Pengganti Makhluk Asing II


LEZYNE V10-Multi Tools

Tak lengkap jika berkayuh tanpa ditemani oleh multi-tools, so semalam aku singgah di kedai bike untuk mencari tools yang boleh menggantikan makhluk asing aku yang hilang. Masuk sahaja di dalam kedai lirikan mata aku terus tertumpu kepada produk Topeak yang tersusun di sudut belakang sekali. Tanpa mempedulikan Sam yang tersengih mengalukan ketibaan aku terus aku hayunkan kaki menuju ke rak itu dan jari jemari mulai membelek-belek multi tools yang bergantung. Tangan aku berhenti, jari menyentuh multi-tools yang cukup menarik hati-Alien III, alamak model baru ni, cantiknya muka makhluk asing ni....! 160 sajer..kata Sam yang sempat lagi memerhatikan gelagat aku ketika sedang membetulkan bike pelanggan. Ermm...160...Sam! takder yang murah lagi ker? tanya aku, sekadar memuaskan hati, walau hati sudah bertekad untuk memiliki makhluk pelik ini. Ada!!!..itu-itu! Mulutnya memberi isyarat supaya aku menoleh ke arah multi tools yang tergantung di atas pintu. Aku perhatikan pilihan kedua ini.....cun juga!

Apabila memikirkan apa yang aku pernah komen ketika mula-mula membeli Alien II dulu, terus aku padamkan niat untuk memilikinya, lagi pun otak aku sedang mencaturkan jumlah RM yang masih berbaki di dalam wallet ada perkara yang yang perlu diutamakan-road tax kereta nak expired bulan depan.

So itulah kisahnya, aku balik ke rumah bertemankan Lezyne sambil tersenyum walaupun merempit meredah hujan yang agak lebat.....dan aku juga terbayangkan muka Sam yang tersenyum lebar kerana bertambah seorang lagi pelabur di kedai dia.

Produk review
Ringan, ringkas dan complete-inilah multi-tools yang aku perlukan. Tak perlu sampai 25 tools untuk kerja-kerja kecemasan semasa ride. Aku rasa 10 tools ini sudah lebih dari cukup, yang penting ada Chain Breaker, Allen Key, T25 dan Philips-Head.

Ini kali pertama aku menggunakan produk Lezyne walaupun sebelum ini banyak terlihat di pamerkan di kedai-kedai bike. Harga agak rendah berbanding Topeak dan aku harapkan ianya menjadi pilihan yang terbaik, alah membeli menang memakai. Siapa yang tak nak untung......untung menggunakan!.





Makhluk Asing Yang Hilang-SMBC 2010

Alien II

Aku kehilangan tool Alien II during Selangor MTB Race last Sunday. It's mounted well at my seatpost dan aku rasa impossible boleh tertanggal semasa race hari tu. Semalam masa nak basuh bike barulah aku perasan makhluk asing dengan casingnya dah tiada lagi, mungkin dah balik ke planet asalnya. Masih belum menerima hakikat kehilangannya terus aku geledah di seluruh penjuru rumah, dalam kereta, dalam bonet mencari jejak makhluk asing ini dan sememangnya makhluk asing ini telah tiada. Cuma yang tinggal hanyalah clamp yang masih terikat kuat di seatpost.

Aku usahakan untuk mencarinya dengan meletakkan iklan di BBS link dengan harapan agar ada rider yang menemuinya serta sudi memulangkan pada aku. Sedikit ganjaran aku tawarkan kepada insan yang jujur itu.

Bercerita tentang race pula, team aku disqualified disebabkan tiada collaboration antara team mate. Walaupun tiba diantara yang terawal digarisan penamat team kami tidak dikira memandangkan seorang team mate terkedepan sedikit, mungkin tak sampai seratus meter pun just simpang sebelum masuk finishing area. Pengajaran yang baik untuk semua-berpasukan bukanlah semudah yang disangka. Sepanjang race sejauh 27km (+-) kami bergerak dalam satu group dan 2-3 ratus meter yang terakhir kami terpisah disebabkan aku tak terlarat nak speeding, cuma mampu maintain speed ajer.

Salah faham tentang format team race merupakan punca utama disqualified dan sebelum memulakan kayuhan lagi tiada briefing antara team mate berkenaan strategi dan rules....next race bulan Julai di pcp aku akan pastikan ianya tidak berlaku lagi...GAMBATE!!!!!




Busy...macam mana nak masuk race ni???

Too BuSY

Busy nya sepanjang musim exam ni........macam mana nak masuk race Selangor MTB hari Ahad ni? Ada exam masa tu......

Peperiksaan Akhir April - Mei 2010

Ilustrasi


Bermula pada 21 April 2010 akan berlansung Peperiksaan Akhir di seluruh sistem UiTM dan bagi UiTM Kampus Bandaraya Kuala Lumpur (Kolej Alamanda) inilah Peperiksaan yang terakhir akan diadakan di sini. Diucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar.



Shimano Going To 10 Speed

It's confirmed that Shimano will bring out a 10-speed MTB groupset in the middle of 2010, most probably in Jun. This 10-speed gear system will not only revamp the top-end XTR but it will engage the middle line XT's too.



System Chart


Mungkin groupset ini akan berada di pasaran Malaysia di dalam pertengahan Oktober 2010 atau lebih awal lagi. Harganya aku pasti akan menjadi 2 kali ganda berbanding dengan harga groupset 9 speed yang ada di psaran sekarang. Persoalan yang bermain difikiran aku sudah tentu berkisar tentang keberkesanan 10-speed gear system, adakah benar mampu memberikan impak positif terhadap slow rider macam aku ini? Bagaimana komen pengguna SRAM XX?

Pastinya rider yang mempunyai wallet yang tebal di luar sana tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki teknologi terkini yang dihidangkan oleh Shimano ini, efektif atau tidak bukan persoalannya dan menjadi yang pertama memiliknya sudah pasti menjadi suatu yang dibanggakan.




Aku baru bercadang nak menukar Juicy 7 aku yang sudah berusia 4 tahun kepada XT, nampaknya kena hold dulu lah, mungkin design 2011 lagi mengiurkan.....



Fishing Trip-Intro



Farok-inilah ikan tenggiri (Kalau belum berkenalan lagi)
Jangan Jealous!!!

Trip memancing laut dalam di Sarawak merupakan agenda percutian yang dirancang oleh Ayah Mertua aku. Trip selama 3 hari 2 malam yang disertai oleh 15 orang pemancing pro dan beginner ini telah mengharungi samudera yang terbentang luas mengunjungi spot memancing yang popular di perairan Sarawak. Alhamdulillah walaupun tangkapan tidak seperti yang diidamkan, kesemua yang menyertai trip ini tersenyum puas dan yang penting tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.



Coretan akan bersambung apabila aku recover dari mabuk laut....






Mabuk Laut

Mudah sangat aku mabuk, naik bas dengan jarak 5km pun aku boleh pening-pening macam overdose Marijuana. Inikan pula aku akan berada dalam Bot Nelayan selama 3 hari 2 malam untuk trip memancing laut dalam di Sarawak. Macam-macam cerita pasal Mabuk Laut ini yang aku dengar dan cerita sebegini cukup untuk membuatkan aku berasa cuak.

Langkah awal aku surf petua-petua di internet dan ini yang aku jumpa-Petua Mabuk Laut. Petua yang paling berkesan ialah "jangan turun ke laut, memancing ajer di Sungai atau di Lombong" :)



Anti-Nausea Wrist Band

Semalam di Guardian aku belikan wristband ini untuk wife aku since dia tak boleh makan ubat tahan muntah due to her pregnancy. Aku tak pasti keberkesanan wristband ni tapi dari segi psychology nampaknya wife aku 100% confident dan aku 100% tak confident.



Mintaknya aku boleh bertahan, jika tak hilanglah nikmat aku nak memancing Tenggiri 15kg. Kalau dah mabuk satu apa pun tak boleh nak dibuat, terkulai layu dan macam-macam bayangan akan menjelma...





 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.