Tahniah kepada Zuraidi kerana berjaya menamatkan race di tempat ke-6 dalam kategori umur 36-40. Hadiah bernilai RM100 dan seribu satu kenangan untuk diceritakan kepada rider di Segamat dan juga akan membanggakan sponsor MCC Muar, s2hcycle di dalam KLMTB-09. Hasil latihan gigih dan tunjuk ajar Jurulatih, saudara Panjang Le-Tua, Zuraidi berjaya meletakkan diri di dalam kelompok top MTB Rider KLMTB tahun ini.
Cerita "Jelajah Sedekad"

28 Oktober 2009
"Apapun, paling mencabar apabila ada tayar pancit ketika dalam perjalanan antara UiTM Shah Alam ke kampus Kuala Pilah" -Mohd Azim Sardan.
(Betul ker ni???)
:) - Aku rasa paling mencabar bila climb Bukit Putus, tapi syukur semua rider berjaya menawan Bukit Putus dan merasa kenikmatan high-speed downhill. Meter aku mencecah 70kmph. NRS3 memang ummmphhh!!!!
Peperiksaan Bermula
ECC-Burung HANTU (Nite Ride)
KLMTB Carnival 2009-Registration
Open for registration-aku dah register online tapi tak sure lagi boleh join ke tak race tu nanti. Last year tercapai lah target untuk aku masuk final (result) tapi this year banyak agenda lain yang nak dibuat. Entry Jelajah UiTM pun aku belum updated lagi, dah dua minggu program jelajah UiTM berakhir.
Rider from Segamat jangan terlepas tarikh register KLMTB, inilah masa nak uji kemampuan diri.
Rider from Segamat jangan terlepas tarikh register KLMTB, inilah masa nak uji kemampuan diri.
Jelajah UiTM : Peringkat Kedua
Timbalan Pengarah (PJI)
Bersama Pelajar dan Kakitangan UiTM Kelantan
Menulis kata-kata penghargaan untuk diserahkan kepada Naib Canselor.
Machang, 4 Oktober 2009- Pasukan jelajah UiTM meneruskan perjalanan dari UiTM Terengganu ke UiTM Kelantan untuk kayuhan peringkat kedua. Majlis pelepasan yang bermula jam 8 pagi dihadiri oleh Pengarah UiTM Terengganu, Yang Mulia Tengku Yusuf, kakitangan dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Terengganu.
Majlis dimulai dengan ucapan Pengarah UiTM Terengganu dan ucapan Pengarah Program Jelajah UiTM. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh kedua belah pihak. Kayuhan peringkat kedua ini bermula jam 9 pagi dan pasukan jelajah berhenti jam 12 tengah hari di Jerangau dengan jarak kayuhan sejauh 70 kilometer. Selepas makan tengah hari dan solat, peserta jelajah meneruskan perjalanan dengan berkenderaan sehingga 30 kilometer sebelum tiba di UiTM Kelantan dan kayuhan diteruskan semula.
" Kami berjaya menyudahkan kayuhan sejauh 100km untuk peringkat kedua ini dan berasa amat terharu atas sambutan meriah yang diberikan oleh UiTM Terengganu dan UiTM Kelantan" Kata Muhd Khalid sejurus tiba jam 4.30 di UiTM Machang. Peserta jelajah disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri.
Story by : Azim

