Berat

Giler, balik dari kursus berat badan bertambah 3 kilo! No exercise yang ada cuma exercise mulut mengunyah makanan. Melantak tak ingat, makan 6 kali sehari masa kursus, mana tak naik badan. Breakfast di hotel jadi breakslow, selagi ada makanan terhidang, selagi itu nafsu makan menjadi-jadi. Adushhhh!

Hari esok aku plan nak kayuh after office.For sure Mr Khinzir pun dah lama tak tengok kelibat aku Lama bercuti cycling since Fellowship di Ipoh. Basikal pun aku baru servis dan ready untuk battle esok. Paling jauh pun aku boleh kayuh 5 kilo ajer esok ni, I bet it. Paling aku terkilan projek bikin trail aku dah tertangguh! Nampak gayanya memang tak sempat nak siapkan ikut schedule, extend lagi sebulan dua.

Hujung bulan 6 ada ride di Kuala Kangsar, aku belum register lagi, tapi dah tak sabar nak ride! Sempat lagi untuk aku persiapkan diri nanti, pedaling for life……


Dalam Suka Ada Duka

Pagi lagi semua staf berkumpul dan tertumpu kepada Zam yang sedang membaca isi surat yang baru diterima. Sudah aku agak apa isi kandungnya dan sejurus itu air muka kegembiraan dipamer oleh semua staf yang ada. Aku tersenyum berlalu melepasi mereka tanpa menjawab sebarang perkara yang dilontarkan. Perasaan yang timbul aku sembunyikan sedangkan tika itu hati bagaikan tertawa berkongsi kegembiraan.Aku lihat wajah Zam cukup ceria, gembira dengan kenaikan pangkat yang diterima sebagai EO di Shah Alam, rezeki kurniaan yang kedua pada tahun ini.

Selepas Mas, Zam pula akan meninggalkan HEA dengan seribu kenangan dan sekali lagi aku akan kehilangan staf yang selama ini telah meringankan hidup aku. Dalam suka itu ada duka, hakikat perpisahan pasti akan aku lalui nanti.

Penat

Sempat aku masuk bilik selepas memindahkan semua soalan ke dalam bilik kebal dan sasaran utama mata aku meninjau di tray in! Pelik, kenapa tak banyak surat masuk atau semua sudah di selesaikan oleh EO aku. Lama aku outstation, dari selatan aku singgah di barat dan kemudian menghala ke utara. Balik untuk seketika ke selatan dan sambung perjalanan ke timur. Kadangkala perasaan nakal mengatakan semua ini membuang masa sahaja. Hujung minggu dipenuhi kursus dan tiada rehat sekurangnya untuk sehari dari memikir soal kerja. Penat!

Minggu ini akan aku penuhkan semua aktiviti di pejabat untuk persediaan peperiksaan akhir pelajar yang bermula 21 April sehingga 11 Mei ini. Banyak perkara yang perlu aku rancang untuk mendapatkan zero defect atau sekurangnya tiada kesilapan besar di dalam mengendalikan peperiksaan akhir.Seperti mengatur pemain di championship manager!

Sehingga pertengahan Mei aku tak boleh bercuti, aduh penatnya macam ini. Cuti tahunan tak pernah aku usik lagi patah lagi cuti gantian yang aku dapat setiap kali kerja hari minggu. Terasa aku memesongkan tanggungjawab pada keluarga di kampung kerana kerja.Seingat aku kali terakhir aku balik pada pada PRU dulu dan itupun hanya tidur semalam di kampung, lepas mengundi terpaksa bergegas ke Segamat untuk outreach pelajar di JB.

Penat sangat hidup ini, penat kerana aku tak pandai mengatur masa. Teringat cakap arwah wan dulu, rehat yang menenangkan ialah di tikar sembahyang!Aku belum merasai apa yang dimaksudkannnya itu!




Back To Office

Banyak sungguh kerja yang terpaksa di ali baba pada orang lain untuk disiapkan tanpa dapat aku monitor. Ada kerja yang sempurna, ada juga kerja yang terlalu banyak kesilapan dan padahnya aku terpaksa mendengar rungutan dari bos. Kesilapan itu aku akui, memang berpunca dari kelemahan diri sendiri, gagal menyampai arahan yang jelas. Tak mengapalah, yang penting aku tau mana silapnya dan landasan ini akan aku perbaiki semula untuk mencapai kesempurnaan walaupun aku tahu ianya takkan mungkin tercapai, kerna kesempurnaan itu bukan milik manusia.




By: Halimunan

OUT OF OFFICE

Out of office from 27 March - 7 April 2008

Kena p kursus da.....





Ipoh Fellowship Ride 08

Gambar dari blogger lain.
Tertinggal camera laa..menyesal sungguh



Complete kayuh sejauh 43km dengan catatan masa 4 jam 45 min dan berkedudukan 243/700 riders memang miracle bagi Zafifi. First time join epic ride camni dah boleh complete semua stage, that a good starting point untuk terus mengayuh.

Aku takde luck ride kali ni, baru 3km kayuh road n just enter offroad trail rantai putus! Frust dan give-up masa tu. Aku ambik masa 15 minit untuk sambung semula rantai due to kelam kabut. Nak tak nak aku teruskan kayuh n jadi semangat bila aku rasa rider kat depan aku semua slow (fellowship ride) akhirnya aku sampai ke check point 4 dengan kedudukan 51 dari keseluruhan rider. Complete dalam masa 3 jam 45 minit.

Keseluruhan memang ride ni well organized dan hadiah lucky draw memang menarik, Frame Giant yang diidamkan oleh semua rider akhirnya jatuh ke tangan rider dari Penang (kalau tak silap) dan aku hanya dapat jersey lee run le tour d Langkawi, sebagai saguhati. Untuk tahun depan memang aku takkan miss ride lagi, best giler!

Tak puas hati bila ada local rider yang gunakan short cut untuk completekan trail ni, memang betul it's not a race or competition tapi sekurang-kurang jujurlah pada diri sendiri....



Story By : Halimunan



Idola


" Siapakah Idola anda? ", terkedu aku menjawab soalan yang diajukan oleh Pn Rabiah Latif sewaktu hari pertama minggu suai kenal penolong pendaftar baru bersama Timbalan dan Pendaftar. Lama fikiran aku berlegar mencari jawabnya, " Ibu saya, Puan", jawab aku sambil menundukkan pandangan mata. Dia tersenyum dan mengarahkan aku duduk lantas mengedarkan helaian soalan yang perlu kami jawab. Soalan Fardu Ain! aku tersenyum, anak mataku mencari kawanku dari Kelantan. Nampak nya dia begitu khusyuk membelek helaian tersebut. Betullah apa yang dikhabarkan kepada aku, "Puan Rabiah ni, Islamic orangnya".

Aku mula menjawab soalan dan terhenti apabila soalan ditanyakan kepadaku sebentar tadi, ditanya kembali di dalam kertas soalan ini. Siapakah Idola Anda?, ringkas susunan ayat tetapi sukar bagi aku menjawab soalan tersebut. Tidak pernah aku meletakkan seseorang itu untuk aku contohi, kecuali sifat kasih kepada ibu aku. Nak aku menjawab tokoh politik yang aku respect tapi tak berani. Kekal dengan jawapan lafaz aku tadi.

Di dalam rumusan yang disampaikan oleh Pn Rabiah, banyak betul perkara yang dibincangkan, hinggakan pena aku tidak mampu lagi mengikuti suaranya yang semakin laju dan bersemangat. Kami semua tersenyum sendirian apabila dia menghamparkan jawapan kepada soalan idola dahulu. Katanya tiada seorang pun diantara kami yang meletakkan Rasullullah sebagai Idola, sedangkan itulah seharusnya sebagai seorang muslim. Ada diantara kami tertunduk malu, ada pula yang berbisik-bisik dan ada juga yang mendongak ke atas cuba ungkai kata-kata big boss itu. Aku tidak terkecuali dan kisah ini membuka deria aku untuk melihat sesuatu yang berlainan.

Sekiranya ditanya soalan tersebut kepada pelajar di sini, mungkin dapat meramalkan jumlah yang meletakkan Rasullullah sebagai Idola mereka.

SALAM MAULIDUR RASUL



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.