Lama tak jumpa...

Aku di Cherating dan wife di Pangkor, maksudnya weekend ini aku miss nak jumpa wife yang semakin montel perutnya. Harap-harap minggu depan ada rezeki aku untuk balik ke Putrajaya.

Bulan yang ditunggu makin hampir dan aku makin risau dengan keadaan jauh dengan wife. Sebulan lebih sahaja lagi, dan aku harapkan ianya dipermudah.

Mungkin aku terpaksa lupakan X-TERRA......

Kanser , Kematian & Sahabat

Al-Fatihah buat arwah suami Jaja yang telah kembali ke Rahmatullah pada Jumaat, 22 Mei 2009 akibat kanser. Takziah diucapkan kepada Jaja dan keluarga atas kehilangan ini dan moga roh arwah dicucuri rahmat-Nya.

Aku berada di Kuantan sewaktu mendapat berita ini dan terasa bersalah tidak dapat menziarahi untuk menyampaikan rasa simpati. Berita diterima ketika majlis perasmian bengkel sedang berjalan. Suasana ceria tadi bertukar suram apabila MC memaklumkan berita ini kepada semua peserta bengkel.

Pengarah Kampus dan Boss akan menziarahi Jaja hari ini, moga Jaja tidak berasa keseorangan menghadapi dugaan hidup ini.

Jaja...................

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.