Frust

Kayuhan Frust
Date : 17 May 2008
Time : 5.00 pm
Location : UiTM Trail
Dis Travel : 11.05 km
Members : Farok n Me

Aku namakan kayuhan frust kerana plan asal untuk berkayuh ramai-ramai terpaksa di kansel last minit. Frust juga bila kerja opis yang sepatutnya siap dalam satu hari di drag sampai 2-3 hari dan plan untuk bercuti di kampung terpaksa di kansel lagi. Mintak ampun mak & abah!!


Lalang......baiknya kalau kawasan ini dijadikan kawasan padi huma........

Basic technique MTB " BunnyHops"

Lepas ride dan masuk semula kawasan UiTM menatang tu aku nampak di foyer Gym! Hehehee...masa untuk mempraktikan hikmat-hikmat yang aku pelajari dulu!

Aku namakan jurus ni Jurus Pemecah Dada Isis dan gunanya bila sistem isis dan wolfgang hang, lakukan jurus ini pada monitor komputer anda. Jurus ini jurus terlarang tapi boleh dipraktikan bila keadaan terdesak. Risiko tanggung sendiri.

Jurus ini hanya boleh dipraktikan oleh mereka yang berketurunan Uchiha sahaja. Kelihatan di gambar Farok memperagakan Hikmat Sharingan!

Sistem

Automation Error...sampai bila agaknya masalah sistem isis n wolgang nak selesai? Semua pengguna sistem rasanya tengah berhempas pulas sekarang ini berperang minda dengan sistem yang kerapkali korup. Janji sudah ditaburkan kepada Koordinator dan Koordinator Program untuk menghantar First Run Result pada mereka hari Ahad ni nampak gayanya terpaksalah extend sampai hari Selasa (20/5/08) dan juga bermakna hari Isnin terpaksa datang kerja.




Hari Terakhir Exam

YAHOOOOOOOOOOOOOO!!!!!

Khidmat Cemerlang

Bermula bulan mei ini aku bercadang untuk mengiktiraf staf yang menunjukkan khidmat cemerlang mengikut tema kerja yang dipilih pada setiap bulan. Musim peperiksaan ini tema yang paling sesuai dan bertepatan adalah “Work Smart” memandangkan bebanan kerja bertambah dari bulan yang biasa. Pemilihan staf pula aku akan berbincang dengan Boss dan dua orang EO supaya staff yang dipilih menepati kriteria yang ditetapkan. Pengiktirafan ini tidak lain bertujuan untuk mewujudkan persaingan sihat diantara staf Bhgn HEA agar kencenderungan untuk meningkatkan mutu kerja itu semakin menyerlah.

Didampingi staf BHEA yang berjihad dalam kerjaya membuatkan proses pemilihan staf terbaik bulanan akan sukar tetapi tetap wujud yang terbaik diantara yang terbaik. Ironinya hikmah itu yang dicari.



Lagi 5 Hari........

Aku dah mengira saat dah ni..lagi 5 hari lagi exam akan habis dan lepas tu terpaksa bertungkus lumus untuk siapkan proses pemarkahan untuk disahkan pada 23 Mei 2008. Merdeka sekejap dan bertungkus-lumus semula untuk handle Kuliah Intersesi. Rotation hidup aku ni dah macam pusingan kenda nevegal.Bila Uphill, sekali kayuh satu pusingan jer dia bergerak tapi bila Downhill tak pedal pun dia ligat berpusing. Ada sinonim tak? kalau takder pun takperlah, cuma...ada masa kerja yang aku buat cukup mudah disempurnakan tapi selalunya memang payah, Uphill jer memanjang.....

P.Ramlee dan Nujum Pak Belalang

Tergelak bila tengok attachment e-mail, keratan video cerita "Pendekar Bujang Lapok". Scene 3 sahabat membaca papan tanda "Sekolah Umum Buta Huruf". Natural dialog yang ditutur oleh Sudin itu rupanya ditafsir oleh "pakar" dari satu dimensi yang terlalu berbeza. Mungkin pakar ini juga pakar dalam "outside the box" dan mereka ini selalunya kreatif.

Pernah membuat assignment theory & appreciation cerita P. Ramlee dulu dan watak serta dialog telah diciptakan unsur ke dalamnya.

Empire Strike Back

Darth Vader has returned to rules the galaxy. No need to note where he was or whence he came, only to know that….he was the legend of free riding!!!!


“You still have your skill, but your power fades. Prepare to meet the force, Obi-wan”


Ahli baru MTB di Segamat dan kalau diukur dari fork yang dia pakai ni memang dare devil lah buat jump and drop ni. Planet asal dari Pasir Gudang, baru landing ke Segamat cari tapak baru untuk conquered, amat dialukan bagi memeriahkan lagi acara bikin trail yang tertangguh sekian lama. XC rider VS Free Rider and shall the battle begin………




 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.