Penghujung Selatan

Date : 23 Julai 2009
Venue : Mesyuarat Usahasama Penyelidikan Antara UiTM Johor & Taman Negara Johor

Mercu Tanda di Pintu Masuk Tg Piai.

Mudskipper - betul atau tidak masih lagi menjadi persoalan kerana tiada kajian saintifik
mengatakan makhluk ini mampu menambahkan tenaga...


Pelantar di Hutan Paya Bakau ini memudahkan laluan pengunjung untuk menikmati keindahan.

Mercu Tanda Penghujung Selatan di Tanah Besar Asia



Program ini merupakan permulaan kepada usahasama pintar diantara UiTM Johor dan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ). Setelah bermesyuarat di Pejabat PTNJ Nusajaya, wakil dari UiTM Johor dan Pusat Bio-Diversiti telah dibawa melawat ke Taman Negara Tanjung Piai dimana lokasinya sebagai "Penghujung selatan Tanah Besar Asia" menjadi tarikan utama selain dari hutan paya bakau yang indah.

Aku dah sampai di sini dan mungkin berpeluang lagi untuk menjelajah kesemua Taman-Taman Negara Johor seperti Pulau Mersing, Pulau Rawa dan Endau Rompin. Aku semakin tertarik dengan kerja baru aku ini................


Kuning

Luqman Khair

Alhamdulillah, selepas semalaman di wad, bacaan kuning Luqman semakin menurun. Mujurlah tak sampai sehari di wad - macam-macam perasaan timbul. Memang risau kalau kuning semakin serius. So far Nurse yang datang ke rumah tadi bagi jawapan positif, sehari dua lagi kuningnya akan hilang.

Seminggu cuti yang diberi memang tak cukup terpaksa ambil cuti lagi hari Rabu sampai Jumaat ni, extra 3 hari. Banyak perkara kena selesaikan, aku yang hidup jarak jauh dengan family ni rasa berat nak balik Segamat. Luqman pula jadual aktifnya sebelah malam......


KLMTB 09

http://www.klmtbcarnival.com.my/cms2/

Last year final KLMTB aku tertinggal 10 minit lebih dari Zamzi HTR , tahun ni for sure kena struggle lebih untuk masuk final. Rider-rider makin hebat....


Orang Baru

8 Julai 2009 - 2.11 am

Alhamdulillah! menyaksikan kelahiran dia ke dunia ini begitu besar makna dalam penghayatan hidup. Syukur kepada Allah kerana dipermudah semua perkara. Amin....



Burung Hantu - Nite Ride


Menarik idea ni, selepas organizing Sahara Ride tahun 2008, ECC Melaka kembali menganjurkan MTB Jamboree yang agak unik-kayuhan burung hantu. Dijangka diadakan pada 24 Oktober 2009 di sekitar kawasan Air Keroh Melaka dan kelainan yang dicari oleh mereka ini membuatkan aku berasa teruja untuk menyertainya.


Jelajah UiTM

http://jelajahuitm-09.blogspot.com/

Jelajah Satu Dekad Pentabdiran Naib Canselor - merupakan acara jelajah berbasikal dari Kampus UiTM ke Kampus UiTM di setiap negeri bagi mengumpulkan kata-kata penghargaan untuk dibukukan sebagai penghormatan di atas jasa-jasa Naib Canselor UiTM.

Projek pertama aku dalam siri Jelajah UiTM, moga dipermudah semua perkara dan harapan agar diperkuat mental dan fizikal untuk menjayakan program ini. Mungkin selepas ini projek berakit dari Taman Negara Pahang ke Pekan pula....


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.