Kenapa Upgrade?

Upgrade biasanya akan menjadi topic utama perbualan para Mountain Biker dan adalah menjadi satu kebanggaan bila MTB kesayangan di equipped oleh Hi-end gear set such as XT or XTR by Shimano and X9 or XO by SRAM manakala rentak serta teknik kayuhan bukanlah sesuatu yang diutamakan, sedangkan pada perkiraan aku itulah yang seharusnya dipertingkatkan. Kadangkala ada yang upgrade MTB mengalahkan setting untuk Olympic or World Cup.Bila dah addicted tak kisah untuk mengeluarkan RM yang besar semata-mata untuk kepuasan upgrade dan aku termasuklah di dalam golongan yang mempunyai nafsu besar untuk kerja-kerja naik taraf MTB ini. Hanya berangan sahaja yang aku mampu, mengeluarkan RM untuk tujuan ini selalunya aku berkira sikit tetapi kadangkala terjebak juga, tak tahan godaan.

Lance Armstrong famously wrote, “it’s not about the bike” dan dia mempunyai asas untuk berkata sedemikian. Mountain biking pada dasarnya adalah pengalaman berkayuh bersama geng-geng melalui single track yang mencabar dan pengalaman inilah akan menjadi sejarah untuk diperbualkan oleh mereka yang berkongsi minat yang sama. Cukup rasanya dilengkapi dengan Deore set atau X5, dengan suspension yang medium end seperti RST or Spinner untuk melengkapkan kayuhan epic ride. Sampai juga…….

Analogy begini, drive Proton tentulah berbeza dengan drive Toyota or BMW, tetapi kereta masih lagi kereta, takkan jadi kapal terbang. Begitu juga dengan MTB, berkayuh on low budget bike tentulah tidak sama dengan top product, walaupun pengalaman berkayuh MTB bukanlah bergantung kepada basikal semata-mata tetapi dengan great bike tentulah mencipta kelainan dalam pengalaman berkayuh. Terpulanglah pada kemampuan…………





My Wedding





Lama Tak Menulis

Lama sungguh tak menulis since cuti kawin dulu dan banyak cerita terkumpul yang belum sempat aku muatkan ke dalam blog ni. Minggu kedua puasa ni agak free sikit, mungkin aku akan cari masa untuk menulis sekitar yang berlaku dalam hidup aku termasuk aktiviti MT Biking.

Demam Virus

Alhamdulillah, after dapat injection dari doctor siang tadi aku dah beransur-ansuar recover. Ruam merah dan bengkak-bengkak di badan dan muka hampir hilang dan mungkin besok aku dah boleh datang opis untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh. Hampir seminggu aku terkena demam virus yang pada mulanya aku sangkakan demam biasa sahaja. Suhu badan naik mendadak, hilang selera makan, badan sakit-sakit dan lemah. Mujurlah dah berbini untuk menjaga aku, nikmat berumahtangga, thank you dear....

Nasib baik juga bukan terkena , Chikungunya virus bawaan nyamuk yang banyak menyerang di Johor dan Melaka masa ini. Kalau tak sebulanlah aku tak dapat sentuh MTB aku. Chikungunya menyerang saraf dan pengidapnya akan demam teruk dan sakit sendi dalam tempoh yang lama.....

Cuti

Cuti starting 28/7/08 - 8/8/08

Syukur....

Dream Frame





Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak

Kesimpulan aku begini:

1. Serangan peribadi membuatkan hasil perdebatan tidak seperti yang aku harapkan
2. Konsep bermesyuarah tidak wujud di dalam perdebatan sedangkan tokoh yang ditampilkan
adalah yang terbaik..........

to be continued

malas pulak aku nak menyambung cerita politik ni, anyway tahniah buat kedua-dua belah pihak kerana matlamat asal adalah untuk rakyat demi kepentingan rakyat. Bersangka baik, itu yang penting...

Next week aku nak try cycle ke office yang jaraknya hampir 13km dari rumah aku...save rm sikit

-pedalling for life-
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.