mata dan menambahkan pelaburan di kedai Awie aku mesti singgah di kedai mee bandung yang agak popular di Muar sebelum balik ke Segamat.

“ Awie cakap tadi customers dia ada dua jenis, Main Basikal dan Kayuh Basikal. Dia suka yang Main Basikal sebab sebulan 2-3 kali mesti datang kedai dia tukar barang “ kata aku menjawab pertanyaan Naza. Aku terus mengulas apa yang aku fahami semasa mendengar celoteh dari Awie, perbualan aku dengan Naza menarik perhatian Epy untuk turut serta sambil menikmati makan malam orang bujang - diselangi gelak tawa apabila contoh yang aku berikan mirip kepada seseorang.. Cerita ini berakhir apabila sampai di Segamat.

Malam semalam sewaktu aku dan assistant tengah mengservis bearing pivot NRS aku teringat cerita lama ni. Mungkin boleh berkongsi pendapat seorang tauke basikal yang cukup faham dengan perangai pelanggan-pelanggan tetapnya.


Main Basikal

Rider dalam category ni lebih bernafsu untuk upgrade part bike dari berkayuh. Memiliki part bike yang latest dan high end adalah kepuasan utama dan tidak kisah membelanjakan duit yang banyak kerana di dalam kepalanya sentiasa ada perkataan UPGRADE. Peratusnya adalah paling tinggi dalam masyarakat berbasikal.

Mereka juga mempunyai pengetahuan yang cukup luas di dalam dunia basikal terutama berkaitan produk-produk yang terkini di pasaran. Hubungan mereka dengan tauke-tauke kedai basikal amat akrab sekali dah macam abang dan adik.


Kayuh Basikal

Rider dalam category ini kita boleh lihat jelas pada basikalnya. Frame penuh kesan calar-calar dan part yang digunakan terutama drive terrain dilenjan sepenuhnya. Mengayuh basikal adalah kepuasan utama dan mereka ini selalunya cuba untuk berada di dalam kelompok top 100 di dalam mana-mana jamboree atau event. Group set yang mereka gunakan selalunya entry dan medium level sahaja kerana mereka lebih memahami konsep wear-and-tear.


Main & Kayuh Basikal

Category ini agak kurang jumlahnya di dalam masyarakat berbasikal. Mungkin lebih kepada professional rider yang mendapat tajaan atau mereka yang sememangnya mempunyai income bulanan besar. Berkayuh menjadi keutamaan dan pada masa yang sama bike mereka sentiasa dilengkapi dengan part yang terkini dan high-end.


Ulasan Aku

Dah menjadi lumrah mereka yang meminati basikal mengidamkan untuk memiliki basikal yang high end tetapi seringkali sumber kewangan menjadi halangan utama. Apa-apapun itu kepuasan masing-masing cuma perlu jaga batasan jangan sampai nafsu mendahului fikiran. Juga jangan lupa berbasikal untuk kesihatan jangan pula sampai migraine memikirkan hutang dengan bank makin bertambah.

Aku dalam kategori mana yer?.......... :)


Salam Maulidur Rasul





Baby Seat



Produk dari topeak ini memang cool! Cuma harganya sahaja yang membuatkan peluh mengalir ketika membayarnya. Kalau tengok spec memang cukup selesa untuk baby, tapi tujuan aku untuk membawa Luqman pusing-pusing keliling taman. Dia pun sudah besar-melepasi setahun enam bulan dan dah jadi abang pun. So terpaksalah mencari yang bujet sikit dan dari Roda Link aku beralih ke Sam Serdang.

Aku dapatkan child seat dan rack dengan harga kurang dari RM100. Tak berapa yakin juga dengan rack (carrier) ni, namun setelah dipasang pada bike terbukti ia mampu menampung berat aku jadi memang tiada masalah untuk Luqman.



Seatpost clamp 31.8 digunakan pada seatpost bersaiz 30.9. Sangat stabil tetapi perlu sedikit modifikasi.

Safety First.

Pada mulanya aku gunakan seatpost clamp 34.9 dan meletakkan spacer
tetapi tidak cukup kuat untuk menampung beban.




 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.