Hari ini merupakan hari terakhir aku menjadi warga UiTM Segamat-ketika aku mula mengetuk huruf di keyboard tadi jam telah melepasi waktu kerja. Perasaan bercampur-campur dan tak terluah. Aku masih belum bersedia meninggalkan bumi Segamat ini - minggu depan selepas melapor diri di UiTM Alamanda Petaling Jaya aku pasti akan kembali ke sini. Mengucapkan salam-salam perpisahan untuk semua yang telah menjadi keluarga aku di sini.
Busyro = Berita Gembira
Alhamdulillah syukur yang tak terhingga bila mendapat panggilan telefon dari Bahagian Penjawatan UiTM Shah Alam semalam. "Kami dalam proses sediakan surat pertukaran encik, so kami perlukan salinan surat permohonan!". Jika tiada aral melintang 1 September 2009 aku akan lapor diri di UiTM Kampus Alamanda Petaling Jaya.
Empat tahun di UiTM Kampus Segamat bukanlah masa yang panjang tetapi pengisian masa ini akan menjadi kenangan sepanjang hayat. 3 Mei 2005 aku jejakkan kaki di sini tanpa sebarang pedoman-apa yang bakal aku hadapi dalam karier dan perjalanan hidup.
Berat nak tinggalkan Segamat-rasa serasi dengan persekitaran dan manusia di sini. Malam ini aku perlu buat karangan panjang (beserta pantun) untuk ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara lansung dan tidak dalam hidup aku di sini.

Kunjungan Bt Pahat Rider's
Date : 16 August 2009
Venue : Bukit Botak Jementah
Riders : Bt Pahat & Segamat
Venue : Bukit Botak Jementah
Riders : Bt Pahat & Segamat
Tiada PCC untuk tahun ni-so decide untuk arrange short ride santai bersama-sama rider dari Bt Pahat. Rider Bt Pahat memang power-bukan calang-calang rider walaupun dikhabarkan baru setahun lebih diserang virus MTB. Tidak lupa juga saudara Puyu yang mempunyai banyak kisah untuk disyairkan semasa sesi climbing-menarik minat untuk mendengarnya.
Overall trail memang ok-dah lama aku tak kayuh sejauh ni since weekend bukan lagi masa untuk MTB. Berat badan makin bertambah dan merisaukan aku perut yang semakin maju ke depan. Selepas raya ni akan arrange untuk ride di Putrajaya-konvoi dari Segamat dan Bt Pahat. Masa tu mungkin aku bukan lagi warga Segamat!

Tahniah Buat Miep
Dimaklumkan bahawa saudara Miep telah dikurniakan baby girl jam 5 lebih pagi tadi. Moga dipermudah semua perkara dan bertambah rezeki. Amin!. InsyaAllah jika tiada aral, geng2 MTB akan ziarah nanti - belum fikir apa yang hendak dihadiahkan kepada baby baru ni..
Kitar Semula
Posted by
Muhammad Khalid
Labels:
Tools and DIY
/
Comments: (2)
Bila nampak besi payung pasar malam ni terbiar di bawah rumah kat kampung, terfikir untuk modified kepada sesuatu yang boleh aku gunakan. Dah berkarat tapi masih elok struktur besinya – design besi payung ni memang sesuai untuk projek workstation aku, bike repair stand.
Proses pertama - kaki stand ni perlu betul-betul kukuh dan boleh menampung BDM kira-kira 20kg. So semua rivet aku gantikan dengan skru. Potong besi ikut lakaran asal idea aku. Hasilnya beginilah...
Untuk menjadikan ianya lebih " transformer " aku gunakan seatpost dan seatclamp so bike stand ni adjustable tinggi dan rendah. Seatpost ni material yang paling sesuai untuk aku sambungkan dengan plate alloy ni.
Untuk bike holder pula aku gunakan bike holder yang ada pada bike rack aku yang dah lama tak digunakan.
Beginilah hasilnya - ada masa nanti aku bedak kan skit dengan color silver and black tentu cun sikit.Kesimpulannya bike stand ni 100% work! Trylah...
Kek
NRS 3 - XC FS Race Frame
Model lama tapi ini sahaja yang termampu untuk dimiliki bagi mengubah selera kepada Full Susser XC. NRS - Non Resonance System agak teknikal dari teori pembuatan frame ini tapi mudah dari segi praktiknya. Setting without SAG - cuma perlu tambah pressure pada shock tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
Overall frame ni tak mengecewakan mungkin boleh disamakan dengan AE86 ketika berentap dengan EVO5 di dalam Initial D kalau dibandingkan NRS dan Anthem. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Harap-harap this frame boleh tahan 2-3 tahun lagi...