Cuti-Cuti Malaysia 2

Sampai di PD dah kul 10.30 malam, lepak di lobby resort layan youtube sementara tunggu wife habis kursus. Keluar opis dalam kul 6.15 petang and it takes more than 4hrs nak sampai sini from Segamat. Termasuk berenti di Gemencheh cari makan di Pasar Malam dan yang paling aku tak boleh terima bila sesat jalan nak sampai resort ni. Signboard punyalah kecik macam manalah orang macam aku ni nak jumpa, pertama kali sampai sini..frust betul.


Awal pagi lagi dah bangun untuk layan swimming di kolam & laut tapi bila tengok pool penuh dengan manusia, tak jadi ler aku. Pantainya lak....errmm, kurang selera sikit.

So aku & mem decide layan blues tengok view dari tingkat 8 Glory Beach Resort ni habiskan masa before check-out kul 12. View memang melapangkan hati yang tengah gundah gulana, teringatkan pantai di TC.





New Comer

Future MTB Rider

Like father like son..

Tahniah buat Akmal & Family atas kehadiran orang baru. Moga semakin murah rezeki dan bertambah keberkatan hidup. Amin!!

Dalam Pertimbangan



Untuk mempertimbangkan sesuatu perkara itu bukanlah mudah yang disangka. Contohnya permohonan bertukar yang dihantar kali kedua ini masih dalam pertimbangan. Permohonan pertama dijawab dengan jelas, " tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini" dan permohonan kedua ini dijawab dengan memberi harapan pada aku. Sekurangnya aku boleh berangan dapat tukar ke Shah Alam. Syukur..


Tapi hari ini aku rasa stress, kenapa? sebab masih belum dapat jawapan samaada dapat atau tidak bertukar ke Shah Alam. Meninggalkan wife sorang-sorang di Putrajaya bukanlah perkara yang senang dibuat, pedih rasa. Bila wife mengadu itu ini, nothing i can do..even nak buang sampah pun terpaksa tunggu aku balik hujung minggu. Aduhhh......



Cuti-Cuti Malaysia


So masih boleh try speedo ni, walau bukan di xterra kuantan. Malam ni ke PD wife ada di sana berkursus sampai hari sabtu. Cuti-cuti Malaysia lah aku, enjoy pantai di PD sementara menunggu wife habis kursus. Best tu....

Xterra - Kecut Perut


Kurang 4 Jam 7 Hari lagi event ini akan bermula, perasaan masih lagi 50-50 nak teruskan or DNS ajer. Pertama aku kurang confident, tak cukup masa training esp berenang di laut china selatan (takut jaws), cuma dapat training berenang dalam bath tub ajer. Kedua keadaan wife aku yang tinggal 2 minggu lagi, apa pula kata famili dia nanti. Ke aku ni pentingkan diri sangat..? Ermmm kena fikir panjang tu.

Apa-apa pun aku masih ada masa lagi untuk buat keputusan, google dah dibeli, seluar renang pun dah ada walau dibeli di Giant. Sponsor power bar dah ada (Tq Miep) yang penting mintak izin betul2 dan kuatkan semangat.

Gambateeee!!!!!!



Lama tak jumpa...

Aku di Cherating dan wife di Pangkor, maksudnya weekend ini aku miss nak jumpa wife yang semakin montel perutnya. Harap-harap minggu depan ada rezeki aku untuk balik ke Putrajaya.

Bulan yang ditunggu makin hampir dan aku makin risau dengan keadaan jauh dengan wife. Sebulan lebih sahaja lagi, dan aku harapkan ianya dipermudah.

Mungkin aku terpaksa lupakan X-TERRA......

Kanser , Kematian & Sahabat

Al-Fatihah buat arwah suami Jaja yang telah kembali ke Rahmatullah pada Jumaat, 22 Mei 2009 akibat kanser. Takziah diucapkan kepada Jaja dan keluarga atas kehilangan ini dan moga roh arwah dicucuri rahmat-Nya.

Aku berada di Kuantan sewaktu mendapat berita ini dan terasa bersalah tidak dapat menziarahi untuk menyampaikan rasa simpati. Berita diterima ketika majlis perasmian bengkel sedang berjalan. Suasana ceria tadi bertukar suram apabila MC memaklumkan berita ini kepada semua peserta bengkel.

Pengarah Kampus dan Boss akan menziarahi Jaja hari ini, moga Jaja tidak berasa keseorangan menghadapi dugaan hidup ini.

Jaja...................

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.