UUM Sintok

Aku berada di EDC Hotel - UUM Sintok menghadiri kursus anjuran Jabatan Pengajian Tinggi bermula 28 - 30 November 2010. Cantik kawasan UUM-hijau serta berbukit-bukit dengan pembangunan yang agak teratur, selesa dan perasaan tenang berada di sini. Adik aku yang pernah belajar di sini kurang menghargai kelebihan yang UUM ada berbanding dengan IPTA yang lain-katanya jauh dari bandar.

Ini kali pertama aku sampai walaupun dah beberapa kali merancang untuk join event mtb yang dianjurkan. Lepas check-out esok, kalau ada masa teringin nak ke Bukit Kayu Hitam or ke Padang Besar beli something untuk family.




Semuanya Hancur...!!!

Aku dah tak tau nak kata apa lagi, semuanya sudah hancur walaupun sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya. Memang ditakdirkan aku kehilangan semuanya di depan mata sendiri. Pakar rujuk pun tak mampu nak menyelesaikan masalah aku...

Proposal, kerja-kerja editing, file-file opis & personal file semuanya hilang bila External HDD terjatuh menghempas lantai waktu aku kelam kabut mengemas untuk balik tadi. Pada mulanya aku sangkakan casingnya sahaja yang pecah, bila aku sambungkan pada computer macam-macam bunyi aku dengar dan taulah memang dalaman HDD turut cedera.

Seminggu sebelum ni PC office diserang virus, technician computer sempatlah transfer semua file dalam Ext. HDD, tak terfikir pula untuk transfer semula ke dalam PC. Malang berganda...

Apa dayaku, tiada back-up untuk semua file-file. Macam mana aku nak mengadap boss untuk explain proposal yang tak mampu aku hantar hari Selasa ni...

Apa yang hilang?
1. Proposal + File Office (Paling Penting)
2. Kerja-kerja movie editing
3. Gambar
4. Anime Naruto - semua episode
5. File MTB
6. Aku dah tak ingat dari 500GB hanya tinggal 20% free space sahaja. File yang aku simpan sejak aku student lagi.......!!!!


Siapalah boleh tolong ni..???




Orang Baru 2


11/11/2010
11.20 Pagi
Hospital Putrajaya


Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana dipermudahkan urusan wife melahirkan baby girl yang ke-2. Anak pertama lebih mirip pada mak dia, tapi anak kedua ni, betul-betul ikut muka ayahnya. Ucapan terima kasih pada family dan kawan-kawan yang menghantar sms, juga pada yang datang ziarah-terima kasih...


Tubeless - Tanpa Tiub


Teruja juga bila projek meng "convert" tayar standard kepada tubeless berjaya. Tidak memeningkan kepala sebenarnya untuk DIY andai tahu teknik yang betul dan dalam masa kurang dari 30 minit tayar standard dapat di convert kepada tayar tubeless.


Aku menggunakan Wheelset XT (UST Tubeless) lebih dari 2 tahun tetapi tak pernah dipadankan dengan tayar UST (Tubeless) dek kerana harga yang mahal dan faktor berat berbanding tayar standard. Terfikir juga untuk convert tayar Maxxis Larsen TT 1.9 yang baru digunakan 3-4 kali kepada tubeless tetapi kerana kurangnya info aku batalkan niat sehinggalah aku terjumpa blog ni-Link.

Apa yang diperlukan

1. Pastikan rim yang digunakan adalah dari jenis tubeless ready seperti XT dan ZTR. Sekiranya menggunakan rim biasa seperti Mavic 717, Rim Sealing Strip diperlukan (Rujuk di sini).

2. Tire Sealant diperlukan dan aku menggunakan Stan's Tire Sealant (www.NoTubes.com) yang dibeli dengan harga RM90 sebotol (32oz)-boleh digunakan untuk 16 tayar.

3. Floor Pump

4. Tyre Lever

5. Tayar Standard - jika boleh gunakan tayar yang baru atau sekurangnya tayar yang masih mempunyai 90% jangka hayatnya.

Cara Convert

Rujukan
1. http://www.notubes.com/support_detailed.php
2. http://www.cyclistno1.co.uk/features/maintenance/stans-no-tubes-guide.htm
3. http://www.erikv.com/blog/index.cfm/2007/8/21/Mounting-a-cyclocross-tire-using-Stans-Notubes

1. Pasangkan tayar dan tiub seperti biasa pada rim tubeless dan pum sehingga mencapai tekanan yang maksimum. Tujuannya adalah untuk mempastikan bahagian tepi tayar (tyre beads) di tolak ke bahagian dinding rim (kadang kala kedengaran bunyi pop). Biarkan seketika dan gantung rim tersebut (bahagian valve disebelah atas) untuk memudahkan kerja di step yang seterusnya.

2. Buang kesemua angin, dan keluarkan tiub dengan membuka sebelah bahagian tayar sahaja. Buat dengan cermat supaya bahagian tepi tayar (sebelah lagi) tidak terkeluar dari rim. Apabila tiub dikeluarkan masukkan tubeless valve (biasanya datang bersama rim tubeless) dan sapukan sedikit minyak.Ini dilakukan dengan rim yang masih tergantung.

Nota:
Teknik ini digunakan untuk memudahkan mengepam tayar kerana step ini paling remeh dan sekiranya tidak dilakukan dengan betul adalah mustahil untuk mengepam tayar walau menggunakan compressor bagi tayar standard

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan buih sabun yang disapu di bahagian tepi rim/tayar untuk memudahkan mengepam tayar.Cara ini tidak memerlukan tiub dipasang-terus pasangkan tayar seperti biasa dan sapu kedua belah rim/tayar dengan buih sabun (buih sahaja). Buih sabun ini juga membantu sealant menutup ruang-ruang udara.


3. Masukkan kembali tayar dengan berhati-hati dimulakan di bahagian atas (gunakan kedua belah tangan untuk memasukkan tayar) terus ke bahagian sisi dan bahagian bawah. Tinggalkan sedikit ruang untuk memasukkan sealant.

Nota:
Jika tidak yakin untuk masukkan sealant, boleh masukkan tayar terlebih dahulu untuk praktis. Sekiranya sukar untuk memasukkan tayar (bahagian akhir) ke dalam rim, tandanya tayar telah masuk dengan betul dan gunakan tyre lever dengan cermat agar bahagian tepi tayar tidak rosak. Sebaliknya jika tyre mudah dimasukkan dengan tangan sila ulang semula proses memasukkan tayar ke dalam rim. Disinilah kunci utama kepada kejayaan projek ini. Setelah selesai pum tayar dan tayar akan mengembang seperti tiub. Apabila telah yakin keluarkan semula tayar di bahagian bawah-cukup untuk memasukan sealant.



4. Jumlah sealant yang diperlukan sebanyak 2oz (hampir 60ml) untuk tayar bersaiz 1.9 hingga 2.1. Pastikan arahan penggunaan tyre sealant dibaca dan dipatuhi kerana setiap produk berbeza tata penggunaanya.

5. Masukkan tayar dengan cermat agar sealant tidak tumpah keluar. Setelah selesai pum semula tayar tetapi jangan mencecah 40 PSI.Pastikan sealant meresapi dalam ruang-ruang tayar terutama di bahagian tepi tayar/rim dengan mengoncang (kiri/kanan) dan memusing tayar berulang kali. Akhir sekali letakan rim diposisi melintang selama 2-3 minit dan tukar sebelah lagi dalam jangkamasa yang sama.

Nota:
Sealant akan keluar (berbuih-buih) di bahagian tepi tayar/rim dan akan berhenti apabila kesemua ruang ditutup.

6. Selesai dan pasang semula rim pada basikal untuk try test.

Nota:
Ketika mengepam atau membuang angin tayar pastikan valve berada sebelah di atas kerana sealant berkumpul di bahagian bawah. Sekiranya dilakukan sebaliknya sealant akan keluar menerusi valve dan masalah lain akan timbul.



Kelebihan Tubeless
1. Jimat (Sealant boleh bertahan sehingga 6-10 bulan sebelum mengeras-mudah dicuci)
2. Terkena paku atau duri semasa ride bukan lagi masalah
3. Feel yang berbeza-seolah2 terapung. (Tak percaya boleh cuba)


Kelemahan
1. Tayar standard tidak seal sepenuhnya-berdasar pengalaman 3-4 hari angin akan keluar sedikit
2. Perlukan pemeriksaan yang kerap.


Terima kasih kepada Naza coz belikan aku sealant dari kedai Awie Muar

will update soon.....




Sudah 5 Bulan

Sedar tak sedar dah 5 bulan basikal aku tak bersentuh. Mungkin kerana dek cedera yang masih belum pulih 100% ataupun aku sememangnya sudah tawar hati untuk berkayuh lagi. Kalau bukan kerana boss dan desakan kawan lama memang tak teruja pun untuk berkayuh di Jamboree Race anjuran UiTM Segamat 9 Oktober ni walaupun trek yang disediakan memang akan membangkitkan nostalgia lama.

Nak berlumba memang aku tak larat, sekadar termampu berkayuh santai mengiringi boss dari permulaan sampailah ke garisan penamat. Boss aku tu bukannya sembarangan, walaupun melepasi usia 50-an tetapi masih bertenaga muda. Kalau tak training alamat tertinggal jauh kebelakang lah.

Timbalan Naib Canselor (Hal EHwal Pelajar & Alumni) UiTM (Kanan Gambar)
Sewaktu mengiringi peserta jelajah berkayuh dari UiTM Merbok ke UiTM Sri Iskandar



Ada seminggu lagi masa untuk aku aktifkan semula urat-urat yang semakin bersimpul. Paling tidak pun sekurangnya dapat berkayuh 3-4 jam sebelum hari jamboree dan esok aku cuba berkayuh dari rumah ke PCP yang suatu ketika dahulu memang tiada masalah untuk aku lakukan.



Nota
:Kalau terjumpa orang tengah tolak basikal dengan muka 'mintak nyawa' di antara jalan Desa Pinggiran Putra ke Alamanda...itu aku lah..!!!!


Aidilfitri 1431-H

Bersama Famili Mertua


Raya pertama disambut bersama keluarga mertua di Kg Batu Embun, Jerantut. Selepas bersalam raya aktiviti seterusnya ke Masjid untuk menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri dan terasa sebak juga bila bibir turut mengikuti alunan takbir memuji kebesaran Allah-selalunya macam tu lah mood raya, lepas tu lupa semua.

Hanya selepas Solat Jumaat aktiviti beraya dimulakan dengan kunjungan pertama rumah mak saudara (sebelah ayah mertua) di Kuala Tembeling. Entah macam mana timbul pula idea untuk beraya di Ulu Tembeling (Taman Negara) yang jaraknya lebih kurang 60km dan waktu pula sudah melepasi waktu Asar.

Dalam kepala ni sudah merencanakan untuk balik ke Temerloh memandangkan petang raya kedua perlu berkonvoi ke Penang untuk beraya dan menziarahi mak saudara (sebelah mak mertua) yang sakit tenat di Hospital Seberang Perai. Aku betul-betul terasa miss untuk berkumpul di malam raya bersama adik beradik (11 Orang) bertukar cerita-cerita panas dalam suasana yang penuh gamat. Aku miss nak dengar suara nyaring mak aku sound cucu-cucunya melarang bermain mercun BOM-termasuklah menantu dengan anak dia. Lagipun sudah berjanji nak tolong adik-beradik mencucuk satey (6 ekor Ayam) untuk dijamu saudara mara di raya ke-2.

Dalam perjalanan balik dari Taman Negara, aku singgah beraya di rumah sahabat lama di Pulau Tawar - Romi yang khabarnya dah menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan di tempat dia mengajar. Alhamdulillah syukur, dah berbadan dua isteri dia-7 bulan.

Sampai di rumah jam 11 malam, luqman sudah terlena dan wife pula nampak penat. Tak sampai hati aku nak teruskan niat balik Temerloh walaupun jarak hanya 50km sahaja. Esoknya belum matahari bangun terus aku gerak ke Temerloh, sampai di rumah adik aku tengah kecoh bakar satey dan aku pun memulakan tugas rutin aku itu (membakar satey tahunan) setelah mencium tangan mak ayah mohon ampun salah dan silap.

Lepas Asar journey ke Penang bersama keluarga mertua pun bermula............


Salam Syawal


Salam Aidilfitri buat semua. Jika ada salah & silap harap dimaafkan. Berhati-hati ketika memandu dan naik basikal. Ingati orang tersayang. Jangan main mercun dan main basikal di malam raya. Jangan bawak balik basikal ke kampung nanti tak cukup space dalam bonet nak bawak kuih raya & lemang.

Ikhlas

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.